Thursday, 8 September 2011
Monday, 5 September 2011
Pakaian Unit Pengesan Bom di Malaysia???
Ada baca kat Metro online pasal bahan letupan yang diikat kat kat ekzos kereta. Kalo saper yang tak baca ni aku letak citer dia.
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.
“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.
“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.
“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.
“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Cuma apa yang nak cakap betul ke gambar yang ditunjukkan tu anggota polis dari Unit Pengesan Bom. Yelah kalo dari negara lain tengok kat Google Unit Pengesan/Pemusnah Bom pakaian diaorang macam ni:
Wednesday, 31 August 2011
Selamat Hari Raya
Hari ni dah raya yang kedua, dan sekali dengan hari merdeka yang ke 54. So tak terlewat lagi untuk mengucapkan kepada semua selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Monday, 22 August 2011
Bila Si Kecil Mula Bertanya
Aku ada beberapa orang anak sedara. Anak sedara plak memang jenis yang suka bertanya. Budak kecik katakan. Kalo bole semua benda nak tau kan. Ada sorang anak sedara ni baru umur 4 tahun. Kalo duduk dengan dia, ada aje benda yang nak ditanya. Contohnya kalo duduk depan komputer lama2, nanti mesti dia tanya watpe tu duduk depan komputer lama??? Kalo dia tanya tapi kita jawab tak puaskan hati dia, nanti dia akan tanya lagi.
Ok, kalo ada sesaper perasan minggu lepas kat berita tv3, 2 hari berturut-turut ada citer pasal kes sorang ni. Alar citer pasal diliwat tapi dah tiga tahun tak selesai2 lagi kes dia. So tengah tengok berita pasal citer tu tetiba anak sedara aku bersuara:
Bit : Uncle, abg yang kuar kat tv ni saper?
Aku : Kenapa?
Bit : Yela.. Semalam tengok dia ada kuar tv. Ari ni kuar tv lagi.
Aku : Ooo... dia ada kes kat mahkamah...
Bit : Liwat tu apa?
Aku : Kenapa?
Bit : Dari tadi kat tv ni asyik sebut pasal tu je. Liwat tu apa?
Aku : Ooo. Liwat tu hubungan luar tabie yang dilakukan ………………………….. (Tapi aku cuma mampu nak terangkan dalam hati jela)
Hah kalo budak kecik tanya korang benda macam ni, apa yang korang akan jawab ???
*Bit - Nama anak sedara
Monday, 15 August 2011
Nak Buat Apa Bila Dah Single???
Kali ni nak story benda yang macam serius skit... Sebab akhir-akhir ni banyak kali terjumpa blog yang cerita pasal putus cinta.. Pasal pasangan curang, ada orang lainla... Ada yang dah bercinta 6 tahun, 8 tahun, cuma yang 10 tahun belum jumpa lagi... Bercinta plak sejak zaman sekolah, zaman belajar, zaman kerja & zaman tok kaduk lagi... Aku yang baca ni pon rasa touching hah... Kalo dah bercinta lama-lama then terputus tengah jalan saper yang tak kecewakan.... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Lagi2 plak kalo 1st luv kan...Kalo monkey luv tu lain citer la....Ibarat orang dulu2 kata sesaat diperlukan untuk kita suka, seminit untuk kita sayang, sehari untuk kita bercinta tetapi bertahun-tahun diperlukan untuk melupakan orang yang kita sayang.
Bukan mudah nak terima kenyataan dan bukan mudah nak lupakan orang yang tersayang macam tu aje even perasaan geram, marah dan sakit tu ada.... Lagi-lagi plak dapat tahu yang partnernya curang, ada pompuan lain...Selalunya orang kata lebey baik putus cinta sebelum ada apa2 ikatan daripada putus cinta bila dah bertunang, dah berkawin, dah beranak-pinak... Tak ke haru kalo macam tu... Tapi apa yang berlaku semuanya ada hikmah... Cepat atau lambat je baru kita tau... Macam kata2 dalam novel tu, tengah sedap angin sepoi2 tetiba hujan turun....Tapi lepas tu kita pon tak sedar pelangi pun muncul... Orang yang pernah putus cinta ni boleh kata orang yang beruntungla... Yelah dengan pengalaman akan mematangkan seseorangkan... Semakin banyak pengalaman kita ada semakin banyak yang kita bole belajar...
Wednesday, 10 August 2011
Sebelum dan selepas
Sebelum kawen
L: ye, abg da lme tgu kn saat ni..
P: abg akn tglkn syg ke?
L: mestilah x? tlg jgn pikir cam 2. xmungkin terjadi!
P: abg cintakan syg?
L: ya, tiap hari..
P: abg prnh tipu syg?
L: x! nape syg slelalu tnya cam 2?
P: abg akan slalu kua ngan syg x?
L: ye, abg da lme tgu kn saat ni..
P: abg akn tglkn syg ke?
L: mestilah x? tlg jgn pikir cam 2. xmungkin terjadi!
P: abg cintakan syg?
L: ya, tiap hari..
P: abg prnh tipu syg?
L: x! nape syg slelalu tnya cam 2?
P: abg akan slalu kua ngan syg x?
L: setiap kali ada peluang abg x kn lps kn..
![]() |
P: abg akan pukul syg?
L: giler ke.. abg ni bkn laki cam 2..
P: boley ke syg pecaye kn abg?
L: yee..
P: syg..
selepas kawen: bace dari bwah ke atas....paham tak macamne?? ikut anak panah tu..hehehe
p/s : rasanya ada tak orang macam ni ehh???
Tuesday, 2 August 2011
Orang ada rumah besar, dia mahu rumah besar
Orang kata kalo kita beli rumah masa muda2 ni bagus. Lagipun rumah ni bole dikatakan aset. Yelah harga rumah sekarang makin lama makin mahalkan. Lagi-lagi kalo rumah dekat area bandar macam dekat JB ni. Tapi jangan silap pilih lokasi. Kang2 tak pasal dari nak harap harga naik terus harga turun hah. Lagipun sekarang ni kerajaan pon dah buat macam2 skim macam skim rumah pertamaku. Cerita pasal rumah ni teringat kisah sorang member aku ni.
Member aku ni memang beli rumah besar. Monthly bayar rumah je dekat RM1,100 sedangkan gaji dia RM1,600. Tu belum tolak personal loan lagi. Nasib baik kereta dah abis bayar. Kadang2 terpikir jugak cukup ke kan. Yelah dengan kos hidup tinggi, anak dia pon 3 orang. Tapi nasib baik isteri dia pon keje. Tu bukan aku cakap, member aku yang cakap. Dia kata kalo isteri dia tak keje memang sakit la. Kalo citer pasal beli rumah ni mesti aku teringat time aku bebual dengan dia dulu.
Member : Kenapa tak beli rumah teres?
Aku : Rumah teres mahal lar.
Member : Tapi ko mampu kan.
Aku : Kalo mampu memang aku da beli.
Member : Kalo aku alang2 da beli rumah, better aku beli rumah besar terus. Tak payah nak beli 2,3 kali nanti.
Aku : Pada aku nak beli rumah besar ke rumah kecik atau nak beli apa pun yang penting ikut kemampuan. Kang beli yang harga mahal, tak mampu nak bayar bulan2 da pening kepala nanti. Kang silap2 kena tarik bank nanti kan dah rugi.
Beberapa bulan kemudian lepas tu....
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


