Monday 7 July 2014

Piala Dunia : Sejarah Bola Sepak Piala Dunia dan Penjaring Terbanyak Piala Dunia





Walau piala dunia kali ni dah nak sampai ke penghujung tapi tak terlehat lagi untuk kita tahu serba sedikit pasal piala dunia bola sepak yang sedang berlangsung di Brazil pada masa kini. Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa(FIFA) yang menjadi badan induk gabungan bola sepak dunia ditubuhkan pada tahun 1904.

Namun idea untuk melahirkan satu kejohanan bola sepak berprestij peringkat dunia hanya muncul kira-kira 24 tahun kemudian. Idea tersebut hanya dapat direalisasikan pada tahun 1928 apabila Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet ( nama aal trofi Piala Dunia) kecewa selepas bola sepak tidak disenaraikan sebagai salah satu acara dalam sukan olimpik musim panas. 

Susulan daripada itu, beliau bertindak mempromosikan sukan tersebut melalui satu kejohanan khas. Impiannya tercapai apabila Montovideo, Uruguay dipilih menjadi tuan rumah pertama kejohanan selama 17 hari yang bermula 13 Julai 1930 dengan hanya melibatkan 13 pasukan tanpa format pusingan kelayakan. Signifikannya Uruguay dipilih menjadi tuan rumah adalah kerana negara tersebut telah memenagi acara bola sepak pada aksi Sukan Olimpik tahun 1924 dan 1928. 

Kesemua 13 pasukan yang mneyertai kejohanan julung kali itu ialah , Amerika Syarikat, Argentina, Uruguay, Yugoslavia, Belgium, Perancis, Romania, Mexico, Bolivia, Brazil, Chile, Paraguay dan Peru. 

Pada kejohanan sulung itu, perlawanan pertama menyaksikan pertemuan antara Perancis dan Mexico yang berkesudahan dengan Perancis menang 4-1 dan pemainnya Lucien Laurent menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia. 

Perlawanan akhir kejohanan sulung itu mempertemukan antara tuan rumah dan Argentins dengan kesudahan Uruguay berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan membenam cabaran lawan mereka dengan keputusan 4-2 manakala Guillermo Stabile dari Argentina dinobat selaku penjaring terbanyak dengan lapan gol. 

Dua edisi penganjuran selepas itu pada tahun 1934 dan 1938, FIFA telah memilih Itali dan Perancis sebagai tuan rumah yang menyaksikan Itali mengungguli kedua-dua siri kejohanan sebelum ia dihentikan buat sementara waktu ekoran Perang Dunia Kedua.

Kejohanan Piala Dunia kembali pada tahun 1950 apabila Brazil dipilih menjadi tuan rumah dengan melibatkan 13 pasukan yang bertanding. Perlawanan akhir menemukan pasukan tuan rumah dan Uruguay , namun Brazil gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-2. Apa yang paling diingati adalah perlawanan akhir tersebut yang berlangsung di Stadium Maracana menarik lebih 200,000 penonton. 

Piala Dunia 1974 yang berlangsung di Jerman Barat cukup bermakna apabila buat pertama kalinya, trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang diperkenalkan selepas trofi lama yang sebelum ini dicuri dan dijumpai semula diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas negara itu muncul juara sebanyak tiga kali pad 1958,1962 dan 1970. 

Pada tahun 1982 format Piala Dunia telah ditukar dengan pasukan yang bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah pertandingan itu. Ia diteruskan sehingga 1994. Pada tahun 1998, format diubah sekali lagi di mana pasukan yang bertanding ditambah penyertaannya kepada 32 pasukan. 

Sehingga kini selepas 19 edisi kejohanan Piala Dunia dipertandingkan, Brazil masih mengungguli apabila memenangi lima kejuaraan diikuti Itali (empat), Jerman (tiga) dan masing-masing dua kali untuk Argentina dan Uruguay. Sementara England, Perancis dan Sepanyol berkongsi satu kejuaraan. 


Info Penting Piala Dunia 
  • Piala Dunia edisi yang Pertama ialah pada 13 Julai 1930. 
  • Juara Piala Dunia edisi yang pertama,1930 ialah Uruguay. 
  • Pemain Perancis, Lucien Laurent merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun 1930 
  • Penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia yang pertama ialah Guillermo Stabile dari Argentina dengan meledak lapan gol di Piala Dunia 1930. 
  • Penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden.

Pasti sahaja ramai yang menunggu dan menanti detik bermulanya Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil.  Christiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez adalah antara nama popular yang diramal bakal menggondol anugerah Kasut Emas dalam kempen Piala Dunia 2014.
Mengikut rekod, penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden.
Sebelum riuh di Rio, eloklah kita selongkar kembali senarai pemenang pemenang Anugerah Kasut Emas dalam 10 kejohanan sebelum ini. 
  
1.  Grzegorz Lato.  
  • 1974- Piala Dunia di Jerman Barat. 
  • Lato menjadi kebanggaan Poland selepas dianugerahkan Kasut Emas setelah merekodkan tujuh jaringan. 
 2.  Mario Kempes. 
  • 1978 –Piala Dunia di Argentina. 
  • Penyerang Argentina ini meledakkan enam gol. Dua jaringannya di final ketika menentang Belanda melayakkan Argentina menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Kempes juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik dalam kempen tersebut. 
3. Paolo Rossi. 
  • 1982 – Piala Dunia di Sepanyol. 
  • Bintang Azzurri ini antara nadi utama kejayaan Itali merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga selepas menumpaskan German Barat, 3-1. 
  • Rossi meledakkan enam gol dibezakan dengan satu jaringan German Barat, Karl- Heinz Rummenigge. 
4. Gary Lineker 
  • 1986- Piala Dunia di Mexico. 
  • Penyerang England ini merekodkan enam jumlah jaringan sehingga membawa The Tree Lions ke peringkat suku akhir. 
  •  Liniker meledakkan dua jaringan di peringkat 16 pasukan terbaik, satu jaringan di peringkat suku akhir menentang Argentina dan selebihnya di peringkat kumpulan. 
5. Salvatore Schillaci
  • 1990- Piala Dunia di Itali. 
  • Schillaci telah meledakkan enam jumlah jaringan. Bagaimanapun hajat Itali ke final dinafikan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat, 1-1. 
6. Oleg Salenko dan Hristo Stoichkov 
  • 1994- Piala Dunia di Amerika Syarikat. 
  • Salenko yang meledakkan enam jaringan merupakan satu-satunya pemain yang dianugerahkan Kasut Emas walaupun Russia tersingkir diperingkat kumpulan. 
  • Manakala Stoichkov yang merekodkan jumlah jaringan yang sama telah membawa Bulgaria sehingga ke peringkat separuh akhir.
7. Davor Suker. 
  • 1998- Piala Dunia di Perancis. 
  • Penyerang kebanggaan Crotia ini menjadi nadi utama kebangkitan pasukannya di Perancis. 
  • Biarpun tewas di tangan tuan rumah dengan jaringan,2-1, enam jaringan Suker sudah cukup untuk dirinya dianugerahkan Kasut Emas.
 8. Ronaldo. 
  • 1998- Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun. 
  • Pemain lagenda Brazil ini berada di puncak kariernya dengan merekodkan lapan jaringan.
  • Dua jaringannya dalam perlawanan akhir menentang Jerman sudah cukup untuk melayakkan Brazil menjulang trofi Piala Dunia buat kali kelima.
 9. Miroslav Klose. 
  •  2006- Piala Dunia di Jerman. 
  • Penyerang yang kini menyarung jersi Lazio ini merekodkan jumlah lima jaringan buat negaranya ketika Jerman menjadi tuan rumah. 
  • Dalam kempen tersebut, Jerman menduduki tangga ketiga selepas menundukkan Portugal, 3-1. 
 10. Thomas Muller. 
  • 2010 – Piala Dunia di Afrika Selatan.  
  • Penyerang Jerman ini meledakkan lima jaringan sehingga membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan Sepanyol,1-0.
  • Muller yang berkongsi jumlah jaringan bersama David Villa(Sepanyol) dan Wesley Sneider( Belanda) telah dianugerahkan Kasut Emas berdasarkan jumlah assist. 
Sumber: Sinar Harian, 27 Mei 2014.

Tuesday 1 July 2014

Di Sebalik Cerita Sebenar Altel Yang Menjadi Viral



Dalam dua, tiga hari selain orang Islam berpuasa, ada satu cerita tersebar dan ramai orang share kat facebook kat Whatsap dan lain2 media sosial lagi...Tak lain tak bukan adalah pasal ALTEL.. Ceritanya pasal ada orang yang susah nak beli sim kad ALTEL... Kalo saper tak tau pasal cerita ni boleh GOOGLE terus.. Mesti jumpa..

So dalam cerita tu kata ALTEL ni laju, kat ceruk kampung mana semua dapat... So betul ke?? Apa lagi search untuk cari kebenaran... Then ada jumpa penerangan pasal ALTEL ni kat facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad's dan blog Buasir Otak pun ada ulas pasal isu ini jugak...  Ok pada siapa yang nak tahu pasal ALTEL ni bole baca penerangan  ni yang di copy paste dari facebook tu...


Sejak rakan kami page Boikot Barangan Cina Dap ORI (BBCD) mula post mengenai rangkaian ALTEL dan cerita disebaliknya, laman web Altel (www.altel.my) mengalami gangguan kerana ramai yang mula berminat dan baru tahu dengan syarikat telemunikasi Bumiputera itu.

Disini, saya beri sedikit pencerahan mengenai ALTEL.

Buat masa sekarang, ALTEL hanyalah MVNO untuk Celcom.

Apa tu MVNO? MVNO ialah mobile virtual network operator atau dalam bahasa lain mereka tidak ada infrastruktur bagi wireless telekomunikasi.

Syarikat yang menggunakan MVNO akan mempunya satu perjanjian perniagaan dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk mendapatkan akses pukal kepada perkhidmatan rangkaian pada kadar borong, kemudian menetapkan harga runcit secara bebas.

Sesebuah MVNO boleh menggunakan perkhidmatan pelanggannya sendiri,bil, sistem sokongan, pemasaran dan kakitangan jualan atau apa sahaja berkaitan selagi tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.

ALTEL telah tandatangan dua agreement dengan CELCOM, 1 Master Agreement untuk bandwith RAN Sharing 4G (Maka yang 20Mhz itu hanyalah sharing radio station shaja)., manakala satu lagi agreement dengan Altel ialah MVNO untuk Celcom atau Light MVNO.

ALTEL belum mempunyai network atau infrastruktur lagi dan menjelang hujung tahun ini, mereka akan menggunakan akses 4G network. Jika ada komen mengenai ALTEL mempunyai coverage yang banyak termasuk kawasan ceruk kampung, ia sebenarnya line daripada Celcom.

Celcom adalah syarikat tele yang paling banyak coverage di Malaysia.

Uniknya, nombor telefon yang Altel jual sekarang adalah nombor yang DIBERI HAK oleh MCMC bukan nombor Celcom. Consumer akan nampak itu network Altel sekarang tapi sebenarnya TIDAK. Altel masih menggunakan network untuk voice, sms, VAS, etc.

Dari semangat KEMELAYUAN, saya sangat puji Altel. 99% Melayu dari atas sampai ke middle management level adalah orang Melayu. Walaupun income dari MVNO ini TAK BANYAK, tapi Syed Mokhtar Al Bukhari mampu membayar berjuta sebulan kepada staffnya yang dah dua tahun.

Altel juga ada lesen BROADCASTING dan FIBRE OPTIC yang boleh menjadi PERSAINGAN hebat kepada MAXIS.

Tetiba Pageview Naik



Lepas dah 4 hari cuti, jengah2 la kat blog ni...Sekali tengok pageview kat blog ni tetiba naik plak dalam 2 , 3 hari ini...Naik pun tadelah banyak mana pun...Yelah  blog bukan orang terkenal kan... Lagipun sekarang pun dah malas sangat nak wat entry baru... Tak macam dulu-dulu hah...Tapi bila tengok pageview naik sape yang tak nak kan...

Tengok2 patutla naik rupa-rupanya ada kene mengena dengan bulan puasa plak... Sebab tu rupanya..Siapa yang nak tau naper bole naik boleh lah baca entry kat SINI

Apa2 pun Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....