Sekarang ni semua orang tahu harga rumah makin lama makin. Lagi-lagi kalo rumah kat kat area KL, JB dan Penang memang dah melambung2 harga dia. Tapi tahu tak apa sebab salah satu sebab harga rumah makin mahal. Salah satunya sebab spekulasi. Macam kat Berita Harian hari ni:
Kerajaan disaran tetapkan tempoh pemilikan elak spekulasi
Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menetapkan tempoh minimum pemilikan rumah sehingga 10 tahun sebelum boleh dijual bagi mengelakkan spekulasi sehingga harganya melambung tinggi.
Ini berikutan ada pihak yang membeli rumah semata-mata untuk pelaburan dan mengaut keuntungan berganda melalui penjualan semula.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron, berkata kegiatan itu menyebabkan harga rumah naik pada paras tidak munasabah sehingga membebankan mereka yang benar-benar memerlukan rumah, khususnya pembeli rumah pertama.
Sumber : Berita Harian
Sekarang ni kalo tengok ada yang beli rumah pun bukan sebab utama nak duduk tapi sebab nak dijual balik. Yelah dengan cara ini memang senang nak buat duit. Macam sekarang ni area aku duduk ni banyak sangat naik projek Kondo dan Apartmen. Contohnya Apartmen ni, time baru bukak untuk jualan tahun 2010 harga mula RM180,000 . So sekarang apartmen ni dah siap, tapi orang masih belum duduk lagi kat kawasan ni. Then bila tengok kat Mudah harga yang orang nak jual sekarang tau berapa??? Hah tengok kat bawah ni:
So kalo cadangan macam kat berita ni dibuat memang bagus. Tapi kalo cadangan baik macam nanti mesti ada je pihak yang tak setuju. Tak caye tengok jela nanti kan..
gilo.. harga x munasabah.. nnti semua org hidup menyewa.. :P
ReplyDeletemmg tak munasabah dah harga skrg...nak2 yang harga kat bandar2 besar...
Delete