Monday 31 December 2012

Permohonan Rebat RM 200 Smartphone / Telefon Pintar



Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia telah dikeluarkan. Syarat-syaratnya seperti berikut


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.

    Isi Borang Permohonan Rebat RM 200 Online Klik SINI


Bagi pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ.

Antara senarai telefon pintar di bawah RM 500 :

   


Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia dan tempoh sah memohon bermula 1 Januari 2013  sehingga  31 Disember 2013. 


 
So kepada sesiapa yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia : Insentif Jalur Lebar Negara.

Klik  SINI

Bila tengok antara syaratnya harga maksimum sehingga RM500 aje. So smartphone yang gempak2 tak masuk senarai pun. Kalo tengok senarai tu, ada smartphone ni pun bole dapat free kalo kita subcribe dengan pelan yang disediakan oleh service provider. Tapi takpe jangan risau kemungkinan harga maksimum ni akan dikaji. Yelah ramai sangat yang komen pasal harga ni. Kat paper semalam pun Khairy Jamaluddin pun komen pasal hal ini jugak. So kita tunggu dan lihat aje ok.

UPDATE : 2 JANUARI 2013


Seperti yang aku cakap sebelum ni harga maksimun bagi pembelian smartphone akan dikaji sebab ramai yang komplenkan. So tengok berita hari ni kerajaan da buat keputusan tiada had harga untuk beli smatphone macam berita ni. Biasala kerajaankan dah biasa dengan keputusan flip flop ni. So lepas ni ada chance la saper2 nak beli smartphone yang harga mahal dan yang lagi ok.
 


Rebat RM200: Tiada had harga beli telekerafon pintar


Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapanBelanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.



Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.  SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.  SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. [sinar]


Label :Syarat-Syarat permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar(3G) Smartpohone, Cara memohon Rebat RM200 Smartphone Telefon Pintar, Tarikh tutup permohonan telepon pintar RM200, Tempoh Sah Memohon Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013, Senarai telefon pintar smartphone untuk rebat rm200, Borang permohonan rebat telefon pintar, Glaji untuk layak dapat rebat RM200 smartphone


Sunday 23 December 2012

Nasi Lemak Senibong Tak Mesra Pelanggan


Baru tau nama restoran Nasi Lemak Senibong ni.Nama je Restoran Malam Indah Selalu, 
tapi servisnya tak seindah mana pun.
  

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal isu ini tapi asyik tak sempat. Sebab minggu ni aktiviti agak pack. Lagipun dekat seminggu tade kat umah atas urusan keje dan jalan2.  Back to topic, sepanjang minggu ni masa makan kat luar, aku tengok ada 3 tempat makan yang servis dia sangat hampeh, mejengkel dan menyakitkan hati. Apa yang dikesalkan 3 tempat ni adalah adalah milik orang Melayu. Patutnya makin da ada nama servis lagi bagus, ni servisnya makin out plak..

Ok kita start citer. Kalo cakap pasal Nasi Lemak kat JB ni boleh kata orang JB mesti tau dan penah pegi Nasi Lemak Senibong. Kalo tak penah pegi pun, mesti penah dengar kan. So kali ini nak story pasal Nasi Lemak Senibong yang aku pegi pada Ahad lepas (16/12/2012). Aku dalam 10 orang gi situ dalam kol 5 petang. Oleh sebab nak cepat kita orang pegila situ. Selain nasi lemak ada gak menu lain. Tapi sebab masih awal cuma nasi lemak je yang dah ada. So kita orang decide makan nasi lemak je. Time tu pun masih tak ramai lagi yang makan situ.

So, time amik order semuanya ok. Sebab budak yang amik order tu da baca balik apa yang kita orang order. Problemnya bile order yang kita orang pesan dia tak hantar sekali. Mula2 dia hantar 6 nasi lemak, then dia hantar semua air yang order. Lepas dah hantar air, budak tu letak list order kat meja kita orang. Aik order tak cukup lagi da letak list ke. So kitaorang sangka baikla maybe diaorang ada salinan baik gaknya. So lepas tu kita orang tunggu la 4 pinggang yang tak bagi. Tunggu punya tunggu tak sampai gak. Tengok2 orang yang sediakan nasi lemak tu da duduk. Siap bebual lagi dengan membernya.


 
Orang tak ramai pun masa ni
  
Apa yang tak puas hatinya bila:

Friday 21 December 2012

Dividen dan Bonus ASB 2012

Agihan pendapatan ASB 7.75 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.


Kira tahun ni naik sikitla dari tahun lepas. Tapi masih dalam lingkungan 7% . Bila agaknya nk macam dulu yang boleh cecah 10%. Nak tengok  sejarah dividen dan bonus ASB KLIK SINI