Tuesday, 26 July 2011

Keputusan Contest Mira Edora




Sejak dua menjak ni memang agak bizi…Start akhir bulan lepas sampai bulan ni, tiap weekend memang tade kat rumah…Ni pon weekend lepas tade kat rumah lagi sebab ada program kat KL lagi….So blog ni pon jarang jenguk and update…Then pagi tadi masa tengok blog, perasaan kat shoutmix ada mesej dari Mira Edora…. Wahhh awek cun ada mesej…Bukan senang tu…Nasib baik uncle saya dah kawen, kalo tak dah lama kenalkan kat dia...Skali tengok muka Cik Mira ni macam muka pelakon citer Nora Elena tu pon ada….Tak cayer gi tengok blog dia kat www.miraedora.com


Bila baca kat shoutmix tu, so baru teringat sebelum ni ada join contest yang Mira Edora ada buat… Rupanya keputusan dia da diumumkan kat blog Mira Edora pada 20 Julai lepas…Hari ni dah 26 Julai, so dah ketinggalan hampir seminggu hah…Nasib baik Cik Mira ada mesej, kalo tak, tak tau pon contest tu dah ada keputusan…So bukak la blog Cik Mira ni…So tengokla senarai pemenangnya…Ada yang menang sagu hati, ada yang menang biji sagu...Tengok sekali imbas, nama blog ni tade dalam senarai pemenang plak.… Kecewa3X.... Tapi takkan nak tengok je mestilah kena baca sekali kan…So bila baca entry pasal senarai pemenang…Tetibe…

Monday, 18 July 2011

Perjalanan Selama Seminggu

Pukul 3.30 pagi tadi akhirnya sampai jugak ke rumah setelah hampir seminggu tak balik rumah...Bermula dekat Terengganu pada hari Isnin hingga Khamis (sebab outstation).. Then abis dari keje dari Terengganu  terus  ke KL pada Jumaat dan  terakhir ke Perak pada hari Sabtu(sebab ada reunion & jalan2)... Nak kata penat bole kata agak penat tapi tade la penat sengat.....Hah macam mana tu kan... Yela dari selatan ke timur, timur ke barat, barat ke utara then utara  terus ke selatan balik... Tapi takpe yang penting hepi...

Tuesday, 12 July 2011

Welcome To Terengganu



Sepanjang minggu ni dari hari Isnin hingga  Jumaat ada kat Kuala Terengganu...
Bukan berjalan tapi ada keje...
Orang putih kata outstation..
Kalau dah kahwin boleh bawak isteri..
Kalau dah ada anak boleh bawak skali...
Barula tak sunyi...
Sambil bekerja, boleh sambil bercuti...
Dah tentu jimat skali...
Kalo orang bujang, nak apa???Bawakla diri..
Kat hotel, duduk jela menyendiri... 
Nak jalan2 pon tak best sebab sorang diri...
Dah duduk sorang2, tak tau nak buat apa so tulis jela entry...
Sambil tu dapat blogwalking skali,
At least dapatla hiburkan hati...


Thursday, 7 July 2011

Yang Mana Satu???



Sekarang dah bulan 7, tak lama lagi dah nak bulan puasa...Bila da bulan puasa, sana sini akan ada jualan murah... Sana murah, sini murah...Sebab lepas tu dah nak raya kan.... Bila cakap pasal murah semua orang suka kan… Ada ke yang orang tak suka??? Mestila ada... Tipula kalo kata takde...Dah lumrah manusia kan... Tapi pernah terfikir tak???

Friday, 1 July 2011

Tengok Orang Kena Pancung Kepala

Saper pernah tengok orang kena pancung kepala??? Tengok yang real, yang live punya....Rasanya ramai yang tak pernah tengok kat depan mata kan...Kalo pernah pon mesti tengok kat youtube...Kalo kat youtube jangan kata pancung kepala, yang pancung anu pon ada hah...


Ok, ni pengalaman aku tengok orang kena pancung....Betul2 depan mata hah...Benda ni baru aje berlaku 2 hari lepas... Tengah borak2 dengan kawan aku kat warung satu kampung ni, tetiba datang satu kumpulan ni dalam 4,5 orang bawak pedang,parang jumpa sorang pakcik ni.....
 

Wednesday, 29 June 2011

Eh siapa Mira Edora tu?

"Aku & Mira Edora"




”Mana Mia dapat ais krim vanilla ni? Kan tadi kita beli aiskrim coklat?” aku bertanya
”Aiskrim coklat yang kita beli sama2 tadi jatuh....Then ada sorang aunty ni datang, dia kata jangan nangis ehh, nanti aunty belikan yang baru ehh..” Jawab Mia
”Mana aunty yang belikan aiskrim ni? Papa nak ganti balik..”Soal aku lagi
”Papa tak payah ganti balik sebab aunty tu kata dia belanja...Lepas aunty tu beli kan aiskrim ni, dia terus balik sebab dia kata dia ada hal... ”Jawab Mia dengan selamba...Petah betul Mia bercakap sekarang ni..Sebagai bapa aku amat menghargai anugerah tuhan...Ini lah satu-satunya harta aku bersama dengan arwah Hana yang telah pergi 4 tahun yang dulu...
”Dah jom la kita balik Mia hari pun da petang ni” lantas aku memimpin tangan Mia ke kereta...

Semasa di lampu isyarat, aku behenti sebelah kereta warna pink lalu Mia terus menjerit
” Papa, aunty dalam kereta merah tu la yang belikan aiskrim tadi. Cantikkan dia pakai shawls tu” Aik Mia ni kecik2 lagi dah tau pasal shawls bisik hati aku.
Aku terus menoleh wanita itu..Dalam masa sama, wanita yang dalam kereta itu pun turut memandang kerana terkejut dengan jeritan Mia...Ini kerana tingkap kedua-dua kereta tersebut terbuka... Wajah yang aku lihat ini seperti aku kenali..

Gambar Hiasan 

Pon...Pon..Pon...”Papa jalanlah, kan lampu dah hijau tu” serta merta lamunan aku terhenti...Semasa aku memandu, wajah yang aku lihat tadi masih terbayang di mata aku... Mira Edora? Biar betul? Tak mungkin...Sudah lama aku lupakan wajah dan nama wanita itu...Serta-merta aku teringat peristiwa 7 tahun lalu ...

Friday, 24 June 2011

KUCING BERUMUR 84 TAHUN

Masa pegi Tesco Tebrau singgah kat Pet Shop...Tengok kedai tu, ada jual beberapa jenis  haiwan, tapi  tadelah banyak sangat...Then tengok  harga kucing yang ada kat situ... Mak aii bole tahan jugak harga dia...Ada yang sekor tu harga RM3000 dan ada yang sekor plak harga RM2000..Yelah kucing Parsi  mesti mahal kan...Citer pasal kucing, kat umah pon ada bela kucing gak....Lama dah bela kucing ni, sejak darjah 6 hah....
Masa tu tahun 1997 ada bela sekor kucing jantan....Then tengok kucing ni sorang je tade kawan,tahun 1998  bela plak sekor kucing betina ...Pastu kalo jantan da jumpa betina, apa lagi dia kejarla...Saper yang kejar??? Mestilah yang jantan...Tup..Tup kucing betina ni pon bunting....Kira macam bunting pelamin la konon2nya... Then tahun 1999 dia selamat lahir kan anak dia...2 kucing betina, 2 kucing jantan....