Tuesday, 5 March 2013

Live Update : Krisis Pencerobohan Lahad Datu, Sabah


Sejak isu pencerobohan askar Sulu kat Lahad Datu, Sabah, macam2 berita yang kita dengar dan dapat. Ada yang betul ada yang tak. Kalau nak tunggu update berita kat TV kadang2 lambat. Dengan ada internet sekarang ni berita lagi cepat  dapat. So dalam banyak2 portal yang sentiada update, aku tengok Utusan Online antara yang cepat update. Selalunya kalo sebut pasal Utusan ni paham2 jela...Tapi kali ni okla...Siap letak gambar keadaan semasa kat sana dan gambar  penceroboh yang kena tembak pon ada. So kalo saper2 nak tau live update kat sana bole tengok kat Utusan Online.


Nak tengok Utusan Online Klik SINI 




Friday, 15 February 2013

Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)



Permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) boleh dibuat melalui laman web BL1M. 
Klik SINI



Maklumat Ringkas / FAKTA Bantuan Lesen 1Malaysia
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali




Antara SYARAT PENYERTAAN
1.
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
2.
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3.
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4.
Sihat tubuh badan
5.
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6.
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
7.
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
MyEG 03-7801 8888
10.
Tiada cara pintas (tengok tu macam mana pun kene ikut syarat jugak)





Salah satu usaha kerajaan selepas mewujudkan macam2 produk yang ada 1Malaysia. Sepatutnya perkara seperti  ini kerajaan dah lama wujudkan. Tapi apa2 pun better late than never. Macam mana pun saya tidak layak. Lepas dah baca syarat-syarat dan jika rasa layak apa tunggu lagi, cepat-cepat isi Borang BL1M.

Isi Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Klik SINI









Tuesday, 5 February 2013

Jual Beli

 

anda boleh beli JAM tapi anda tak boleh beli MASA,
an bole beli CINTA tapi anda tak bole beli KESETIAAN,
anda boleh beli BUKU tapi anda tak boleh beli ILMU,
anda boleh beli DARAH tapi tak boleh beli NYAWA,

duit perlu tapi bukan segalanya...