Friday 30 August 2013

Bila Si Ayah Tak Bagi Anak Pakai Tudung


Dalam dunia rupanya ada jugak seorang ayah yang tak bagi anaknya tak pakai tudung.. Saper kat sini yang pernah jumpa ayah macam tu.. Kalo korang terjumpa mesti korang terkejut kan.. Tapi apapun kita janganla trus jump 2 conclusion... Maybe ada sebab ayahnya berbuat demikian kan.. Ok ni antara dialog di mana si ayah tak bagi anaknya tak pakai tudung.
Bapak : aku tak nak kau pakai tudung!!!
Anak   : Kenapa?!! apa salah saya?!!

Bapak : dah memang kau salah!!!
Anak   : Tapi bukankah menutup aurat itu wajib ayah?!!!

Bapak : Memang!! tapi AKU TETAPTAKNAK KAU PAKAI TUDUNG!!
Anak   : Jadi ayah nak saya tutup rambut saya pakai baldi?!!

Bapak : kurang ajar!! # tampar anak #
Anak terjatuh
Bapak : buka tudung kau tu!!!

Anak   : baiklah!! tapi bagi satu sebab kenapa saya tak boleh pakai tudung!!
Bapak : sebab...KAU TU LELAKI!!
 
 

Thursday 22 August 2013

Tips Untuk Memilih Telur Ayam Segar


TIPS Memilih Telur Ayam Segar

From left: Very Fresh ••• Pretty Fresh ••• Bad

1. Sangat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu - Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

3. Berusia 3 minggu - Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

4. Telur Busuk - Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air. So jangan makan…



Mesti ramai yang makan telur ayam kan... Tapi belum tentu telur ayam yang kita makan tu masih segar atau sudah lama. Ok ni tips untuk kita memilih telur ayam yang segar. Betul ke tak tak tau. Apa kata cuba dulu. Akan jadi tak macam gambar di atas:

1. Sangat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu - Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.

3. Berusia 3 minggu - Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.

4. Telur Busuk - Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air. So jangan makan…


Friday 16 August 2013

Di Sebalik Gejala Sosial : Kajian Tentang Tanda-Tanda Gejala Sosial Di Kalangan Anak Remaja

Sumber Gambar RPWP

Pagi tadi time tengok kat facebook ada orang post pasal artikel gejala sosial. Artikel ini ditulis dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kalau tengok tajuk artikel ni da macam tesis. Kalau kat universiti dah boleh jadi kajian berilmiah dan jadi rujukan banyak pihak. Artikel ini memang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai  anak remaja yang tengah meningkat naik dan juga kepada sesiapa sahaja. Yelah zaman sekarang ini dengan adanya internet semua maklumat yang baik atau tidak memang senang dapat dan diakses. Kadang-kadang tu budak kecik umur 4,5 tahun dah tau apa internet kan. So sebagai orang dewasa kenalah pandai bezakan mana baik dan mana buruk. Ok jom kita baca artikel yang ni:

Kami tidak berselindung dalam menunjukkan gejala yang telahpun terjadi dalam masyarakat kepada masyarakat agar kita ambil pelajaran. Foto-foto di dalam ini juga telah bertebaran di internet disebarkan dengan bangganya. Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kondisi dua kesudahan iaitu SYURGA dan juga NERAKA. Foto ini juga kami tunjuki kepada anda dan anda tanda diri anda sendiri, jika anda merasakan teransang dengan foto-foto jijik ini, anda semua pro-neraka dan suka kehidupan neraka. Jika melihat foto-foto ini timbul kebencian yang meluap, itu tanda anda pro kepada suasana syurga.

Pendedahan foto-foto terlampau ini adalah DISENGAJAKAN supaya anda tahu ini semua benar-benar berlaku dan bukan reka-rekaan semata-mata. 

Kami sangat bersyukur di atas kesedaran ramai hasil posting kami yang sangat viral berkaitan gejala keruntuhan akhlak dan peradaban anak generasi kita dan perkongsian tentang tanda-tandanya. Hasil kajian kami menunjukkan ia TERSANGAT SERIUS DAN MASUK TAHAP HANCUR.

Di atas permintaan pembaca yang ramai nak tahu tentang hasil-hasil kajian kami tentang tanda, maka kami kongsikannya sebahagian yang kami ada. Nak dikongsikan keseluruhan memang tak cukup 500 mukasurat. Tidak cukup dengan tulisan, kami terpaksa sulam dengan banyak video rakaman yang memaparkan tanda suara dan body language.

Apapun, sedikit yang kami kongsikan ini sekadar beberapa tanda hasil dari kajian kami sahaja, yang lebih baik ialah mengetahui sendiri CARA MENGENAL TANDA bukan APAKAH TANDA-TANDANYA. Tiada modul, tiada template khusus untuk tanda-tanda ini, maka kami kongsikan tanda-tanda yang agak umum dengan peratusan ketepatan melebihi 90%.

Meramal cuaca juga satu cara mengenal tanda. Tengok ke langit Nampak awan hitam kumulunimbus, itu tanda hari nak hujan. Siap-siaplah angkat kain jemuran sebagai tindakannya.
Sebahagian tanda-tanda umum ialah seperti berikut;


Anak Gadis & bujang Suka Mengunci Diri dalam bilik dengan komputer atau handphone yang berinternet.
  1. Melayari laman web lucah
  2. Webcam sex, phone sex, aktiviti narkotik
  3. Ada pasangan seks di dalam bilik tidur anak anda.


Beraksi foto dengan cara gedik
Perhatikan tanda pada jari & lidah, mata mereka. Simbol PEACE yang berulang-ulang sudah cukup memberikan gambaran berat. Apatah lagi mainan JARI HANTU.
  1. Nak cari kenalan untuk tujuan “ringan-ringan” yang akhirnya jadi “berat”
  2. Mewujudkan jaringan rakan berpeleseran.

Baju dalam dan baju tidur yang fancy
  1. Baju tidur & pakaian dalam berenda-renda bukanlah pakaian yang lebih selesa berbanding kain cotton. Apatah lagi jika anak anda mula pakai G-string yang biasanya digunakan oleh seorang isteri untuk “teasing” suaminya.
  2. Jika dipakai oleh anak gadis berumur 13 tahun dan digabung dengan mengunci diri dalam bilik yang ada akses internet. Cerita seterusnya ialah zina


Handphone di set kata laluan, ada 2 sim card, 2 phone, menggunakan mode silent. Ada bag yang tidak boleh diusik juga melarikan diri jauh dari ibu bapa sebelum menjawap panggilan telefon  dll.
  1. Tandanya mereka ada hubungan sulit
  2. Mereka merahsiakan sesuatu yang buruk. Cuba sahaja anda pegang telefon bimbit mereka dan tunjukkan kepada mereka, jika mereka kelam kabut biasanya mereka ada rahsia buruk yang disembunyikan.
  3. Ada temujanji rahsia
  4. Ada gambar rahsia atau berunsur seksual xxx
  5. Ada koleksi foto-foto gedik dan seksi yang anda sendiri tak pernah lihat dan percaya itu adalah anak anda.
  6. Ada video / foto seksi dan adakala berbogel terus yang dirakam sendiri untuk tujuan memuaskan mata teman lelaki internet mereka dan akhirnya juga akan jatuh ke kancah zina dan ketagihan seks
  7.  Apatah lagi jika sudah ada kondom dalam handbag mereka…


Hubungan keluarga menjadi renggang dan sering beralasan untuk tidak ikut program keluarga.
  1. Hati hanya ada satu, jika anak telah berikan pada orang lain, kita akan rasa komitmen mereka kepada kita berkurang
  2. Ada hubungan terlarang yang sengaja mereka atur selepas anda keluar dari rumah untuk program keluarga yang mereka tidak ikut itu.
  3. Hati hati bila anak suka berjalan berasingan semasa membeli belah. 2 minit sudah cukup untuk mereka melepaskan gian di tangga-tangga / car park pasaraya. Hanya bermodalkan 1 SMS kepada pasangan yang banyak semasa dalam perjalanan sudah cukup untuk 1 zina.


Ponteng sekolah, terlalu banyak stayback selepas waktu sekolah

 
Terlalu banyak kes seks di dalam kawasan sekolah, belakang dewan, tepi pagar, tepi kantin, tepi surau, dalam kelas, dalam bilik air, dalam librari, dalam makmal dll. Lebih teruk lagi bila sudah berani buat beramai-ramai, rakam, tonton dan sebar lagi..
  1. Sekali sekala cuba sahkan dengan guru terlibat.
  2. Jangan percaya maklumat rakan mereka, kerana mereka boleh saja mereka reka sesuatu yang kita jadi tertipu.
  3. Kadangkala mereka menggunakan beberapa sim card yang mereka katakan itu rakan mereka dengan nama-nama tertentu. Ada yang kami dapati mereka menhantar sms sesama sendiri seolah-olah ada rakan yang mengajak untuk stay back di sekolah kerana ada tuysen tambahan. JANGAN SAMPAI TERTIPU


Rakan sebaya yang terlampau
  1. Jika MAJORITI rakan perempuan mereka jenis yang happy go lucky, jangan anda duduk senang lenang, sekalipun anak anda BERTUDUNG LABUH. Ada banyak kes zina melibatkan individu berTUDUNG LABUH, semata-mata mengelakkan syak dari keluarga.
  2. Periksa dengan rapi KESEMUA kenalan lelaki mereka.
  3. Kenali ibu bapa dan keluarga rakan sebaya anak anda dan kongsikan maklumat demi keselamatan mereka.


Tiba-tiba tukar trend dari baju ketat tak bertudung kepada baju longgar, jubah dan tudung labuh.
  1. Mereka benar-benar telah berubah kepada kebaikan ATAU
  2. Menyembunyikan kesan “gigitan cinta” mereka ATAU
  3. Anak anda sedang menyembunyikan kehamilan haramnya. Jangan tertipu dengan trick ini kerana jika tidak kerana trick ini dan yang lain-lain di atas, masakan ada anak kita yang melahirkan bayi haram tanpa diketahui kehamilannya?

Kenali tanda-tanda yang kami kutip dari kes-kes yang merujuk kepada kami. Kami lebih mengundur ke belakang dengan mengutip tanda-tanda ini supaya dapat dibacakan kepada anak-anak kami agar ia tidak berlaku terhadap mereka.

Ada banyak lagi tanda-tanda yang umum sebegini. Tetapi lebih penting dari itu ialah bagaimana kita menghidupkan deria ke-6 kita untuk mampu membaca tanda-tanda yang berlaku pada bahasa-bahasa tidak verbal agar kita mampu mencegah kemungkaran sebelum ia berlaku. Bangkitkan deria itu dengan menelusuri sirah, sunnah dan wahyu. 

Kita ini bertuah kerana segala masalah yang kita lalui pernah nabi-nabi sebelum ini lalui dan selesaikannya. Kadangkala hanya kita yang SOMBONG dengan penyelesaian yang telah mereka lakukan.

Jika membaca tanda itu tidak penting, tidaklah sampai diriwayatkan Nabi Khidir membunuh seorang kanak-kanak yang telah dilihat bakal mengheret ibu bapanya ke neraka kelak, tidak pula dibocorkan perahu yang sedang baginda layari. Itu cerita muhkammat yang perlu dibaca secara mutasyabihat. Prejudis begitu membuatkan kita alert dengan tanda-tanda yang berlaku dan dengan cara itu kita ambil tindakan dengan MEMBUNUH TANDA-TANDA yang bakal membawa kepada kehancuran yang vital dan tidak boleh dibaiki (irreversible damage).

Kami di sini, di Rumah Pengasih Warga Prihatin lebih dari sekadar sebuah pusat perlindungan anak yatim dan asnaf tetapi kami melakukan penyelidikan dan pembangunan akhlak secara kritis. Kami kongsikan dapatan kami ini untuk anda sama-sama kongsikan pada yang lain dan memberi manafaat kepada semua.
Sama-sama fikirkannya, sama-sama iqra tanda-tanda pada anak-anak kita.


Sumber artikel  dari Rumah Pengasih Warga Prihatin



Label :  Cara Mengenal Tanda-Tanda Gejala Sosial Di Kalangan Anak Remaja, Punca Gejala sosial di kalangan remaja, Kesan Negatif dan Keburukan Gejala Sosial,


Thursday 1 August 2013

Dia Anak Kita

 
 
 
 Bila baca cerita pasal kisah ni touchig plak...Tak taula kisah ni betul ke tak.... Macam citer dalam tv pon ada...Dari cakap banyak baik kita baca kisah ni ok...

Karangan ini saya dapat (dikongsikan) oleh seorang cikgu dari MRSM Mukah.

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'
 
sumber dari sini