Thursday 14 August 2014

Pengalaman Transit Di Istanbul : Istanbul Kita Singgah



Singapore - Istanbul - Dublin

Bila tengok filem Istanbul Aku Datang, wah boleh tahan cantik jugak Negara Turki ni. Dalam hati entah bila lah boleh sampai ke sana. Tapi orang kata kalau dah rezeki tak ke mana.

Istanbul, Turki

Dipendekkan cerita  pada bulan Januari awal tahun ni dapatlah merasa jugak jejak ke Istanbul. Nak tulis kat blog pun tak terlulis2. Baru hari ni dapat tulis kat blog ni..Tapi aku jejak ke Istanbul tak lama pun cuma 8 jam je… Hah jangan terkejut...Tu pun sebab nak gi Ireland dan kena transit kat Istanbul...Naik flight Turkish Airline.... Transit kat sini adalah dalam 8 jam..

Bertolak dari Changi Airport, Singapore pukul 12.30 mlm. Sampai Ataturk Airport, Istanbul tu dalam pukul 6.00pg.... Wah mcm gini rupanya musim sejuk ..Yelah.org tak pernah rasa musim sejuk....Terus keluarkan jacket...Bibir trus rasa kering...Suhu dalam 5 darjah celcius gitu...

Nak tunggu next flight ke Ireland lama lagi dalam kul 2ptg...Sebab panjang sangat masa transit so better kuar jln2 ke bandar Istanbul...mula2 rasa mcm tak berani nk kuar airport tapi gamble je la orangg kata...Kalo tak kuar airport tak merasa la nak jejak Istanbul dan sebab tak tau bile lagi nak gi Europe...

Nak cop passport kat immigresen tu tengok notis board Malaysia tak kena visa...Time kat kaunter pon dia cuma tanya apa nama  tu je...So memang lancar lah proses kat immigrresen walaupun orang ramai beratur

Sebelum fly tu adalah search skit cara nak gi bandar dari airport tu...Pass da kuar airport trus tuka duit lira...Tuka 20euro dapatla 60lira...3lira gitu caj untuk money changer tu...Kalo nak tukar duit banyak better tukar kat Bandar sebab tak kene caj.. Then trus gi cari metro nak ke bandar..Metro tu pun dlm area airport gak cuma kene jalan jauh skit..Ada banyak signboard Metro tu. So tak payah risau. Then beli tiket metro yang namanya  jotun...Jotun tu beli kat mesin aje..Tiket dia mcm syiling LRT tu...Tapi lepas masuk coin tu trus tak kuar blk...Sebab bile kita nak keluar nanti just tolak je palang tu..


Peta route Metro ni kena ada sebab senang nak rujuk


Dari airport turun kat Stesen Zeytinburnu...Then kena tuka dgn tram plak...Amik tram yang tulis Kabatas. Time ni time org nk gi keje...Memang penuhla tram dia....Terasa asing sebab aku and wife je muka org luar...Time ni baru tau tram ni guna jln raya biasa dan kongsi jln dgn kereta..ada masa tram ni kene stop bg laluan pada kereta..

Tuesday 12 August 2014

Berfikir di luar kotak... Jom try !!!

Sekiranya kalau kreatif banyak benda dan bahan terbuang boleh kita olah, ubah suai dan boleh diguna semula. Apa lagi jom cuba buat macam dalam gambar di bawah ni: