Semua orang tahu tayar kereta tapi kadng-kadang kita tak tahu pun apa maksud atau nombor-nombor yang terdapat pada tayar kereta. So gambar yang aku jumpa kat Google ni sangat bagus sebab banyak membantu untuk kita kenal dan tahu maklumat yang dinyatakan pada tayar kereta.
Semua maklumat penting pasal tayar ada dinyatakan dalam gambar. Antaranya:
1) Maklumat tayar dibuat atau dikeluarkan.
2) Maklumat tekanan tayar maksimum
3) Kadar Kelajuan Tayar
4) Indeks beban tayar
5) Maklumat reka bentuk tayar.
Contohnya macam nombor 185/65R13 91 H ni maksud dia macam ni
Nombor 185 merujuk kepada lebar itu dalam milimeter. Jarak diukur dari sisi ke sisi macam W kat gambar tu.
Nombor 65 merujuk nisbah aspek tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu macam gambar H kat gambar.
Huruf R merujuk kepada binaan tayar radial. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Nombor 13 merujuk diameter rim dalam unit inchi bagi membolehkan tayar dimuatkan. Kalo nak tukar tayar dengan diameter lebih besar, so kena tukar rim kepada diameter sama.
Nombor 91 merujuk indeks beban tayar. Untuk tahu berat maksima nombor “91″ kita rujuk kepada carta index beban kat jadual tu. So nombor 91 bermaksud 1 tayar dapat tampung berat 615KG. Untuk 4 kita kalikan aje macam ni . (615 x 4 = 2460 kg)
Huruf H merujuk kelajuan maksima. Contohnya H kat dalam jadual tu kelajuan maksima dia 210km/h.
Disebabkan Hari Raya yang akan datang lagi beberapa minggu ni, mesti ada yang membuat persediaan beli tayar baru untuk perjalanan jauh dan balik kampung. So dengan maklumat ni, sedikit sebanyak dapat bantu kita supaya kita tidak tertipu dan terkeliru dengan penjual tayar kereta.
ohh patutu lah tayar keter sorong aku ada kod2 mcm tu.. he3
ReplyDelete@kutoOobambOo / ericoanaci
ReplyDeletejgn kata keter sorong, tayar basikal pon ada kod tu gak
so???
Deleteso...?
Deletewah info yang sangat saya suka :)
ReplyDeleteoh ya berkenaan GENG segar tu,Actually ada juga lelaki setakat ni ada 5 orang lelaki..:)
untuk keterangan lanjut better baca info ni ye :)
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/p/gsf.html