Monday, 27 January 2014

AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI

 

 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Semua orang pernah sibuk pernah cakap ayat macam tu kan. Tetapi sesibuk mana pun kita sebenenarnya masih ada masa lagi.. Kadang2 tipu kalo ada orang  kata tade masa. Sebenarnya masa ada cuma macam mana kita uruskan masa tu sebenarnya penting. Ok jom kita baca satu cerita yang aku jumpa di internet dan agak menarik yang boleh dikongsikan dan diambil iktibar.
 
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

sumber: FB

Thursday, 2 January 2014

Tragedi Hari Pertama Bersekolah







Selamat Tahun Baru 2014 dan selamat kembali ke sekolah. Kepada sesiapa yang mempunyai anak yang baru masuk ke sekolah so pesan2 la kat anak2 jangan sampai jadi mcm ni yer. Malang sentiada tidak berbau. So hati2 walau di mana sahaja berada.

Sumber Dari SINI

Friday, 27 December 2013

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650




Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah dibuka dan boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web LHDN atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  23 Disember 2013.  


Permohonan Online boleh dibuat di www.hasil.gov.my sila   KLIK SINI
Bagi permohonan manual borang permohonan BRIM  2014 boleh di dapati di laman web LHDN

Untuk borang yang lengkap sila ------->>>> KLIK SINI 


Contoh Borang BRIM 3.0 Tahun2014

Sebelum memohon kena tengok dulu apa syarat-syarat permohonan BRIM 3.0. Bantuan BR1M terbahagi kepada 3 seperti berikut:



Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas





Isi Rumah
Syarat
Bantuan BR1M RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas




Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
Syarat
Bantuan BR1M Bujang RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250



DEFINISI ISI RUMAH


Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Selain secara online, borang turut boleh didapati dilokasi seperti yang dinyatakan dibawah
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

So apa tunggu lagi, selamat memohon kepada semua yang layak...




Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk Bujang - RM300 dan Ketua Isi Rumah - RM 450 dan RM 650, Borang BRIM 2014, Download Borang BR1M 3.0 Tahun 2014 Cara-cara memohon BR1M BRIM 2014 3.0 borang br1m online isi borang br1m secara online borang br1m untuk bujang isi borang br1m, syarat-syarat permohonan Brim 2014, syarat gaji permohonan brim 2014



Monday, 18 November 2013

Update Terkini : Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang dan 7 selamat ??? Betul ker??

Pagi tadi nak pergi kerja tengok jalan ke arah Danga Bay jem... Jarang tengok jalan kat situ jem... So bila sampai ofis sibuk orang citer pasal villa nabila.. Member iaitu KutoooBamboo pon siap ada wat entry pasal kes kehilangan di villa nabila... Jom kita baca pasal kesah tersebut.. Betul ke tidak tak tau lah

Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang 7 selamat



Lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013, sekali lagi misteri banglo villa nabila menghemparkan malaysia khususnya rakyat johor dgn kehilangan 23 orang dan 7 orang sempat melarikan diri. 



Sumber lain pulak mengatakn 30 hilang. Dan mereka mengadakan private party. Atau hanya guraun saja? Mby 7orang yg melaporkan itu saja saja nak test polis. Takkan ramai sangat berani masuk villa nabila yang terbukti masih misteri. Kita tunggu kisah selanjutnya nanti.
  
  Siap ada page Villa Nabilla... Curlast u...
 













Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini 



PIC TERBARU...

ANTARA BUDAK-BUDAK YANG TERLIBAT 

YANG MASIH HILANG SUMBER tengoktvonline

 

CERITA TERBARU TELAH PUN KELUAR DI TV PASAL KEHILANGAN INI




 
NAK TAU KISAH SEBENAR RUMAH VILLA NABILA YANG DAH LAMA ORANG CERITA BOLEH JE TENGOK KAT WEBSITE KUTOOBAMBOO KLIK DISINI

Friday, 18 October 2013

The Everly Hotel Putrajaya

(Gambar dari Google)


Hotel The Everly Putrajaya, Satu Review Yang Ikhlas dan Jujur. Lama dah tak buat review pasal hotel. Kali ni nak story skit pasal Hotel Everly Putrajaya. So far kat dalam Putrajaya ni cuma ada berapa hotel je. Dan rate hotel kat sini boleh kata semuanya atas RM200. Tapi  rate harga blik yang aku duduk ni dalam RM180. Hotel Everly Putrajaya ni katanya baru je dibuka. Tengok keadaan hotel ni dari lobby, parking, lif memang nampak baru. Bila masuk kat biliknya memang diakui barang2 yang ada kat dalam ni memang baru.

Yang bagusnya lokasi hotel ni betul2 kat sebelah Alamanda Putrajaya. Kalo tengok alamat hotel ni pun terletak kat Jalan Alamanda. So boleh jalan kaki je kalo nak ke Alamanda tu.

 (Gambar dari Google)

Ok jom tengok gambar yang aku amik sendiri keadaan dalam bilik hotel :








 
 Yang bagusnya hotel ni berdasarkan kepada keperluan aku:
1) Wifi free dalam bilik
2) TV L.E.D
3) Plug socket ada banyak. So tak payah nak berebut2 nak guna.
4) Mestila barang-barang dalam bilik baru lagi. Puas hati
5) Iron tak payah nak request. Dah memang ada dalam bilik.
6) Air shower kuat. Memang puas dan selesa nak mandi.
7) Yang penting kat tepi jamban ada hos paip. Senang nak ehem2. Maklumla orang kampung.

Yang tak bagusnya pasal hotel tak sempat plak nak diperhatikan..Disebabkan hotel ni masih baru dan segalanya fasiliti adalah baru maka boleh diberikan 4 bintang. Ok kepada sesiapa yang nak stay ni alamat dan nombor telefon Hotel The Everly Putrajaya.

The Everly Hotel Putrajaya
No.1 Jalan Alamanda 2  Precinct 1,
62000 Putrajaya, Malaysia.
+60 3-8892 2929