Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday # Mari Bergambar


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) untuk Bujang - RM250 dan Ketua Isi Rumah - RM500



*Bagi Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014 sila KLIK SINI

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  1 November 2012. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
    • Pejabat Daerah  
    •  Jabatan Pembangunan Persekutuan  
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat 
    • Jabatan Penerangan 
    • Permohonan Online boleh dibuat di http://www.treasury.gov.my (KLIK SINI) atau  www.hasil.gov.my (KLIK SINI)
         
        Contoh Borang BRIM 2.0
      Untuk Borang Yang Lengkap ---->> KLIK SINI



      Bantuan untuk kali kedua ni juga terbuka kepada orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas berbanding sebelum ni yang hanya untuk Ketua Isi Rumah sahaja yang mendapat RM500.

      BRIM 2.0  untuk Bujang RM250

      Bagi individu bujang berumur 21 tahun keatas pendapatan hendaklah  RM2000 ke bawah untuk layak dapat bantuan RM250. Ni syarat untuk bujang:

      Individu (Bujang)
      Syarat
      Bantuan RM250
      • Warganegara Malaysia
      • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan
      • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
      • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

      Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan dokumen berikut:
      • Salinan kad pengenalan
      • Penyata/slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji

      BRIM 2.0 untuk RM500 (Ketua Isi Rumah)

      Untuk Ketua Isi Rumah pula,penerima sebelum ini yang layak tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.Ini kerana mereka telah layak secara automatik. Untuk yang belum daftar lagi syarat permohonan seperti ni:

      Isi Rumah
      Syarat
      Bantuan RM500
      • Warganegara Malaysia
      • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
      • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
      • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 


      Definasi Ketua  Isi Rumah

      Ketua Isi Rumah : Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
      • Berkahwin
      • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
      • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
      Untuk siapa yang tidak faham maksud isi rumah boleh tengok gambar kat bawah ni seperti yang diterangkan oleh pihak MOF (http://www.treasury.gov.my) :

       





       Sumber : MOF



      Kalo ada soalan atau tak paham boleh tanya dekat  email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

      So untuk mereka yang layak, apa tunggu lagi jangan lupa mohon...


      Update : Tarikh Tutup Permohonan BRIM 2.0 telah dilanjutkan pada 15 MAC 2013

      Update 4 Februari 2013: Semak Keputusan BRIM 2.0  

      Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan diketahui bermula 12 Februari 2013. Para pemohonan BR1M 2.0 boleh membuat semakan masing-masing menerusi talian hotline:


      TALIAN HOTLINE : 
      1-800-222-500
      1-300-88-3010
      Waktu operasi :
       9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)



      Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.








      Monday 15 October 2012

      Cerita Bukit Bendera, Pulau Pinang


      Dah lama tak tulis cerita baru. So kali ni nak story skit pasal Bukit Bendera. Sikit aje, tak banyak pon. Banyak gambar adalah. Siapa yang pernah sampai Bukit Bendera kat Pulau Pinang atau dalam Bahasa Inggerisnya Penang Hill... Pelik kan dalam bahasa Melayu Bukit Bendera, tapi dalam Bahasa Inggeris jadi Penang Hill plak...Naper tak jadi Flag Hill plak kan....ahahaha... Ok untuk siapa yang belum sampai, jom kita layan gambar kat bawah ni dulu:






      Landasan keretapi nak ke atas bukit






      Pemandangan dari atas bukit. 
      (klik je gambar ni utk tengok lagi jelas)
      Sampai Kepala Batas boleh nampak

      Jambatan Pulau Pinang

       Jambatan Kedua Pulau Pinang Dalam Pembinaan

      Bangunan KOMTAR

      Batu Feringgi


      Ok ni serba sedikit maklumat pasal Bukit Bendera ni:

      Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.

      Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.

      Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

      Sumber : Wikipedia


      Pengunjung nak naik ke atas bukit ni komfem la kena naik keretapi. Kalo dulu keretapinya kaler merah tapi sekarang da moden hah. Laju keretapi ni. Ni harga tiket keretapi Bukit Bendera: