Saturday, 31 March 2012

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia



Akhirnya pekeliling yang dinantikan oleh kakitangan awam iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 : Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Nak tengok maklumat lengkap gaji bagi semua jawatan dan skim termasuk Pengurusan Tertinggi serta download pekeling tersebut boleh klik sini dan kalo  nak kira berapa kenaikan gaji pon boleh klik kat sini.  Jika dibuat perbandingan kenaikan gaji 13% bawah SSM ni tinggi sikit dari SBPA.

Kalau kita tengok pekelililing kali ini lagi adalah lebih jelas berbanding pekeliing dari SBPA sebab maklumat gaji bagi semua jawatan ada dinyatakan kat situ berbanding dulu di mana Lampira C tidak disertakan sekali. Kali ni cara macam mana nak kira pun ada ditunjukkan sekali dalam pekeliling itu. Akhir sekali banyak perkara yang dapat dipelajari dari isu SBPA. Ini kerana perkara yang melibatkan gaji adalah perkara yang amat sensitif tak kira baik di sektor awam mahupun swasta.

Sunday, 11 March 2012

Jom Pergi Beli Tiket (Annual Pass) dan Harga Tiket Legoland Malaysia

Update : Nak beli tiket Legoland klik --->>  SINI

Katanya legoland Malaysia kat Nusajaya akan dibuka pada akhir 2012. Legoland kat Malaysia ni adalah yang ke-6 dibuka di dunia. Antara Legoland yang dah ada sebelum ni:


Parkmap Legoland Malaysia

So tengoklah kat website Legoland berapa harga tiket.. Boleh tahan jugak mahal harga dia..Sekali tengok, sekarang ni tengah ada promosi iaitu Pre-Opening Annual Pass Promotion.. Tapi limited la.. Tak taula limited dia sampai bila.. update SPECIAL PROMOTION PRICE (Promotion ends, 16th April 2012).. Kalo saper yang nak datang banyak kali better beli annual pass ni.. Tengok kalo beli annual pass yang tengah promosi memang jimat.. Dekat Rm80 tu dari harga biasa.. Dah tu bole guna banyak kali kan.. Kalo pergi theme park ni selalunya satu hari memang tak cukup n tak puas... Ni harga tiket dia.




So untuk Pre-Opening Annual Pass Promotion sekarang ni dah boleh beli kat Air Asia Red Tix. Tapi cara beli tiket Legoland Malaysia sekarang ni cuma boleh beli online jela macam kat bawah ni.

Sunday, 26 February 2012

Sepanjang Hidup ( For the Rest of My Life - Maher Zain )

Sweet je bila tengok video... Ni salah satu lagu dari Maher Zain yang best untuk dengar.. Even lagu ni dah lama, tapi bila tengok susunan lirik lagu ni cantik n menarik aje...Muzik dan lagu dia pun ok kan... Kalo dengar sorang2 memang feeling la...  

Bila dengar lagu ni mesti teringat masa bersahur kat Hotel Grand Season time bulan puasa tahun lepas... Dengan mata tengah ngantok, sejuk plak tu rasa macam malas je nak bangun sahur... Then bile turun sahur boleh plak hotel ni pasang lagu ni kuat2 kat tempat makan..Memang bergemar satu tempat makan tu.... Baik2 tengah ngantuk terus mata jadi segar... Dahtu bila dah abis lagu ni, diulang banyak kali plak... Ok, dah jom kita layan lagu ni...


Lirik lagu Maher Zain - Sepanjang Hidup (For the Rest of My Life)

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Thursday, 23 February 2012

Proton P3-21A @ Proton Preve

Masa baca Berita Harian online katanya Proton P3-21A akan dilancarkan pada pertengahan bulan April So lepas baca, apa lagi pegi cari kat Google mana tau model baru ni dah ada kat internet. Seperti yang dijangka dah memang ada pon gambar sebenar Proton P3-21A ni.





Katanya ini adalah gambar sebenar Proton P3-21A leaked yang dapat dirakam masa tengah shooting untuk iklan kereta ini... Gambar nombor 2 yang ada lelaki tu katanya adalah gambar asal. Gambar no 1 plak katanya photoshop... Tak pasal2 lelaki dalam gambar tu dah jadi glamer kan. Antara gambar lain Proton P3-21A yang jumpa kat Google dan Funtasticko :

Tuesday, 7 February 2012

Bahagianya Bila Download, Dapat Speed Macam Ni


Memandangkan masih berbaki seminggu lagi aku ada kat Penang, so masa yang ada kena dimanfaatkan sepenuhnya... Antara benda yang mesti dilakukan adalah mendownload.. Ada wifi free kan...Selain download nota, slide, jurnal, sidang video, so apa benda yang boleh didownload pastinya takkan dilepaskan...  Apa yang sangat puas hati adalah speed internet kat USM ni...Hampir 700kb/sec tu...

Aku yang sebelum ni pakai broadband paling tinggi speed dia pon cuma cecah 250kB/sec... Tu pun kadang2 nak cecah 200kb/sec pon susah... Biasanya average bawah 100kb/sec je speed dia...Kalo hari2 dapat speed macamni kan best... So kalo ada saper2 yang kat Penang nak dapat speed yang laju, mai la datang sini... Ehehehhehe

Saturday, 4 February 2012

Park Avenue Hotel, Sungai Petani

Oleh sebab masa bulan Januari ada banyak kerja luar. So kali ni review pasal hotel lagi. Bulan lepas ada keje kat Sungai Petani. So time kat sana stay kat hotel ni Park Avenue, Sungai Petani. So ni first time stay kat hotel ni. Sebelum ni bila datang Sungai Petani stay kat Hotel Seri Malaysia, Swiss In atau Emerald. 


 
Time ni stay bilik jenis Junior Suite. Harga bilik time ni RM255nett tapi kalo check kat website rate untuk bilik RM320. Agaknya ada promotion kot time tu...