Dah lama tak tulis cerita baru. So kali ni nak story skit pasal Bukit Bendera. Sikit aje, tak banyak pon. Banyak gambar adalah. Siapa yang pernah sampai Bukit Bendera kat Pulau Pinang atau dalam Bahasa Inggerisnya Penang Hill... Pelik kan dalam bahasa Melayu Bukit Bendera, tapi dalam Bahasa Inggeris jadi Penang Hill plak...Naper tak jadi Flag Hill plak kan....ahahaha... Ok untuk siapa yang belum sampai, jom kita layan gambar kat bawah ni dulu:
Landasan keretapi nak ke atas bukit
Pemandangan dari atas bukit.
(klik je gambar ni utk tengok lagi jelas)
Sampai Kepala Batas boleh nampak
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Kedua Pulau Pinang Dalam Pembinaan
Bangunan KOMTAR
Batu Feringgi
Ok ni serba sedikit maklumat pasal Bukit Bendera ni:
Bukit
Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang
terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.Berada pada
ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa
Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan
panorama yang mengasyikkan.
Secara
umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras
laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke
bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat
taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah
kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana
ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin
amat sesuai bagi penanaman strawberi.Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah
melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag
Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.
Sumber : Wikipedia
Pengunjung nak naik ke atas bukit ni komfem la kena naik keretapi. Kalo dulu keretapinya kaler merah tapi sekarang da moden hah. Laju keretapi ni. Ni harga tiket keretapi Bukit Bendera:
Effective 10 March 2012 (Saturday), the
Penang Hill funicular train's NEW schedule will be as follows:
|
|
Weekdays :
|
6.30a.m - 10.00p.m (Last train from top
station )
|
Weekends/Public Holidays & School Holidays :
|
6.30a.m - 11.00p.m (Last train from top
station )
|
The Ticketing counter at the Bottom Station will be
closed at :
|
|
Weekdays :
|
9.00 p.m.
|
Weekends/Public Holidays & School Holidays :
|
10.00 p.m.
|
(the management reserves the rights to revise the
schedule without prior notice).
|
Kalau tengok harga tiket dia macam mahal. Nak tau apa sebabnya, ni sebabnya harga dia letak macam tu:
Guna elektrik punca kos operasi meningkat
GEORGETOWN: Tambang kereta api Bukit Bendera untuk pelancong tempatan dinaikkan 100 peratus iaitu RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak apabila perkhidmatan itu beroperasi semula 1 Mei ini, berbanding masing-masing RM4 dan RM2 sebelum ini.
GEORGETOWN: Tambang kereta api Bukit Bendera untuk pelancong tempatan dinaikkan 100 peratus iaitu RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak apabila perkhidmatan itu beroperasi semula 1 Mei ini, berbanding masing-masing RM4 dan RM2 sebelum ini.
Tambang baru pelancong asing pula ialah RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.
Mengikut struktur tambang diumum Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, semalam, tambang baru itu disebabkan peningkatan kos operasi kereta api elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel.
Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera diberhentikan operasinya pada Februari 2010.
Ini kali pertama, PHC memperkenalkan tambang warga asing, pakej keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak), tambang sehala dan Orang Kurang Upaya (OKU). Pas bulanan untuk pekerja dan penduduk di Bukit Bendera kekal pada harga RM24.
Pakej keluarga rakyat tempatan ditetapkan RM18, manakala pakej keluarga warga asing pula RM70. Tambang sehala kini ditetapkan RM5 dan OKU boleh menggunakannya secara percuma.
Kah Choon berkata, meskipun kadar tambang baru berkuat kuasa 1 Mei, orang ramai boleh menggunakan kereta api itu mulai Isnin ini dengan dikenakan tambang RM10 untuk disumbangkan kepada Tabung Larian Amal kendalian kerajaan negeri.
Katanya, kos operasi bagi setiap perjalanan kereta api ialah RM500 kerana ia menggunakan elektrik dan kos itu lebih tinggi berbanding kereta api kabel sebelum ini.
Kereta api baru ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Kapasiti kereta api ini juga bertambah kepada 1,000 orang sejam berbanding 280 sebelum ini. Malah, penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan hanya mengambil masa lima minit.
Kah Choon berkata, pihaknya menjangka lebih 600,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatan itu setahun.
Projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera dibiayai Kerajaan Persekutuan membabitkan kos RM73 juta termasuk pembinaan kemudahan asas lain seperti tempat letak kenderaan di kaki bukit itu.
Sumber : Berita Harian
ok last p penang hill umo 5taun =='
ReplyDeletegila lama oooo :D
umo 5thn ehh??? mmg btul2 da lama...
DeleteThanks for sharing.. teringin pula ke sana.
ReplyDeleteHello ku-cit...
ReplyDeletesaya banyak kali ke Peneng... tapi tak pernah sampai bukit bendera
samala kt...seblm ni mmg tiap2 thn ke penang...tp ni br 1st time smpai kat bukit bendera...
Deletemalam bukak! menarik. kene pegi!
ReplyDeletewah... saya bru first time pegi.. best sangat ! teringin nk pegi lgi. ;)
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.