Friday, 23 December 2011

Kisah Seorang Duta


Tersebutlah kisah sebuah cerita….

Ada seorang duta dari negara Negara Matahari Terbit yang datang melawat Malaysia...

Yang menyambut Duta ini semuanya adalah Datuk-Datuk belaka…

Tibanya di lapangan terbang duta ini diperkenalkan dan bersalam dengan tetamunya yang datang menyambut ketibaannya iaitu Datuk Ahmad…. Datuk Abu…Dato’ Karim.. dan Datuk-datuk yang lain…

Apabila nak masuk kereta dan pintu duduk belakang dibuka, Duta ini diperkenalkan dengan driver kereta itu iaitu Encik Ramli...

Duta itu pun terus memberi tunduk hormat kat driver tu dan duduk di bahagian depan di sebelah Encik Ramli....

-TaMaT-

Tuesday, 20 December 2011

Dividen ASB Tahun 2011 dan Sejarah Dividen ASB Dari Tahun 1990


Malam tadi tengok kat berita, PNB dah umumkan dividen ASB untuk tahun 2011 ialah  7.65 %t dan bonus 1.15 %. Patutlah semalam ingat nak bank-in duit kat dalam ASB guna CIMB Clicks tak boleh. Sejak dah tau boleh  guna internet banking dah tak pegi lagi dah Pejabat Pos atau bank bila nak masuk duit kat ASB.

Kalo tengok dividen tahun ni kira naik sikitla dari dividen tahun lepas. Dividen ASB ni plak sejak tahun 2001 mesti bawah 8%. Dah tak pernah macam tahun 90-an dulu sampai 10% setahun. 



Friday, 2 December 2011

Sejarah Air Asia

 
Sekarang kalo sebut Air Asia semua orang tau. Lagi plak dengan slogannya Now Everyone Can Fly. Sebelum ni pun pernah buat entry pasal Air Asia jugak. Kalo sebut  Air Asia mesti yang terlintas selalunya promosi tiket murah, LCCT kat Sepang tu, Tony Fernandes. Air Asia tu Tony Fernades, Tony Fernandes tu Air Asia memang tak dapat dipisahkan. Dari bidang muzik (dulu Tony  bos Warner Music) boleh beralih ke bidang airline. Tapi kita tau tak macam mana sejarah Air Asia tu boleh bermula dan macam mana Tony Fernandes bangunkan Air Asia.


Tadi ada terjumpa satu interview dengan Tony Fernandes kat website Agenda Daily. Semua perkara dari start dia ambil alih sehingga da berjaya sekarang ada diceritakan dalam interview tu.