Monday 9 March 2015

Perkhidmatan Fotografer : Pakej Photoshoot Konvokesyen di UTM Skudai Johor 2015




Time konvo  mesti nak amik gambar banyak2 kan. Yelah dah beberapa tahun bertungkus lumus tu la saat2 yang dinanti2 kan orang kata. So tak lengkap kalau tak abadikan detik2 tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang tersayang.
.
Jadi sempena konvokesyen Kali Ke-54 Universiti Teknologi Malaysia yang bakal diadakan pada bulan April 2015 ini, kawan fotografer ada menawarkan perkhidmatan photoshoot. 

So pada sesiapa yang akan berkonvo pada bulan depan boleh la dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan itu. Apa lagi cepat booking date sebelum terlewat!!!



Sunday 1 March 2015

Tempat Makan Terkenal di Johor Bahru

Kalo datang di satu-satu tempat mesti kita akan cari tempat makanan kan.. Setiap tempat mesti ada tempat makan yang terkenal. Ok kalo sape yang datang ke Johor Bahru boleh cuba tempat makan ni. Tempat-tempat ni adalah antara yang terkenal di Johor Bahru.Senarai tempat ini diperolehi daripada blog wanista..

jb
1. Tapah Corner.  
Jika anda mencari tempat makan untuk sarapan, penulis syorkan anda datang ke sini kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap malah harganya sangat murah. Penulis sukakan roti canai, nasi lemak, paru goreng, asam pedas ikan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan anda, orang Singapura awal-awal lagi turun ke JB dan berhenti sarapan di sini. (Restoran Tapah Corner yang terletak di berhampiran Kampung Melayu)


jb 1
2. Medan Selera Tepian Tebrau. 
Medan Selera Tepian Tebrau. Terdapat sebuah gerai makan yang terletak di hujung medan selera, Gerai Yong Yong. Di sini, terdapat pelbagai jenis seafood dan kesemuanya segar-segar belaka. Anda patut cuba ikan bakar kerana sosnya cukup sedap, membuatkan anda ketagih dan langsung tidak hanyir. Lokasinya, terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yang bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.



writinglikeastoner.wordpress.com
 3. Restoran Singgah Selalu. 
Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. Lagi satu, jika anda penggemar shisha, sini tempatnya.