Thursday 7 June 2012

Hati-hati Dengan Emel Perbankan Internet

Sebut pasal perbankan internet atau internet banking semua orang tahu dan ramai yang selalu gunakan perkhidmatan ini. Aku pun dah lama jugak guna perbankan internet ni. Yang selalu aku guna ialah CIMB Clicks, Maybank2u dan RHB. Tapi sejak akhir-akhir ni selalu sangat dapat emel dari pihak bank. Katanya akaun suspended la, untuk pengesahan akaun la. Ni emel yang aku terima dari CIMB dan RHB  macam gambar kat bawah ni:

Emel yang dikatakan dari CIMB


Emel yang dikatakan dari RHB

So, kalau ada sesiapa yang dapat emel dari bank yang kata akaun perbankan internet korang ada masalah abaikan jela. Sebab emel ni semuanya konfem tipu. Kang kalo buat seperti apa yang emel tu sruh tak pasal2 duitnya hilang. Kalo memang ada masalah bank takkan bagi emel . Selalunya bank akan akan call. Kalo dapat call dari bank pun kena hati-hati sebab banyak yang menyamar. Yelah kalo nak tipu macam cara boleh buatkan.So untuk mengelakkan daripada tertipu kenala berhati-hati ok.  

Friday 1 June 2012

Sebab-sebab Kenapa Penjara Pudu Ditutup


SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...F
AKTA YANG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Sebelum ianya ditutupdan dirobohkan cerita ni hanya disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia engamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.