Tuesday, 23 July 2013

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2013


Jawatan Kerja Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) logo

Kepada sesiapa yang berminat nak berkhidmat dalam sektor kerajaan ada berita baik sekarang ni. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang merupakan sebuah badan berkanun tengah membuka jawatan kosong. Banyak jugak jawatan kosong kat FINAS kali ni. So kalo sesiapa yang berminat boleh mohon. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seperti berikut:-

1. JURUTERA GRED J48
2. AKAUNTAN GRED W48
3. JURUTERA GRED J44
4. PEGAWAI TADBIR GRED N41
5. PENERBIT RANCANGAN GRED B41
6. PEGAWAI MAKMAL FILEM GRED C41
7. JURUAUDIT GRED W41
8. AKAUNTAN GRED W41
9. JURUTERA GRED J41
10. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
12. PENOLONG JURUTERA GRED J29
13. PENERBIT RANCANGAN GRED B27
14. AHLI FOTOGRAFI GRED B27
15. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
16. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24
17. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R22
19. PENERBIT RANCANGAN GRED B17
20. AHLI FOTOGRAFI GRED B17
21. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/22
22. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERSI) GRED N17
23. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17
24. PEMBANTU MAKMAL FILEM GRED C17
25. JURUTEKNIK GRED J17
26. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
27. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
28. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
29. AHLI FOTOGRAFI GRED B11
30. PEMANDU KENDERAAN GRED R3
31. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1/N4
32. PEKERJA AWAM GRED R1


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN JAWATAN DI FINAS

Sila kemukakan resume dan borang yang berasingan bagi setiap jawatan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila sertakan salinan Sijil, Diploma dan Ijazah yang telah disahkan untuk membuktikan semua kenyataan yang diberi. Calon juga dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan (Statement of Results atau Transkrip) yang lengkap.

Hantarkan permohonan ke:-

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan:19 Ogos 2013 



Label : Jawatan Kosong di FINAS 2013, Download borang permohonan jawatan kosong di Finas, Syarat Kelayakan jawatan kosong di Finas, Senarai Jawatan Kosong di Finas 2013 

Saturday, 13 July 2013

Beraya Dengan Nissan Almera - Antara Model Terlaris 2013




Puasa belum habis dah nak cerita pasal raya...  Okla bila sebut pasal mesti ada yang da plan nak tukar atau nak beli kereta baru... So bila nak raya ni mesti pengeluar kereta ada menawarkan macam2 pakej promosi untuk menarik hati pembeli... So antara model kereta yang boleh dipertimbangkan untuk dibeli salah satunya adalah model Nissan Almera iaitu salah satu model yang terlaris pada tahun ni dan antara mendapat carian yang tertinggi di Google pada tahun 2012...Ok jom kita baca review dari Kosmo pasal kereta ni...

WALAUPUN nampak kompak, ruang dalaman Almera sebenarnya luas.



SAYA pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya.Jawapannya di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatan seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.


Benar katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera pada harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.


Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dari luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor jualan utama model tersebut.Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu, Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran akhir produk. 


Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selera pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan global terlaris Nissan. Saiz dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet. 


Dua ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan. Penjimatan kos Daripada tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara. Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonus untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah. 


Almera Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan plastik juga nampak kasar permukaannya.Paparan grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasa sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara di sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABS dikekalkan.


Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.

RUANG kabin dengan rekaan ringkas dan praktikal.


Friday, 12 July 2013

Cara Unlock Alcatel One Touch Glory 2S SIM ME Digi Rebet RM50

Smartphone yang beharga RM50 sahaja yang ditawarkan oleh DIGI

Siapa sini yang dah beli handphone Alcatel One Touch Glory 2S yang Digi offer dengan harga RM50 tu??? Aku pun beli jugak... Harga RM 50 yang dibayar tu sebenarnya untuk dapatkan sim kad Digi Smart Plan yang mana dalam tu ada 1.5gb  quota internet, call 30 min dan sms ada 30. Tapi sebelum tu kena la register kat SKMM untuk rebate smartphone RM200 tu dulu... Bole tengok kat SINI

 

So far okla smartphone ni dengan harga RM50.... Kalo ada yang dah beli mesti tau kan yang smartphone ni cuma boleh gunakan sim kad DIGI je...Kalo sim kad lain tak boleh guna...So kalo nak  masukkan sim kad kene unlock dulu.... Ni cara unlock smartphone yang aku jumpa kat blog KutoooBamBooo

 

Sebelum call Digi Helpline, pasti kan anda 

1. Habis kan credit dulu.
2. tulis IMEI number. dengan mendail *#06#

 How to unlock sim me lock

1. Call Digi Helpline, 016 221 1800.
2. Tekan 2 (untuk pilihan bahasa Melayu)
3. Tekan 4 (Berkenaan dengan Produk Digi)
4. Tekan 4 (Untuk bercakap dengan Perunding Perkhidmatan Digi)
5. Tunggu sebentar, perunding perkhidmatan Digi akan melayani anda.


 Anda akan diberi beberap soalan untuk confirmation
1. Nama penuh dan nombor IC untuk pengesahan.  
2. IMEI number telefon korang. 


Selepas semua butir yang diminta (nama penuh, nombor IC, nombor telefon dan nombor IMEI) disahkan, korang akan diberi satu nombor unik, Sim Me lock code. Simpan Sim Me lock code tu sebab akan digunakan untuk unlock sim me lock.

Time cari cara unlock tadi, ada jumpa sape yang beli start Jun dah tak payah nak unlock... Smua sim kad da bole masuk.... So kalo sape yang kene lock dan nak cuba unlock bole cuba cara ni ok

Thursday, 11 July 2013

Senarai Pakej Berbuka Puasa dan Buffet Ramadhan di Johor Bahru 2013


Untuk Pakej Berbuka Puasa/Buffet Ramadhan Tahun 2014 sila klik SINI

Hari ini da masuk hari kedua puasa....Setiap kali datangnya bulan Ramadhan kita akan dapat lihat hotel, restoran dan tempat makan akan mengadakan promosi dan pakej Ramadhan masing-masing... Ada yang mahal ada yang sederhana... So terpulang la kepada kita untuk memilih yang mana berkenaan.. Apa yang penting di bulan Ramadhan  elakkan la daripada pembaziran....

Ok jom kita tengok senarai pakej berbuka puasa atau buffet Ramadan yang ditawarkan di Johor Bahru pada tahun 2013 ini...

Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor, Malaysia.

Dewasa - RM60.00nett/seorang
Kanak-kanak - RM35nett/seorang

  Hubungi terus talian tertera :-
Tel: +607-381 7070
Fax: +607-388 0707



Alibaba Karaoke
B17, 18, Giant Hypermarket Tampoi,
Lot 54, Jalan Skudai, Tampoi,
81200 Johor Bahru, Malaysia

Dewasa - RM25nett + 1jam karaoke
Kanak-kanak - RM15 + 1jam karaoke

Sekira anda ingin membuat tempahan awal dan ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian :-
En Azli - 019-7904940
En Kamal - 017-7046696
En Hardy - 012-7278281
En Jerry - 017-7600532
Alibaba counter - 07-2391888 



T.S HOTEL (SCIENTEX) SDN BHD
17, Jalan Rusa 1,
Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia.
Dewasa :- RM33++ /seorang
Kanak-kanak :- RM18++ /seorang

Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan awal, boleh hubungi kami di talian :-
Tel: +607-2891488
Fax: +607-2899588



LC CATERING SDN BHD
NO.340, Jln. Balau 1,
(Jln. Tebrau)
Taman Melodies,
80250 Johor Bahru,
Johor

Dewasa - RM42/seorang
Kanak-kanak - RM20/seorang

sebarang pertanyaan dan tempahan awal di talian :-
Tel: +607 335 7355
Fax: +607 334 8355



CHILL COFFE HOUSE
No 1 Jalan Dato Onn 1,
Bandar Dato Onn,
81100 Johor Bahru.

Dewasa - RM50nett/seorang
Kanak-kanak - RM20nett/seorang

sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian yang tertera :-
Tel : 07-360 1800


BANAFEE VILLAGE
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru, Malaysia.
Dewasa - RM39.90/seorang
Boleh hubungi nombor telefon yang tertera :-
Tel : 07-333 3377




RESTORAN AL MASHUR
Beroperasi di :-
38, Jalan Serampang,
Taman Pelangi,
Johor Bahru, 80400,
Johor
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 
:  07-334 1786



BANAFEE VILLAGE
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru, Malaysia.
Dewasa - RM39.90/seorang
Boleh hubungi nombor telefon yang tertera :-
Tel : 07-333 3377



Kapten Steamboat & Grill, Johor Bahru
Untuk tempahan : 07 331 1588
 Alamat: 8-01 & 10-01 Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johore Bahru, Johor
Hubungi: 017-7111792/019-7710765

Isnin – Khamis: Dewasa – RM28 nett
Jumaat – Ahad: Dewasa – RM32 nett

Setiap hari:
Warga Emas – RM20 nett
Kanak-kanak – RM15 nett

**10% deposit for reservation**




 Checkers Cafe Silka Johor Bahru
 Waktu Tempahan: 9 Julai – 6 Ogos 2013
Tempat: Checkers Café
Masa: 6.00 pm - 10.00 pm
Harga: RM65.00 nett- dewasa |RM40.00 nett- Kanak-kanak

Alamat
Silka Johor Bahru
Lot 101375, Jalan Masai Lama
Mukim Plentong, 81750 Johor Bahru, Malaysia

Sebarang pertanyaan, hubungi sahaja talian tertera :-
Telefon: +607 360 1000
Fax: +607 360 5000


Tuesday, 2 July 2013

Jawatan Kosong di Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)

Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)


Untuk mereka yang ada latarbelakang dalam bidang kejuruteraan. Berita baik terdapat beberapa jawatan kosong yang terkini di PROPEL. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad sebagai :-

1.         Jurutera Awam Pembinaan Jalan - 10 kekosongan
Kelayakan : Ijazah dalam Civil Engineering, General
Gaji yang ditawarkan : RM3500

2.         Jurutera Kawalan Kualiti - 2 kekosongan
Kelayakan :  Ijazah dalam Civil Engineering, Engineering, General
Gaji yang ditawarkan : RM5000

3.         Juruukur Bahan - 5 kekosongan
Kelayakan : Ijazah dalam Quantity Surveying atau Civil Engineering, General.
Gaji yang ditawarkan : RM5000

Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang jobsmalaysia

1.         Sila ke jobsmalaysia : Klik disini
2.         Sila kecarian segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad
3.         Sila pilih Majikan : PROJEK PENYELENGGARAAN LEBUHRAYA BERHAD
4.         Klik pada iklan jawatan dan mohon secara online.


So kepada sesiapa yang layal apa tunggu lagi. Boleh mohon sekarang. Jangan tangguh-tanggunhkan lagi.


Jawatan kosong di Propel, Propel Job Vacancy, Tarikh tutup kerja kosong di Propel, Cara  memohon jawatan kosong di Propel.

Wednesday, 19 June 2013

Bila Anak Nak Kahwin...

 
Anak : " Ayah, Saya nak kahwin "
Ayah : " Apaaaaa, kahwin?????kamu kan baru berusia 10 tahun "
Anak : " Biarlah, asalkan kahwin "
Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"
Anak : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "
Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah
Anak : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya"
Ayah : " !@#$%#$%# (@_@)
 
 

Saturday, 8 June 2013

Di Sebalik Kisah Rompakan


 
 
Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
 
 
 
Sumber : Google