Saturday 31 March 2012

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia



Akhirnya pekeliling yang dinantikan oleh kakitangan awam iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Nak tengok maklumat lengkap gaji bagi semua jawatan dan skim termasuk Pengurusan Tertinggi serta download pekeling tersebut boleh klik sini dan kalo  nak kira berapa kenaikan gaji pon boleh klik kat sini.  Jika dibuat perbandingan kenaikan gaji 13% bawah SSM ni tinggi sikit dari SBPA.

Kalau kita tengok pekelililing kali ini lagi adalah lebih jelas berbanding pekeliing dari SBPA sebab maklumat gaji bagi semua jawatan ada dinyatakan kat situ berbanding dulu di mana Lampira C tidak disertakan sekali. Kali ni cara macam mana nak kira pun ada ditunjukkan sekali dalam pekeliling itu. Akhir sekali banyak perkara yang dapat dipelajari dari isu SBPA. Ini kerana perkara yang melibatkan gaji adalah perkara yang amat sensitif tak kira baik di sektor awam mahupun swasta.

Sunday 11 March 2012

Jom Pergi Beli Tiket (Annual Pass) dan Harga Tiket Legoland Malaysia

Update : Nak beli tiket Legoland klik --->>  SINI

Katanya legoland Malaysia kat Nusajaya akan dibuka pada akhir 2012. Legoland kat Malaysia ni adalah yang ke-6 dibuka di dunia. Antara Legoland yang dah ada sebelum ni:


Parkmap Legoland Malaysia

So tengoklah kat website Legoland berapa harga tiket.. Boleh tahan jugak mahal harga dia..Sekali tengok, sekarang ni tengah ada promosi iaitu Pre-Opening Annual Pass Promotion.. Tapi limited la.. Tak taula limited dia sampai bila.. update SPECIAL PROMOTION PRICE (Promotion ends, 16th April 2012).. Kalo saper yang nak datang banyak kali better beli annual pass ni.. Tengok kalo beli annual pass yang tengah promosi memang jimat.. Dekat Rm80 tu dari harga biasa.. Dah tu bole guna banyak kali kan.. Kalo pergi theme park ni selalunya satu hari memang tak cukup n tak puas... Ni harga tiket dia.




So untuk Pre-Opening Annual Pass Promotion sekarang ni dah boleh beli kat Air Asia Red Tix. Tapi cara beli tiket Legoland Malaysia sekarang ni cuma boleh beli online jela macam kat bawah ni.