Friday 27 December 2013

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah dibuka dan boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web LHDN atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  23 Disember 2013.  


Permohonan Online boleh dibuat di www.hasil.gov.my sila   KLIK SINI
Bagi permohonan manual borang permohonan BRIM  2014 boleh di dapati di laman web LHDN

Untuk borang yang lengkap sila ------->>>> KLIK SINI 


Contoh Borang BRIM 3.0 Tahun2014

Sebelum memohon kena tengok dulu apa syarat-syarat permohonan BRIM 3.0. Bantuan BR1M terbahagi kepada 3 seperti berikut:



Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas





Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas




Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
Syarat
Bantuan BR1M Bujang RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250



DEFINISI ISI RUMAH


Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Selain secara online, borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

So apa tunggu lagi, selamat memohon kepada semua yang layak...




Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650, Borang BRIM 2014, Download Borang BR1M 3.0 Tahun 2014 Cara-cara memohon BR1M BRIM 2014 3.0 borang br1m online isi borang br1m secara online borang br1m untuk bujang isi borang br1m, syarat-syarat permohonan Brim 2014, syarat gaji permohonan brim 2014



Monday 18 November 2013

Update Terkini : Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang dan 7 selamat ??? Betul ker??

Pagi tadi nak pergi kerja tengok jalan ke arah Danga Bay jem... Jarang tengok jalan kat situ jem... So bila sampai ofis sibuk orang citer pasal villa nabila.. Member iaitu KutoooBamboo pon siap ada wat entry pasal kes kehilangan di villa nabila... Jom kita baca pasal kesah tersebut.. Betul ke tidak tak tau lah

Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang 7 selamat



Lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013, sekali lagi misteri banglo villa nabila menghemparkan malaysia khususnya rakyat johor dgn kehilangan 23 orang dan 7 orang sempat melarikan diri. 



Sumber lain pulak mengatakn 30 hilang. Dan mereka mengadakan private party. Atau hanya guraun saja? Mby 7orang yg melaporkan itu saja saja nak test polis. Takkan ramai sangat berani masuk villa nabila yang terbukti masih misteri. Kita tunggu kisah selanjutnya nanti.
  
  Siap ada page Villa Nabilla... Curlast u...
 













Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini 



PIC TERBARU...

ANTARA BUDAK-BUDAK YANG TERLIBAT 

YANG MASIH HILANG SUMBER tengoktvonline

 

CERITA TERBARU TELAH PUN KELUAR DI TV PASAL KEHILANGAN INI




 
NAK TAU KISAH SEBENAR RUMAH VILLA NABILA YANG DAH LAMA ORANG CERITA BOLEH JE TENGOK KAT WEBSITE KUTOOBAMBOO KLIK DISINI

Friday 18 October 2013

The Everly Hotel Putrajaya

(Gambar dari Google)


Hotel The Everly Putrajaya, Satu Review Yang Ikhlas dan Jujur. Lama dah tak buat review pasal hotel. Kali ni nak story skit pasal Hotel Everly Putrajaya. So far kat dalam Putrajaya ni cuma ada berapa hotel je. Dan rate hotel kat sini boleh kata semuanya atas RM200. Tapi  rate harga blik yang aku duduk ni dalam RM180. Hotel Everly Putrajaya ni katanya baru je dibuka. Tengok keadaan hotel ni dari lobby, parking, lif memang nampak baru. Bila masuk kat biliknya memang diakui barang2 yang ada kat dalam ni memang baru.

Yang bagusnya lokasi hotel ni betul2 kat sebelah Alamanda Putrajaya. Kalo tengok alamat hotel ni pun terletak kat Jalan Alamanda. So boleh jalan kaki je kalo nak ke Alamanda tu.

 (Gambar dari Google)

Ok jom tengok gambar yang aku amik sendiri keadaan dalam bilik hotel :








 
 Yang bagusnya hotel ni berdasarkan kepada keperluan aku:
1) Wifi free dalam bilik
2) TV L.E.D
3) Plug socket ada banyak. So tak payah nak berebut2 nak guna.
4) Mestila barang-barang dalam bilik baru lagi. Puas hati
5) Iron tak payah nak request. Dah memang ada dalam bilik.
6) Air shower kuat. Memang puas dan selesa nak mandi.
7) Yang penting kat tepi jamban ada hos paip. Senang nak ehem2. Maklumla orang kampung.

Yang tak bagusnya pasal hotel tak sempat plak nak diperhatikan..Disebabkan hotel ni masih baru dan segalanya fasiliti adalah baru maka boleh diberikan 4 bintang. Ok kepada sesiapa yang nak stay ni alamat dan nombor telefon Hotel The Everly Putrajaya.

The Everly Hotel Putrajaya
No.1 Jalan Alamanda 2  Precinct 1,
62000 Putrajaya, Malaysia.
+60 3-8892 2929





Friday 11 October 2013

Google Malaysia Kena Hack



Google Malaysia kena hack??? Patutla malam tadi time bukak google ada masalah...Rupanya pagi tadi tengok check kat internet ramai kata google kena hack... Yang hack plak adalah hacker dari Pakistan. Tapi kenapa orang Pakistan nak hack Google Malaysia ni??? Kenapa tak nak hack benda lain..Apa sebab Google Malaysia kena hack??? Apa sebabnya...Ntahlah aku pon tade jawapannya...eheheheh



Jom Melabur di Pelaburan Minyak Mentah Futurebarrel.com. Untung Besar, Modal Dijamin.






Sekarang ni tengah top tentang pelaburan minyak mentah Futurebarrel. Ramai member promote untuk masuk. Yang bagusnya ni bukan Skim MLM atau Piramid. Keuntungan besar sehingga 25%, modal dijamin. Dengar tu modal dijamin. Tak payah risau. Member2 pun banyak yang da dapat pulangan..Nak Tau lagi lanjut baca kat bawah ni betul2 sampai habis:




Program Worldwide Yang Sudah Bertapak Lebih Dari 15 Tahun Di Luar Negara, Dan Baru Sahaja Dilancarkan Di Malaysia.

Program ; Future Contract (Jual/Beli Minyak Mentah)

(Tempoh Kontrak Hanya 15hari Waktu Bekerja, Pada Hari Ke 16 , Modal Dan Keuntungan Akan Dibayar Semula Kepada Anda)

Jadi Orang Terawal Utk Mendaftar . Untuk Pasif Invester , Ini Adalah 100% Program Terbaik Utk Anda.

- 100% Pasif Income
- Joint(Register) Dan Tunggu 15hari Sahaja
- Modal Dan Keuntungan/Bonus Akan Dibayar Pada Hari Ke 16 (Waktu Bekerja)
- Terima Bayaran, Kontrak Tamat.
- Boleh Topup Semula Jika Mahu Lagi.
- Pembayaran Modal/Pakej Boleh Melalui Paypal / Liberty Reserve / Cash

Modal Minimum = Usd400 @ Rm1,200
Modal Maximum = Usd4,000 @ Rm12,000

Pakej Yang Disediakan :

Pakej : Ron 5
Modal Anda ; Usd400 @ Rm1,200
Modal Dan Untung Yang Akan Dibayar Kepada Anda : Usd460 @ Rm1,380

Pakej : Ron 10
Modal Anda ; Usd800 @ Rm2,400
Modal Dan Untung Yang Akan Dibayar Kepada Anda ; Usd920 @ Rm2,760

Pakej : Ron 30
Modal Anda ; Usd2,400 @ Rm7,200
Modal Dan Untung Yang Akan Dibayar Kepada Anda ; Usd3,000 @ Rm9,000

Pakej : Ron 50
Modal Anda ; Usd4,000 @ Rm12,000
Modal Dan Untung Yang Akan Dibayar Kepada Anda ; Usd5,200 @ Rm15,600

Anda Akan Menerima 'Introducer Bonus' Dengan Setiap Seorang Kemasukan Downline. ( Bagi Pembayaran Melalui Paypal / Liberty Reserve (Lr), Bonus Akan Terus Dimasukkan Pada Keesokkan Harinya Setelah Amount Cleared - Slps 3 Hari )

Ron 5 ; Bonus Yg Dibayar Usd20 @ Rm60
Ron 10 ; Bonus Yg Dibayar Usd80 @ Rm240
Ron 30 ; Bonus Yg Dibayar Usd240 @ Rm720
Ron 50 ; Bonus Yg Dibayar Usd400 @ Rm1,200


Ok dah baca? Dah paham ... Ok kalo tak paham lagi boleh baca kat KLIK SINI . Ok siapa yang komfem nak masuk, dah fikir masak2 dan tak sayang duit bolehla join...Cepat2...Jangan lambat2 nanti rugi kalo BNM serbu...Hihihihi..


UPDATE 23 FEBRUARI 2014


UNTUK MAKLUMAN SEMUA SAYA TIDAK MASUK PUN SKIM PELABURAN FUTUREBARREL INI. SAYA MEMBUAT ENTRY INI SETELAH RAKAN SAYA BEBERAPA KALI MENGAJAK UNTUK MENYERTAINYA DAN APABILA SAYA GOOGLE DI INTERNET BANYAK CERITA NEGATIF YANG SAYA JUMPA. PADA PERENGGAN TERAKHIR ENTRY INI SAYA ADA DISERTAKAN LINK BERKAITAN UNTUK PEMBACA NILAIKAN SENDIRI. HARAP PEMBACA SEMUA MAKLUM OK. TERIMA KASIH.




Untuk Info Lanjut, Sila Layari Www.Futurebarrel.Com


Thursday 10 October 2013

Legoland Water Park Malaysia



Legoland Water Park Malaysia telah pun dibuka pada bulan Oktober ini. Tahun lepas Theme Park. Tahun ini Hotel Legoland dengan Legoland Water Park plak dibuka. Kalo kat Johor Bahru, Legoland Water Park ini adalah yang terbesar. Water park lain ada juga tapi biasa2 aje. Ok jom kita tengok apa yang ada kat Legoland Water Park ni:


 





Kalo sesiapa yang nak pegi Legoland Water Park ni da boleh beli tiket. Nak jimat beli tiket Legoland Water Park ini secara online. Ni harga online


Type
Online Price (RM)
Adult (12-59)
84.00
Child (3-11)
64.00
Senior (60+)
64.00

So kalo sesiapa yang nak beli tike boleh beli kat sini www.legoland.com.my



Label : Harga tiket dewasa kanak-kanak Legoland Water Park Malaysia ticket price for adult and child, Legoland Water Park Dicount Promotion Rate









Monday 7 October 2013

Apa itu CIMB Kwik dan Kelebihannya???


Sekarang ni ramai plak member yang becerita pasal CIMB Kwik... Tetiba rasa ketinggalan plak sebab tak tau apa benda ni...Apa itu CIMB Kwik? Apa kelebihan CIMB Kwik ini? So apa lagi searchla kat Google...Masa search tadi jumpa blogger KutoooBamboo ada terangkan pasal CIMB Kwik ni... Ok ini penerangan dari blogger tersebut.
CIMB Kwik adalah satu perkhidmatan terbaru untuk para pengguna yang setia kepada internet yang aktif, iaitu CIMBClicks Kwik.Dengan menggunakan Kwik, CIMB menekankan kepada fungsi kemudahan penghantaran dan penerimaan wang, iaitu dengan hanya menggunakan nombor telefon ataupun alamat emel sahaja. Nampak macam baru di Malaysia.
Cara-cara mendaftar CIMBClicks Kwik (KLIK DISINI)

CONTOH FORM  CIMBClicks Kwik

 
ANTARA GANJARAN DIBERI CIMBCLICKS KWIK
Kegunaan CIMBClicks Kwik       
 


memfokuskan kepada akaun perbankan berasaskan internet
pengguna boleh mendaftar akaun untuk Kwik terus melalui pelayar web, tanpa memerlukan mereka ke bank secara fiz
menghantar dan menerima wang
menambah-nilai prabayar
membayar bil



Pengeluaran ATM juga dibenarkan untuk memohon dan mengeluarkan wang. Namun had pengeluaran Kwik had maksimum hanya sehingga RM4999.00 sahaja.

Pengenalan CIMBClicks Kwik akan mengalakkan pengguna CIMB menggunakan perbankkan internet dengan aktif.


Cara Mudah Topup menggunakan CIMB Kwik
teruskn https://www.cimbclicks.com.my/TIBSEPWeb/fpxMobileReload_view.do 
contoh gambar

STEP PERTAMA



STEP SETERUSNAYA







so apa tunggu lagi... jom kita apply CIMB Kwik ni....


cimb kwik bagus, kelebihan cimb kwik, faedah cimb kwik, cimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobile cimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis celcom digi umobilecimb clicks kwik cimbclicks kwik online banking topup maxis

Monday 9 September 2013

DI SEBALIK KISAH SUBSIDI


Sekarang ni boleh kata panas jugak isu pasal subsidi... Sana subsidi sini subsidi... Jangan ingat petrol, gula, beras dan barang lain je ada subsidi, ni pasal buah durian pun ada subsidi jugak...Subsidi yang diberikan oleh Pak Ali terhadap buah durian yang dijualnya...

SETIAP hari anak-anak Pak Ali merungut kerana sifat kedekut bapa mereka yang melampau.

Dengan anak sendiri pun Pak Ali menjual durian yang dipungut dari dusunnya sendiri dengan harga mahal.

"Ayah ni, dengan orang luar jual durian harga RM2.70 sekilogram, dengan darah daging sendiri pun jual RM2.70, melampau!" kata anak sulung Pak Ali.

Pak Ali hanya memekakkan telinga sahaja dengan rungutan anak-anaknya.

Akhirnya Pak Ali mendapat idea untuk menutup mulut anak-anaknya yang sering merungut itu.

Di dalam dusun Pak Ali ada sebatang pokok durian 'bantut' buahnya kecil dan rasanya kurang manis.

Pak Ali pernah cuba memasarkan durian 'bantut' itu namun tidak laku.

Durian 'bantut' itulah yang dijual kepada anak-anaknya dengan harga RM2.10 sekilogram.

"Harga sebenar durian ini ialah RM2.70 sekilogram, tapi oleh kerana kamu semua anak ayah, darah daging ayah maka ayah hanya jual dengan harga RM2.10 sekilogram.

RM0.60 lagi kamu tak perlu bayar, biar ayah yang tanggung, biar ayah yang bayar. Setiap sekilogram durian, ayah bagi kamu RM0.60 sebagai subsidi" kata Pak Ali kepada anak-anaknya.

Salah seorang cucu yang terdengar penjelasan Pak Ali itu berbisik di dalam hatinya, "kesian atuk kena tanggung subsidi RM0.60, tapi kepada siapa agaknya atuk nak bayar RM0.60 tu ye? Kepada penunggu dusun ke?"


 Sumber citer : MiloSuam




Tuesday 3 September 2013

Sejarah Kenaikkan Harga Petrol Di Malaysia

Sana sini orang citer pasal harga minyak petrol yang naik 20 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Yela petrol ni kan antara isu yang sensitif, mana tak semua orang bercerita. Sebab ramai sangat yang citer pasal kenaikkan harga petrol ni, tau tak sepanjang 23 tahun berapa kali harga petrol naik. Ok ni fakta yang jumpa kat internet harga petrol di Malaysia sejak tahun 1990 sehinggalah kenaikkan pada hari ini.
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20) 
Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen. Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen. Apa pun masa tahun 2008 selepas beberapa bulan lepas pilihanraya, harga petrol naik sebanyak 78 sen. Kini selepas 5 tahun, selepas pilihanraya juga perkara yang sama berlaku lagi... Adakah ini semua kebetulan??? Renung-renungkan..... Sama ada suka ke tak suka, apa pun selamat menikmati kenaikan harga petroll...
 
 

Friday 30 August 2013

Bila Si Ayah Tak Bagi Anak Pakai Tudung


Dalam dunia rupanya ada jugak seorang ayah yang tak bagi anaknya tak pakai tudung.. Saper kat sini yang pernah jumpa ayah macam tu.. Kalo korang terjumpa mesti korang terkejut kan.. Tapi apapun kita janganla trus jump 2 conclusion... Maybe ada sebab ayahnya berbuat demikian kan.. Ok ni antara dialog di mana si ayah tak bagi anaknya tak pakai tudung.
Bapak : aku tak nak kau pakai tudung!!!
Anak   : Kenapa?!! apa salah saya?!!

Bapak : dah memang kau salah!!!
Anak   : Tapi bukankah menutup aurat itu wajib ayah?!!!

Bapak : Memang!! tapi AKU TETAPTAKNAK KAU PAKAI TUDUNG!!
Anak   : Jadi ayah nak saya tutup rambut saya pakai baldi?!!

Bapak : kurang ajar!! # tampar anak #
Anak terjatuh
Bapak : buka tudung kau tu!!!

Anak   : baiklah!! tapi bagi satu sebab kenapa saya tak boleh pakai tudung!!
Bapak : sebab...KAU TU LELAKI!!
 
 

Thursday 22 August 2013

Tips Untuk Memilih Telur Ayam Segar


TIPS Memilih Telur Ayam Segar

From left: Very Fresh ••• Pretty Fresh ••• Bad

1. Sangat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu - Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

3. Berusia 3 minggu - Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

4. Telur Busuk - Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air. So jangan makan…



Mesti ramai yang makan telur ayam kan... Tapi belum tentu telur ayam yang kita makan tu masih segar atau sudah lama. Ok ni tips untuk kita memilih telur ayam yang segar. Betul ke tak tak tau. Apa kata cuba dulu. Akan jadi tak macam gambar di atas:

1. Sangat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu - Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

3. Berusia 3 minggu - Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

4. Telur Busuk - Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air. So jangan makan…


Friday 16 August 2013

Di Sebalik Gejala Sosial : Kajian Tentang Tanda-Tanda Gejala Sosial Di Kalangan Anak Remaja

Sumber Gambar RPWP

Pagi tadi time tengok kat facebook ada orang post pasal artikel gejala sosial. Artikel ini ditulis dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kalau tengok tajuk artikel ni da macam tesis. Kalau kat universiti dah boleh jadi kajian berilmiah dan jadi rujukan banyak pihak. Artikel ini memang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai  anak remaja yang tengah meningkat naik dan juga kepada sesiapa sahaja. Yelah zaman sekarang ini dengan adanya internet semua maklumat yang baik atau tidak memang senang dapat dan diakses. Kadang-kadang tu budak kecik umur 4,5 tahun dah tau apa internet kan. So sebagai orang dewasa kenalah pandai bezakan mana baik dan mana buruk. Ok jom kita baca artikel yang ni:

Kami tidak berselindung dalam menunjukkan gejala yang telahpun terjadi dalam masyarakat kepada masyarakat agar kita ambil pelajaran. Foto-foto di dalam ini juga telah bertebaran di internet disebarkan dengan bangganya. Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kondisi dua kesudahan iaitu SYURGA dan juga NERAKA. Foto ini juga kami tunjuki kepada anda dan anda tanda diri anda sendiri, jika anda merasakan teransang dengan foto-foto jijik ini, anda semua pro-neraka dan suka kehidupan neraka. Jika melihat foto-foto ini timbul kebencian yang meluap, itu tanda anda pro kepada suasana syurga.

Pendedahan foto-foto terlampau ini adalah DISENGAJAKAN supaya anda tahu ini semua benar-benar berlaku dan bukan reka-rekaan semata-mata. 

Kami sangat bersyukur di atas kesedaran ramai hasil posting kami yang sangat viral berkaitan gejala keruntuhan akhlak dan peradaban anak generasi kita dan perkongsian tentang tanda-tandanya. Hasil kajian kami menunjukkan ia TERSANGAT SERIUS DAN MASUK TAHAP HANCUR.

Di atas permintaan pembaca yang ramai nak tahu tentang hasil-hasil kajian kami tentang tanda, maka kami kongsikannya sebahagian yang kami ada. Nak dikongsikan keseluruhan memang tak cukup 500 mukasurat. Tidak cukup dengan tulisan, kami terpaksa sulam dengan banyak video rakaman yang memaparkan tanda suara dan body language.

Apapun, sedikit yang kami kongsikan ini sekadar beberapa tanda hasil dari kajian kami sahaja, yang lebih baik ialah mengetahui sendiri CARA MENGENAL TANDA bukan APAKAH TANDA-TANDANYA. Tiada modul, tiada template khusus untuk tanda-tanda ini, maka kami kongsikan tanda-tanda yang agak umum dengan peratusan ketepatan melebihi 90%.

Meramal cuaca juga satu cara mengenal tanda. Tengok ke langit Nampak awan hitam kumulunimbus, itu tanda hari nak hujan. Siap-siaplah angkat kain jemuran sebagai tindakannya.
Sebahagian tanda-tanda umum ialah seperti berikut;


Anak Gadis & bujang Suka Mengunci Diri dalam bilik dengan komputer atau handphone yang berinternet.
  1. Melayari laman web lucah
  2. Webcam sex, phone sex, aktiviti narkotik
  3. Ada pasangan seks di dalam bilik tidur anak anda.


Beraksi foto dengan cara gedik
Perhatikan tanda pada jari & lidah, mata mereka. Simbol PEACE yang berulang-ulang sudah cukup memberikan gambaran berat. Apatah lagi mainan JARI HANTU.
  1. Nak cari kenalan untuk tujuan “ringan-ringan” yang akhirnya jadi “berat”
  2. Mewujudkan jaringan rakan berpeleseran.

Baju dalam dan baju tidur yang fancy
  1. Baju tidur & pakaian dalam berenda-renda bukanlah pakaian yang lebih selesa berbanding kain cotton. Apatah lagi jika anak anda mula pakai G-string yang biasanya digunakan oleh seorang isteri untuk “teasing” suaminya.
  2. Jika dipakai oleh anak gadis berumur 13 tahun dan digabung dengan mengunci diri dalam bilik yang ada akses internet. Cerita seterusnya ialah zina


Handphone di set kata laluan, ada 2 sim card, 2 phone, menggunakan mode silent. Ada bag yang tidak boleh diusik juga melarikan diri jauh dari ibu bapa sebelum menjawap panggilan telefon  dll.
  1. Tandanya mereka ada hubungan sulit
  2. Mereka merahsiakan sesuatu yang buruk. Cuba sahaja anda pegang telefon bimbit mereka dan tunjukkan kepada mereka, jika mereka kelam kabut biasanya mereka ada rahsia buruk yang disembunyikan.
  3. Ada temujanji rahsia
  4. Ada gambar rahsia atau berunsur seksual xxx
  5. Ada koleksi foto-foto gedik dan seksi yang anda sendiri tak pernah lihat dan percaya itu adalah anak anda.
  6. Ada video / foto seksi dan adakala berbogel terus yang dirakam sendiri untuk tujuan memuaskan mata teman lelaki internet mereka dan akhirnya juga akan jatuh ke kancah zina dan ketagihan seks
  7.  Apatah lagi jika sudah ada kondom dalam handbag mereka…


Hubungan keluarga menjadi renggang dan sering beralasan untuk tidak ikut program keluarga.
  1. Hati hanya ada satu, jika anak telah berikan pada orang lain, kita akan rasa komitmen mereka kepada kita berkurang
  2. Ada hubungan terlarang yang sengaja mereka atur selepas anda keluar dari rumah untuk program keluarga yang mereka tidak ikut itu.
  3. Hati hati bila anak suka berjalan berasingan semasa membeli belah. 2 minit sudah cukup untuk mereka melepaskan gian di tangga-tangga / car park pasaraya. Hanya bermodalkan 1 SMS kepada pasangan yang banyak semasa dalam perjalanan sudah cukup untuk 1 zina.


Ponteng sekolah, terlalu banyak stayback selepas waktu sekolah

 
Terlalu banyak kes seks di dalam kawasan sekolah, belakang dewan, tepi pagar, tepi kantin, tepi surau, dalam kelas, dalam bilik air, dalam librari, dalam makmal dll. Lebih teruk lagi bila sudah berani buat beramai-ramai, rakam, tonton dan sebar lagi..
  1. Sekali sekala cuba sahkan dengan guru terlibat.
  2. Jangan percaya maklumat rakan mereka, kerana mereka boleh saja mereka reka sesuatu yang kita jadi tertipu.
  3. Kadangkala mereka menggunakan beberapa sim card yang mereka katakan itu rakan mereka dengan nama-nama tertentu. Ada yang kami dapati mereka menhantar sms sesama sendiri seolah-olah ada rakan yang mengajak untuk stay back di sekolah kerana ada tuysen tambahan. JANGAN SAMPAI TERTIPU


Rakan sebaya yang terlampau
  1. Jika MAJORITI rakan perempuan mereka jenis yang happy go lucky, jangan anda duduk senang lenang, sekalipun anak anda BERTUDUNG LABUH. Ada banyak kes zina melibatkan individu berTUDUNG LABUH, semata-mata mengelakkan syak dari keluarga.
  2. Periksa dengan rapi KESEMUA kenalan lelaki mereka.
  3. Kenali ibu bapa dan keluarga rakan sebaya anak anda dan kongsikan maklumat demi keselamatan mereka.


Tiba-tiba tukar trend dari baju ketat tak bertudung kepada baju longgar, jubah dan tudung labuh.
  1. Mereka benar-benar telah berubah kepada kebaikan ATAU
  2. Menyembunyikan kesan “gigitan cinta” mereka ATAU
  3. Anak anda sedang menyembunyikan kehamilan haramnya. Jangan tertipu dengan trick ini kerana jika tidak kerana trick ini dan yang lain-lain di atas, masakan ada anak kita yang melahirkan bayi haram tanpa diketahui kehamilannya?

Kenali tanda-tanda yang kami kutip dari kes-kes yang merujuk kepada kami. Kami lebih mengundur ke belakang dengan mengutip tanda-tanda ini supaya dapat dibacakan kepada anak-anak kami agar ia tidak berlaku terhadap mereka.

Ada banyak lagi tanda-tanda yang umum sebegini. Tetapi lebih penting dari itu ialah bagaimana kita menghidupkan deria ke-6 kita untuk mampu membaca tanda-tanda yang berlaku pada bahasa-bahasa tidak verbal agar kita mampu mencegah kemungkaran sebelum ia berlaku. Bangkitkan deria itu dengan menelusuri sirah, sunnah dan wahyu. 

Kita ini bertuah kerana segala masalah yang kita lalui pernah nabi-nabi sebelum ini lalui dan selesaikannya. Kadangkala hanya kita yang SOMBONG dengan penyelesaian yang telah mereka lakukan.

Jika membaca tanda itu tidak penting, tidaklah sampai diriwayatkan Nabi Khidir membunuh seorang kanak-kanak yang telah dilihat bakal mengheret ibu bapanya ke neraka kelak, tidak pula dibocorkan perahu yang sedang baginda layari. Itu cerita muhkammat yang perlu dibaca secara mutasyabihat. Prejudis begitu membuatkan kita alert dengan tanda-tanda yang berlaku dan dengan cara itu kita ambil tindakan dengan MEMBUNUH TANDA-TANDA yang bakal membawa kepada kehancuran yang vital dan tidak boleh dibaiki (irreversible damage).

Kami di sini, di Rumah Pengasih Warga Prihatin lebih dari sekadar sebuah pusat perlindungan anak yatim dan asnaf tetapi kami melakukan penyelidikan dan pembangunan akhlak secara kritis. Kami kongsikan dapatan kami ini untuk anda sama-sama kongsikan pada yang lain dan memberi manafaat kepada semua.
Sama-sama fikirkannya, sama-sama iqra tanda-tanda pada anak-anak kita.


Sumber artikel  dari Rumah Pengasih Warga Prihatin



Label :  Cara Mengenal Tanda-Tanda Gejala Sosial Di Kalangan Anak Remaja, Punca Gejala sosial di kalangan remaja, Kesan Negatif dan Keburukan Gejala Sosial,