Monday, 15 September 2014
Harga dan Bayaran Bulanan Proton Iriz
Cantik tak Proton Iriz yang merupakan model terbaru dari Proton? Tapi cantik itu adalah satu perkara yang subjektif. Ada orang lain cita rasanya dan tak sama antara dengan yang lain. Tapi personally model terbaru Proton Iriz ini boleh dikatakan cantikla.
Kalo nak citer cantik ke tak sampai bila pun tak abis kan. Mesti semua nak tahu berapa harga Proton Iriz ni kan. Proton Iriz ni ada 2 versi iaitu 1.3cc dan 1.6cc . OK ni la harga sebenar Proton Iriz yang dapat dari Paul Tan:
Dah tau harga, rasa2 berapa plak bayaran bulanan Proton Iriz. Mesti penting nak tau sebab dari situ dapat tau berapa bajet kita. Ok ni bayaran bulan Proton Iriz atau orang putih kata Proton Iriz monthly installment:
So dah tau berapa hara dan bayaran bulanan so lepas ni, so lepas ni saper yang berminat boleh la serbu Proton Showroom untuk booking kereta ni sebab bookuing telah pun dibuka.
Sumber : Paul Tan dan melvister.com
Label: Harga Proton Iriz Price dan Bayaran Bulanan Proton Iriz Monthly Installment
Thursday, 14 August 2014
Pengalaman Transit Di Istanbul : Istanbul Kita Singgah
| Singapore - Istanbul - Dublin |
Bila
tengok filem Istanbul Aku Datang, wah boleh tahan cantik jugak Negara Turki ni.
Dalam hati entah bila lah boleh sampai ke sana.
Tapi orang kata kalau dah rezeki tak ke mana.
| Istanbul, Turki |
Dipendekkan
cerita pada bulan Januari awal tahun
ni dapatlah merasa jugak jejak ke Istanbul.
Nak tulis kat blog pun tak terlulis2. Baru hari ni dapat tulis kat blog ni..Tapi aku jejak ke Istanbul
tak lama pun cuma 8 jam je… Hah jangan terkejut...Tu pun sebab nak gi Ireland
dan kena transit kat Istanbul...Naik
flight Turkish Airline.... Transit kat sini adalah dalam 8 jam..
Bertolak dari Changi Airport, Singapore pukul 12.30 mlm. Sampai Ataturk Airport, Istanbul tu dalam pukul 6.00pg.... Wah mcm gini rupanya musim sejuk ..Yelah.org tak pernah rasa musim sejuk....Terus keluarkan jacket...Bibir trus rasa kering...Suhu dalam 5 darjah celcius gitu...
Nak tunggu next flight ke Ireland lama lagi dalam kul 2ptg...Sebab panjang sangat masa transit so better kuar jln2 ke bandar Istanbul...mula2 rasa mcm tak berani nk kuar airport tapi gamble je la orangg kata...Kalo tak kuar airport tak merasa la nak jejak Istanbul dan sebab tak tau bile lagi nak gi Europe...
Nak cop passport kat immigresen tu tengok notis board Malaysia tak kena visa...Time kat kaunter pon dia cuma tanya apa nama tu je...So memang lancar lah proses kat immigrresen walaupun orang ramai beratur
Sebelum fly tu adalah search skit cara nak gi bandar dari airport tu...Pass da kuar airport trus tuka duit lira...Tuka 20euro dapatla 60lira...3lira gitu caj untuk money changer tu...Kalo nak tukar duit banyak better tukar kat Bandar sebab tak kene caj.. Then trus gi cari metro nak ke bandar..Metro tu pun dlm area airport gak cuma kene jalan jauh skit..Ada banyak signboard Metro tu. So tak payah risau. Then beli tiket metro yang namanya jotun...Jotun tu beli kat mesin aje..Tiket dia mcm syiling LRT tu...Tapi lepas masuk coin tu trus tak kuar blk...Sebab bile kita nak keluar nanti just tolak je palang tu..
![]() |
| Peta route Metro ni kena ada sebab senang nak rujuk |
Dari
airport turun kat Stesen Zeytinburnu...Then kena tuka dgn tram plak...Amik tram yang tulis Kabatas. Time ni
time org nk gi keje...Memang penuhla tram dia....Terasa asing sebab aku and
wife je muka org luar...Time ni baru tau tram ni guna jln raya biasa dan kongsi
jln dgn kereta..ada masa tram ni kene stop bg laluan pada kereta..
Tuesday, 12 August 2014
Berfikir di luar kotak... Jom try !!!
Sekiranya kalau kreatif banyak benda dan bahan terbuang boleh kita olah, ubah suai dan boleh diguna semula. Apa lagi jom cuba buat macam dalam gambar di bawah ni:
















Monday, 7 July 2014
Piala Dunia : Sejarah Bola Sepak Piala Dunia dan Penjaring Terbanyak Piala Dunia
Walau piala dunia kali ni dah nak sampai ke penghujung tapi tak terlehat lagi untuk kita tahu serba sedikit pasal piala dunia bola sepak yang sedang berlangsung di Brazil pada masa kini. Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa(FIFA) yang menjadi badan induk gabungan bola sepak dunia ditubuhkan pada tahun 1904.
Namun
idea untuk melahirkan satu kejohanan bola sepak berprestij peringkat
dunia hanya muncul kira-kira 24 tahun kemudian.
Idea tersebut hanya dapat direalisasikan pada tahun 1928 apabila
Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet ( nama aal trofi Piala Dunia)
kecewa selepas bola sepak tidak disenaraikan sebagai salah satu acara
dalam sukan olimpik musim panas.
Susulan
daripada itu, beliau bertindak mempromosikan sukan tersebut melalui satu
kejohanan khas.
Impiannya tercapai apabila Montovideo, Uruguay dipilih menjadi tuan
rumah pertama kejohanan selama 17 hari yang bermula 13 Julai 1930
dengan hanya melibatkan 13 pasukan tanpa format pusingan kelayakan.
Signifikannya Uruguay dipilih menjadi tuan rumah adalah kerana negara
tersebut telah memenagi acara bola sepak pada aksi Sukan Olimpik tahun
1924 dan 1928.
Kesemua
13 pasukan yang mneyertai kejohanan julung kali itu ialah , Amerika
Syarikat, Argentina, Uruguay, Yugoslavia, Belgium, Perancis, Romania,
Mexico, Bolivia, Brazil, Chile, Paraguay dan Peru.
Pada
kejohanan sulung itu, perlawanan pertama menyaksikan pertemuan antara
Perancis dan Mexico yang berkesudahan dengan Perancis menang 4-1 dan
pemainnya Lucien Laurent menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam
kejohanan Piala Dunia.
Perlawanan
akhir kejohanan sulung itu mempertemukan antara tuan rumah dan
Argentins dengan kesudahan Uruguay berjaya merangkul kejuaraan pertama
dengan membenam cabaran lawan mereka dengan keputusan 4-2 manakala
Guillermo Stabile dari Argentina dinobat selaku penjaring terbanyak
dengan lapan gol.
Dua
edisi penganjuran selepas itu pada tahun 1934 dan 1938, FIFA telah
memilih Itali dan Perancis sebagai tuan rumah yang menyaksikan Itali
mengungguli kedua-dua siri kejohanan sebelum ia dihentikan buat
sementara waktu ekoran Perang Dunia Kedua.
Kejohanan
Piala Dunia kembali pada tahun 1950 apabila Brazil dipilih menjadi
tuan rumah dengan melibatkan 13 pasukan yang bertanding. Perlawanan
akhir menemukan pasukan tuan rumah dan Uruguay , namun Brazil gagal
memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-2.
Apa yang paling diingati adalah perlawanan akhir tersebut yang
berlangsung di Stadium Maracana menarik lebih 200,000 penonton.
Piala
Dunia 1974 yang berlangsung di Jerman Barat cukup bermakna apabila buat
pertama kalinya, trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang
diperkenalkan selepas trofi lama yang sebelum ini dicuri dan dijumpai
semula diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas negara itu muncul
juara sebanyak tiga kali pad 1958,1962 dan 1970.
Pada
tahun 1982 format Piala Dunia telah ditukar dengan pasukan yang
bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah
pertandingan itu. Ia diteruskan sehingga 1994. Pada tahun 1998, format
diubah sekali lagi di mana pasukan yang bertanding ditambah
penyertaannya kepada 32 pasukan.
Sehingga
kini selepas 19 edisi kejohanan Piala Dunia dipertandingkan, Brazil
masih mengungguli apabila memenangi lima kejuaraan diikuti Itali
(empat), Jerman (tiga) dan masing-masing dua kali untuk Argentina dan
Uruguay. Sementara England, Perancis dan Sepanyol berkongsi satu
kejuaraan.
Info Penting Piala Dunia
- Piala Dunia edisi yang Pertama ialah pada 13 Julai 1930.
- Juara Piala Dunia edisi yang pertama,1930 ialah Uruguay.
- Pemain Perancis, Lucien Laurent merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun 1930
- Penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia yang pertama ialah Guillermo Stabile dari Argentina dengan meledak lapan gol di Piala Dunia 1930.
- Penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden.
Pasti
sahaja ramai yang menunggu dan menanti detik bermulanya Piala Dunia 2014
yang akan berlangsung di Brazil. Christiano Ronaldo, Lionel Messi,
Neymar dan Luis Suarez adalah antara nama popular yang diramal bakal
menggondol anugerah Kasut Emas dalam kempen Piala Dunia 2014.
Mengikut
rekod, penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai
penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia
1958 di Sweeden.
Sebelum
riuh di Rio, eloklah kita selongkar kembali senarai pemenang pemenang
Anugerah Kasut Emas dalam 10 kejohanan sebelum ini.
1. Grzegorz Lato.
- 1974- Piala Dunia di Jerman Barat.
- Lato menjadi kebanggaan Poland selepas dianugerahkan Kasut Emas setelah merekodkan tujuh jaringan.
2. Mario Kempes.
- 1978 –Piala Dunia di Argentina.
- Penyerang Argentina ini meledakkan enam gol. Dua jaringannya di final ketika menentang Belanda melayakkan Argentina menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Kempes juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik dalam kempen tersebut.
3. Paolo Rossi.
- 1982 – Piala Dunia di Sepanyol.
- Bintang Azzurri ini antara nadi utama kejayaan Itali merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga selepas menumpaskan German Barat, 3-1.
- Rossi meledakkan enam gol dibezakan dengan satu jaringan German Barat, Karl- Heinz Rummenigge.
4. Gary Lineker
- 1986- Piala Dunia di Mexico.
- Penyerang England ini merekodkan enam jumlah jaringan sehingga membawa The Tree Lions ke peringkat suku akhir.
- Liniker meledakkan dua jaringan di peringkat 16 pasukan terbaik, satu jaringan di peringkat suku akhir menentang Argentina dan selebihnya di peringkat kumpulan.
5. Salvatore Schillaci
- 1990- Piala Dunia di Itali.
- Schillaci telah meledakkan enam jumlah jaringan. Bagaimanapun hajat Itali ke final dinafikan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat, 1-1.
6. Oleg Salenko dan Hristo Stoichkov
- 1994- Piala Dunia di Amerika Syarikat.
- Salenko yang meledakkan enam jaringan merupakan satu-satunya pemain yang dianugerahkan Kasut Emas walaupun Russia tersingkir diperingkat kumpulan.
- Manakala Stoichkov yang merekodkan jumlah jaringan yang sama telah membawa Bulgaria sehingga ke peringkat separuh akhir.
7. Davor Suker.
- 1998- Piala Dunia di Perancis.
- Penyerang kebanggaan Crotia ini menjadi nadi utama kebangkitan pasukannya di Perancis.
- Biarpun tewas di tangan tuan rumah dengan jaringan,2-1, enam jaringan Suker sudah cukup untuk dirinya dianugerahkan Kasut Emas.
8. Ronaldo.
- 1998- Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun.
- Pemain lagenda Brazil ini berada di puncak kariernya dengan merekodkan lapan jaringan.
- Dua jaringannya dalam perlawanan akhir menentang Jerman sudah cukup untuk melayakkan Brazil menjulang trofi Piala Dunia buat kali kelima.
9. Miroslav Klose.
- 2006- Piala Dunia di Jerman.
- Penyerang yang kini menyarung jersi Lazio ini merekodkan jumlah lima jaringan buat negaranya ketika Jerman menjadi tuan rumah.
- Dalam kempen tersebut, Jerman menduduki tangga ketiga selepas menundukkan Portugal, 3-1.
10. Thomas Muller.
- 2010 – Piala Dunia di Afrika Selatan.
- Penyerang Jerman ini meledakkan lima jaringan sehingga membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan Sepanyol,1-0.
- Muller yang berkongsi jumlah jaringan bersama David Villa(Sepanyol) dan Wesley Sneider( Belanda) telah dianugerahkan Kasut Emas berdasarkan jumlah assist.
Tuesday, 1 July 2014
Di Sebalik Cerita Sebenar Altel Yang Menjadi Viral
Dalam dua, tiga hari selain orang Islam berpuasa, ada satu cerita tersebar dan ramai orang share kat facebook kat Whatsap dan lain2 media sosial lagi...Tak lain tak bukan adalah pasal ALTEL.. Ceritanya pasal ada orang yang susah nak beli sim kad ALTEL... Kalo saper tak tau pasal cerita ni boleh GOOGLE terus.. Mesti jumpa..
So dalam cerita tu kata ALTEL ni laju, kat ceruk kampung mana semua dapat... So betul ke?? Apa lagi search untuk cari kebenaran... Then ada jumpa penerangan pasal ALTEL ni kat facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad's dan blog Buasir Otak pun ada ulas pasal isu ini jugak... Ok pada siapa yang nak tahu pasal ALTEL ni bole baca penerangan ni yang di copy paste dari facebook tu...
Sejak rakan kami page Boikot Barangan Cina Dap ORI (BBCD) mula post mengenai rangkaian ALTEL dan cerita disebaliknya, laman web Altel (www.altel.my) mengalami gangguan kerana ramai yang mula berminat dan baru tahu dengan syarikat telemunikasi Bumiputera itu.
Disini, saya beri sedikit pencerahan mengenai ALTEL.
Buat masa sekarang, ALTEL hanyalah MVNO untuk Celcom.
Apa tu MVNO? MVNO ialah mobile virtual network operator atau dalam bahasa lain mereka tidak ada infrastruktur bagi wireless telekomunikasi.
Syarikat yang menggunakan MVNO akan mempunya satu perjanjian perniagaan dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk mendapatkan akses pukal kepada perkhidmatan rangkaian pada kadar borong, kemudian menetapkan harga runcit secara bebas.
Sesebuah MVNO boleh menggunakan perkhidmatan pelanggannya sendiri,bil, sistem sokongan, pemasaran dan kakitangan jualan atau apa sahaja berkaitan selagi tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.
ALTEL telah tandatangan dua agreement dengan CELCOM, 1 Master Agreement untuk bandwith RAN Sharing 4G (Maka yang 20Mhz itu hanyalah sharing radio station shaja)., manakala satu lagi agreement dengan Altel ialah MVNO untuk Celcom atau Light MVNO.
ALTEL belum mempunyai network atau infrastruktur lagi dan menjelang hujung tahun ini, mereka akan menggunakan akses 4G network. Jika ada komen mengenai ALTEL mempunyai coverage yang banyak termasuk kawasan ceruk kampung, ia sebenarnya line daripada Celcom.
Celcom adalah syarikat tele yang paling banyak coverage di Malaysia.
Uniknya, nombor telefon yang Altel jual sekarang adalah nombor yang DIBERI HAK oleh MCMC bukan nombor Celcom. Consumer akan nampak itu network Altel sekarang tapi sebenarnya TIDAK. Altel masih menggunakan network untuk voice, sms, VAS, etc.
Dari semangat KEMELAYUAN, saya sangat puji Altel. 99% Melayu dari atas sampai ke middle management level adalah orang Melayu. Walaupun income dari MVNO ini TAK BANYAK, tapi Syed Mokhtar Al Bukhari mampu membayar berjuta sebulan kepada staffnya yang dah dua tahun.
Altel juga ada lesen BROADCASTING dan FIBRE OPTIC yang boleh menjadi PERSAINGAN hebat kepada MAXIS.
Disini, saya beri sedikit pencerahan mengenai ALTEL.
Buat masa sekarang, ALTEL hanyalah MVNO untuk Celcom.
Apa tu MVNO? MVNO ialah mobile virtual network operator atau dalam bahasa lain mereka tidak ada infrastruktur bagi wireless telekomunikasi.
Syarikat yang menggunakan MVNO akan mempunya satu perjanjian perniagaan dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk mendapatkan akses pukal kepada perkhidmatan rangkaian pada kadar borong, kemudian menetapkan harga runcit secara bebas.
Sesebuah MVNO boleh menggunakan perkhidmatan pelanggannya sendiri,bil, sistem sokongan, pemasaran dan kakitangan jualan atau apa sahaja berkaitan selagi tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.
ALTEL telah tandatangan dua agreement dengan CELCOM, 1 Master Agreement untuk bandwith RAN Sharing 4G (Maka yang 20Mhz itu hanyalah sharing radio station shaja)., manakala satu lagi agreement dengan Altel ialah MVNO untuk Celcom atau Light MVNO.
ALTEL belum mempunyai network atau infrastruktur lagi dan menjelang hujung tahun ini, mereka akan menggunakan akses 4G network. Jika ada komen mengenai ALTEL mempunyai coverage yang banyak termasuk kawasan ceruk kampung, ia sebenarnya line daripada Celcom.
Celcom adalah syarikat tele yang paling banyak coverage di Malaysia.
Uniknya, nombor telefon yang Altel jual sekarang adalah nombor yang DIBERI HAK oleh MCMC bukan nombor Celcom. Consumer akan nampak itu network Altel sekarang tapi sebenarnya TIDAK. Altel masih menggunakan network untuk voice, sms, VAS, etc.
Dari semangat KEMELAYUAN, saya sangat puji Altel. 99% Melayu dari atas sampai ke middle management level adalah orang Melayu. Walaupun income dari MVNO ini TAK BANYAK, tapi Syed Mokhtar Al Bukhari mampu membayar berjuta sebulan kepada staffnya yang dah dua tahun.
Altel juga ada lesen BROADCASTING dan FIBRE OPTIC yang boleh menjadi PERSAINGAN hebat kepada MAXIS.
Tetiba Pageview Naik
Lepas dah 4 hari cuti, jengah2 la kat blog ni...Sekali tengok pageview kat blog ni tetiba naik plak dalam 2 , 3 hari ini...Naik pun tadelah banyak mana pun...Yelah blog bukan orang terkenal kan... Lagipun sekarang pun dah malas sangat nak wat entry baru... Tak macam dulu-dulu hah...Tapi bila tengok pageview naik sape yang tak nak kan...
Tengok2 patutla naik rupa-rupanya ada kene mengena dengan bulan puasa plak... Sebab tu rupanya..Siapa yang nak tau naper bole naik boleh lah baca entry kat SINI
Apa2 pun Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan....
Tuesday, 17 June 2014
Senarai Tempat Makan dan Makanan Terkenal Di Johor
Kalau kita datang kat sesuatu tempat mesti nak mencuba makanal yang sedap dan terkenal di kawasan tersebut yang menjadi tumpuan orang ramai. Ok sempena bulan puasa yang tidak lama lagi dan kepada sesiapa yang datang ke Negeri Johor boleh cuba tempat makan dan makanan yang terkenal seperti senarai di bawah ini. Selamat makan dan menjamu selera:
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



