Friday, 12 July 2013

Cara Unlock Alcatel One Touch Glory 2S SIM ME Digi Rebet RM50

Smartphone yang beharga RM50 sahaja yang ditawarkan oleh DIGI

Siapa sini yang dah beli handphone Alcatel One Touch Glory 2S yang Digi offer dengan harga RM50 tu??? Aku pun beli jugak... Harga RM 50 yang dibayar tu sebenarnya untuk dapatkan sim kad Digi Smart Plan yang mana dalam tu ada 1.5gb  quota internet, call 30 min dan sms ada 30. Tapi sebelum tu kena la register kat SKMM untuk rebate smartphone RM200 tu dulu... Bole tengok kat SINI

 

So far okla smartphone ni dengan harga RM50.... Kalo ada yang dah beli mesti tau kan yang smartphone ni cuma boleh gunakan sim kad DIGI je...Kalo sim kad lain tak boleh guna...So kalo nak  masukkan sim kad kene unlock dulu.... Ni cara unlock smartphone yang aku jumpa kat blog KutoooBamBooo

 

Sebelum call Digi Helpline, pasti kan anda 

1. Habis kan credit dulu.
2. tulis IMEI number. dengan mendail *#06#

 How to unlock sim me lock

1. Call Digi Helpline, 016 221 1800.
2. Tekan 2 (untuk pilihan bahasa Melayu)
3. Tekan 4 (Berkenaan dengan Produk Digi)
4. Tekan 4 (Untuk bercakap dengan Perunding Perkhidmatan Digi)
5. Tunggu sebentar, perunding perkhidmatan Digi akan melayani anda.


 Anda akan diberi beberap soalan untuk confirmation
1. Nama penuh dan nombor IC untuk pengesahan.  
2. IMEI number telefon korang. 


Selepas semua butir yang diminta (nama penuh, nombor IC, nombor telefon dan nombor IMEI) disahkan, korang akan diberi satu nombor unik, Sim Me lock code. Simpan Sim Me lock code tu sebab akan digunakan untuk unlock sim me lock.

Time cari cara unlock tadi, ada jumpa sape yang beli start Jun dah tak payah nak unlock... Smua sim kad da bole masuk.... So kalo sape yang kene lock dan nak cuba unlock bole cuba cara ni ok

Thursday, 11 July 2013

Senarai Pakej Berbuka Puasa dan Buffet Ramadhan di Johor Bahru 2013


Untuk Pakej Berbuka Puasa/Buffet Ramadhan Tahun 2014 sila klik SINI

Hari ini da masuk hari kedua puasa....Setiap kali datangnya bulan Ramadhan kita akan dapat lihat hotel, restoran dan tempat makan akan mengadakan promosi dan pakej Ramadhan masing-masing... Ada yang mahal ada yang sederhana... So terpulang la kepada kita untuk memilih yang mana berkenaan.. Apa yang penting di bulan Ramadhan  elakkan la daripada pembaziran....

Ok jom kita tengok senarai pakej berbuka puasa atau buffet Ramadan yang ditawarkan di Johor Bahru pada tahun 2013 ini...

Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor, Malaysia.

Dewasa - RM60.00nett/seorang
Kanak-kanak - RM35nett/seorang

  Hubungi terus talian tertera :-
Tel: +607-381 7070
Fax: +607-388 0707



Alibaba Karaoke
B17, 18, Giant Hypermarket Tampoi,
Lot 54, Jalan Skudai, Tampoi,
81200 Johor Bahru, Malaysia

Dewasa - RM25nett + 1jam karaoke
Kanak-kanak - RM15 + 1jam karaoke

Sekira anda ingin membuat tempahan awal dan ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian :-
En Azli - 019-7904940
En Kamal - 017-7046696
En Hardy - 012-7278281
En Jerry - 017-7600532
Alibaba counter - 07-2391888 



T.S HOTEL (SCIENTEX) SDN BHD
17, Jalan Rusa 1,
Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia.
Dewasa :- RM33++ /seorang
Kanak-kanak :- RM18++ /seorang

Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan awal, boleh hubungi kami di talian :-
Tel: +607-2891488
Fax: +607-2899588



LC CATERING SDN BHD
NO.340, Jln. Balau 1,
(Jln. Tebrau)
Taman Melodies,
80250 Johor Bahru,
Johor

Dewasa - RM42/seorang
Kanak-kanak - RM20/seorang

sebarang pertanyaan dan tempahan awal di talian :-
Tel: +607 335 7355
Fax: +607 334 8355



CHILL COFFE HOUSE
No 1 Jalan Dato Onn 1,
Bandar Dato Onn,
81100 Johor Bahru.

Dewasa - RM50nett/seorang
Kanak-kanak - RM20nett/seorang

sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian yang tertera :-
Tel : 07-360 1800


BANAFEE VILLAGE
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru, Malaysia.
Dewasa - RM39.90/seorang
Boleh hubungi nombor telefon yang tertera :-
Tel : 07-333 3377




RESTORAN AL MASHUR
Beroperasi di :-
38, Jalan Serampang,
Taman Pelangi,
Johor Bahru, 80400,
Johor
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 
:  07-334 1786



BANAFEE VILLAGE
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru, Malaysia.
Dewasa - RM39.90/seorang
Boleh hubungi nombor telefon yang tertera :-
Tel : 07-333 3377



Kapten Steamboat & Grill, Johor Bahru
Untuk tempahan : 07 331 1588
 Alamat: 8-01 & 10-01 Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johore Bahru, Johor
Hubungi: 017-7111792/019-7710765

Isnin – Khamis: Dewasa – RM28 nett
Jumaat – Ahad: Dewasa – RM32 nett

Setiap hari:
Warga Emas – RM20 nett
Kanak-kanak – RM15 nett

**10% deposit for reservation**




 Checkers Cafe Silka Johor Bahru
 Waktu Tempahan: 9 Julai – 6 Ogos 2013
Tempat: Checkers Café
Masa: 6.00 pm - 10.00 pm
Harga: RM65.00 nett- dewasa |RM40.00 nett- Kanak-kanak

Alamat
Silka Johor Bahru
Lot 101375, Jalan Masai Lama
Mukim Plentong, 81750 Johor Bahru, Malaysia

Sebarang pertanyaan, hubungi sahaja talian tertera :-
Telefon: +607 360 1000
Fax: +607 360 5000


Tuesday, 2 July 2013

Jawatan Kosong di Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)

Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)


Untuk mereka yang ada latarbelakang dalam bidang kejuruteraan. Berita baik terdapat beberapa jawatan kosong yang terkini di PROPEL. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad sebagai :-

1.         Jurutera Awam Pembinaan Jalan - 10 kekosongan
Kelayakan : Ijazah dalam Civil Engineering, General
Gaji yang ditawarkan : RM3500

2.         Jurutera Kawalan Kualiti - 2 kekosongan
Kelayakan :  Ijazah dalam Civil Engineering, Engineering, General
Gaji yang ditawarkan : RM5000

3.         Juruukur Bahan - 5 kekosongan
Kelayakan : Ijazah dalam Quantity Surveying atau Civil Engineering, General.
Gaji yang ditawarkan : RM5000

Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang jobsmalaysia

1.         Sila ke jobsmalaysia : Klik disini
2.         Sila kecarian segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad
3.         Sila pilih Majikan : PROJEK PENYELENGGARAAN LEBUHRAYA BERHAD
4.         Klik pada iklan jawatan dan mohon secara online.


So kepada sesiapa yang layal apa tunggu lagi. Boleh mohon sekarang. Jangan tangguh-tanggunhkan lagi.


Jawatan kosong di Propel, Propel Job Vacancy, Tarikh tutup kerja kosong di Propel, Cara  memohon jawatan kosong di Propel.

Wednesday, 19 June 2013

Bila Anak Nak Kahwin...

 
Anak : " Ayah, Saya nak kahwin "
Ayah : " Apaaaaa, kahwin?????kamu kan baru berusia 10 tahun "
Anak : " Biarlah, asalkan kahwin "
Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"
Anak : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "
Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah
Anak : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya"
Ayah : " !@#$%#$%# (@_@)
 
 

Saturday, 8 June 2013

Di Sebalik Kisah Rompakan


 
 
Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
 
 
 
Sumber : Google

Thursday, 9 May 2013

Jangan Tampar Aku

Gambar Hiasan


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."