Wednesday, 21 September 2011

Gambar Pancung Kepala


Memandangkan entry yang paling tinggi dan banyak orang view kat dalam blog adalah entry Tengok Orang Kene Pancung Kepala so hari ni nak tunjuk gambar-gambar orang yang kene pancung sampai kepalanya putus.... Ada ke yang kene pancung tapi kepala tak putus??? Jawapan dia mestila ada....Kalo dah guna pedang yang tak tajam macam mana nak putus....Tapi walaupun tak putus  tapi kalo dah kena tetak kat bahagian leher tu memang boleh mati lah....

So kalo saper yang berani je bolehla tengok ... Kalo tak berani jangan plak klik..Kang nanti pengsan plak dibuatnya...

Saturday, 17 September 2011

Kisah Raya : Bila Nak Kawen???


Memandangkan sekarang ni masih lagi mood raya, so tak nak citer pasal raya... Sebab rasanya da ramai yang citer pasal raya... Jadi nak citer apa??? Hah nak citer skit pasal pasal soalan yang paling femes ditanya kat aku sepanjang raya.... Ok memandangkan aku ni masih bujang, umur pon baru 26thn (ehh silap 13 november ni baru 26, hah ingat tau nanti 13 november), da kerja, belum berkahwin, belum berkeluarga....ok full stop... so korang rasa apa soalan yang femes ditanya???...yeahh pandai pon korang semua...mesti lah di tanya...bile mau kahwin... sebab ptg nanti nak pegi jemputan kawen, tadi pon ada baca blog yg  citer pasal kawen, so aku pn nak citer pasal kawen jugakla...

Memandangkan dalam adik beradik tinggal aku sorang  je yang belum kahwin, so soalan tu la yang slalu ditanya kat aku... dulu kadang2 boring gak selalu asyik kena tanya soalan tu...tapi lama2 dah biasa dah...kadang siap aku berlawak lagi...pernah sekali ada sedara aku tanya:

Sedara: Bila nak kawen???
Aku    : Insyallah...Bln 12... tapi tahun tak tau lagi...

TUP....TUP.... ada sorang makcik ni tanya kat mak aku mcm ni --> kata anaknya nak kawen bln 12 ni, berapa hari bulan??? sbb nak apply cuti awal2...senang skit nanti... yelah bln 12 kn ramai org kawen kn... nasib baik time aku ckp  bln 12 dulu, mak aku ada skali...kalo tak terkejut mak aku dibuatnya...

Yang ada siap nak rekemenkan:

Mak cik : Belom ada calon lg ker???
Aku        : Calon adalah 2,3 org...tapi tak tau nak pilih yg mana...
Mak Cik : Kalo susah2 nk pilih, anak cik ada tinggal sorang ni...tapi tula PMR pon tak lepas lagi...
Aku        : Kalo macam tu lepas dia SPM nanti mak cik masuk meminang sy ehh...Boleh kt berbesan nanti....
Mak Cik : Bertuah punya budak...
Aku        : Hehehehehhehe

Tapi yang tak bole handle time raya kali ni bile ada sorang nenek ni tanya aku... kira nenek ni nenek sedarala, nenek jauh...tak pernah jumpa pon sebelum la...

nenek : bile nak kawen?
aku     : insyallah sampai masanya sy kawenla..
nenek  : kalo belum ada calon, susah2 kawen dgn nenek jela..
aku      : pandai buat lawak ehh...ni yg saya suka kat nenek ni...
nenek   : apa, cu suka??? nek pon da single skrg ni...da sesuai la tu...
(dalam hati memang nenek ni pandai wat lawakla...)

5 minit kemudian
nenek: ehh...da besa2 anak ko skrg ehh cu...tapi nape smua pompuan??? bile nak dpt laki??
aku    : haahhhh???? anak???  (tergamam sambil terpikir dalam hati)
nenek : takpelah cu, lain kali cuba dapatkan anak lelaki ehh..ko pon muda lg, masih kuat...

10minit kemudian
nenek: mana bini ko cu???  tak nampak pon??
aku    : hah??? bini???

tup...tup...lepas tu baru aku tau nenek ni rupanya dah __________ (pikirla sendiri perkataan yang sesuai) patutla tanya bkn2 je dari td...

Tapi biasanya kalo sedara tanya soalan macam tu, jawapan standard aku adalah:

Insya-allah, akan datang...Tunggu!!!!!! Nanti Kedatangannya...<---yang ni tipula

Selalunya bile jawab macam tu, diaorang takde tanya lagi lah...yela bila dah jawab mcm tu, so sendiri akan pahamla....kalo tak paham jugak tak tak taulah pakcik nak ckp apa....

Monday, 5 September 2011

Pakaian Unit Pengesan Bom di Malaysia???

Ada baca kat Metro online pasal bahan letupan yang diikat kat kat ekzos kereta. Kalo saper yang tak baca ni aku letak citer dia.

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.
“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.
“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.
“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.
“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Cuma apa yang nak cakap betul ke gambar yang ditunjukkan tu anggota polis dari Unit Pengesan Bom. Yelah kalo dari negara lain tengok kat Google Unit Pengesan/Pemusnah Bom pakaian diaorang  macam ni:

Wednesday, 31 August 2011

Selamat Hari Raya

Hari ni dah raya yang kedua, dan sekali dengan hari merdeka yang ke 54. So tak terlewat lagi untuk mengucapkan kepada semua selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Monday, 22 August 2011

Bila Si Kecil Mula Bertanya


Aku ada beberapa orang anak sedara. Anak sedara plak memang jenis yang suka bertanya. Budak kecik katakan. Kalo bole semua benda nak tau kan. Ada sorang anak sedara ni baru umur 4 tahun. Kalo duduk dengan dia, ada aje benda yang nak ditanya. Contohnya kalo duduk depan komputer lama2, nanti mesti dia tanya watpe tu duduk depan komputer lama??? Kalo dia tanya tapi kita jawab tak puaskan hati dia, nanti dia akan tanya lagi.

Ok, kalo ada sesaper perasan minggu lepas kat berita tv3, 2 hari berturut-turut ada citer pasal kes sorang ni. Alar citer pasal diliwat tapi dah tiga tahun tak selesai2 lagi kes dia. So tengah tengok berita pasal citer tu tetiba anak sedara aku bersuara:

Bit        :           Uncle, abg yang kuar kat tv ni saper?
Aku      :           Kenapa?

Bit        :           Yela.. Semalam tengok dia ada kuar tv. Ari ni kuar tv lagi.
Aku      :           Ooo... dia ada kes kat mahkamah...

Bit        :           Liwat tu apa?
Aku      :           Kenapa?

Bit        :           Dari tadi kat tv ni asyik sebut pasal tu je. Liwat tu apa?
Aku      :          Ooo. Liwat tu hubungan luar tabie yang dilakukan ………………………….. (Tapi aku cuma mampu nak terangkan dalam hati jela)

Hah kalo budak kecik tanya korang benda macam ni, apa yang korang akan jawab ???

*Bit - Nama anak sedara

Monday, 15 August 2011

Nak Buat Apa Bila Dah Single???


Kali ni nak story benda yang macam serius skit... Sebab akhir-akhir ni banyak kali terjumpa blog yang cerita pasal putus cinta.. Pasal pasangan curang, ada orang lainla... Ada yang dah bercinta 6 tahun, 8 tahun, cuma yang 10 tahun belum jumpa lagi... Bercinta plak sejak zaman sekolah, zaman belajar, zaman kerja & zaman tok kaduk lagi... Aku yang baca ni pon rasa touching hah... Kalo dah bercinta lama-lama then terputus tengah jalan saper yang tak kecewakan.... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Lagi2 plak kalo 1st luv kan...Kalo monkey luv tu lain citer la....Ibarat orang dulu2 kata sesaat diperlukan untuk kita suka, seminit untuk kita sayang, sehari untuk kita bercinta tetapi bertahun-tahun diperlukan untuk melupakan orang yang kita sayang.
Bukan mudah nak terima kenyataan dan bukan mudah nak lupakan orang yang tersayang macam tu aje even perasaan geram,  marah dan sakit tu ada.... Lagi-lagi plak dapat tahu yang partnernya curang, ada pompuan lain...Selalunya  orang kata lebey baik putus cinta sebelum ada apa2 ikatan daripada putus cinta bila dah bertunang, dah berkawin, dah beranak-pinak... Tak ke haru kalo macam tu...  Tapi apa yang berlaku semuanya ada hikmah... Cepat atau lambat je baru kita tau...  Macam kata2 dalam novel tu, tengah sedap angin sepoi2 tetiba hujan turun....Tapi lepas tu kita pon tak sedar pelangi pun muncul... Orang yang pernah putus cinta ni boleh kata orang yang beruntungla... Yelah dengan pengalaman akan mematangkan seseorangkan... Semakin banyak pengalaman kita ada semakin banyak yang kita bole belajar...