Wednesday 7 January 2015

Honda HR-V cuma beharga RM95 ribu









First sekali bila tengok model Honda HR-V  mesti harga 100k ke atas. Sekali baca deatail wahh harga dia bawah 100k.. Sekali tengok design nya mcm Honda CRV, tapi sebenarnya bukan. Honda HR-V adalah SUV kompak. So saiznya kecik sikit dari Honda CRV.. Apa yang menarik adalah harga Honda HR-V ini dijual dengan harga bermula dari RM 95 ribu. Dengan tawaran harga dan design model tersebut memang boleh dikatakan model ini akan jadi laris pada tahun ini...



PETALING JAYA: Honda Malaysia akan melancarkan SUV kompak serba baharu, HR-V pada bulan depan.
HR-V yang menggabungkan ciri dinamik, keselesaan dan keselamatan sebuah SUV, tersendiri seperti sebuah coupe dan luas seperti van mini, dijangka diterima baik pengguna di Malaysia.

Didatangkan dengan enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC dan kotak gear CVT, HR-V akan menzahirkan sebuah kenderaan yang bergaya, berprestasi tinggi dan pada masa sama memberikan penjimatan minyak.

SUV kompak ini juga memberikan pemandu sudut pandangan lebih luas menerusi penambahbaikan yang dibuat pada kelebaran dan sudut palang hadapan. Jentera ini sepanjang 4.2 meter, 1.7 meter lebar dan 1.6 meter tinggi dengan asas gandar 2.6 meter serta dipadankan dengan rim aloi 16 inci.

"Ciri keselamatan aktif dan pasif akan menjamin keselamatan pemandu dan penumpang termasuk sistem brek antikunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ISOFIX dan enam beg udara," kata Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

HR-V serba baharu ini juga dilengkapi ciri Automatic Brake Hold menerusi sentuhan satu butang. Sebaik diaktifkan, setiap kali pemandu berhenti dengan menekan brek, sistem itu akan menghentikan kenderaan tanpa pemandu perlu tekan brek.

Model baharu ini kini sedia ditempah di 77 wakil jualan di seluruh negara mulai hari ini. Sempena pelancaran model itu nanti, Honda Malaysia mengadakan pameran bergerak di beberapa destinasi seluruh negara hingga hujung bulan ini.

HR-V dijangka dijual pada harga antara RM95,000 hingga RM115,000 seunit. 


sumber : Cari forum


Promosi Honda HR-V harga murah berkualiti , Bayara bulanan Honda HR-V monthly intsallment Honda HR-V model jimat minyak Value for money. Deposit Honda HR-Honda HR-V


No comments :

Post a Comment