Monday 9 September 2013

DI SEBALIK KISAH SUBSIDI


Sekarang ni boleh kata panas jugak isu pasal subsidi... Sana subsidi sini subsidi... Jangan ingat petrol, gula, beras dan barang lain je ada subsidi, ni pasal buah durian pun ada subsidi jugak...Subsidi yang diberikan oleh Pak Ali terhadap buah durian yang dijualnya...

SETIAP hari anak-anak Pak Ali merungut kerana sifat kedekut bapa mereka yang melampau.

Dengan anak sendiri pun Pak Ali menjual durian yang dipungut dari dusunnya sendiri dengan harga mahal.

"Ayah ni, dengan orang luar jual durian harga RM2.70 sekilogram, dengan darah daging sendiri pun jual RM2.70, melampau!" kata anak sulung Pak Ali.

Pak Ali hanya memekakkan telinga sahaja dengan rungutan anak-anaknya.

Akhirnya Pak Ali mendapat idea untuk menutup mulut anak-anaknya yang sering merungut itu.

Di dalam dusun Pak Ali ada sebatang pokok durian 'bantut' buahnya kecil dan rasanya kurang manis.

Pak Ali pernah cuba memasarkan durian 'bantut' itu namun tidak laku.

Durian 'bantut' itulah yang dijual kepada anak-anaknya dengan harga RM2.10 sekilogram.

"Harga sebenar durian ini ialah RM2.70 sekilogram, tapi oleh kerana kamu semua anak ayah, darah daging ayah maka ayah hanya jual dengan harga RM2.10 sekilogram.

RM0.60 lagi kamu tak perlu bayar, biar ayah yang tanggung, biar ayah yang bayar. Setiap sekilogram durian, ayah bagi kamu RM0.60 sebagai subsidi" kata Pak Ali kepada anak-anaknya.

Salah seorang cucu yang terdengar penjelasan Pak Ali itu berbisik di dalam hatinya, "kesian atuk kena tanggung subsidi RM0.60, tapi kepada siapa agaknya atuk nak bayar RM0.60 tu ye? Kepada penunggu dusun ke?"


 Sumber citer : MiloSuam




Tuesday 3 September 2013

Sejarah Kenaikkan Harga Petrol Di Malaysia

Sana sini orang citer pasal harga minyak petrol yang naik 20 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Yela petrol ni kan antara isu yang sensitif, mana tak semua orang bercerita. Sebab ramai sangat yang citer pasal kenaikkan harga petrol ni, tau tak sepanjang 23 tahun berapa kali harga petrol naik. Ok ni fakta yang jumpa kat internet harga petrol di Malaysia sejak tahun 1990 sehinggalah kenaikkan pada hari ini.
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20) 
Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen. Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen. Apa pun masa tahun 2008 selepas beberapa bulan lepas pilihanraya, harga petrol naik sebanyak 78 sen. Kini selepas 5 tahun, selepas pilihanraya juga perkara yang sama berlaku lagi... Adakah ini semua kebetulan??? Renung-renungkan..... Sama ada suka ke tak suka, apa pun selamat menikmati kenaikan harga petroll...