Kalo datang di satu-satu tempat mesti kita akan cari tempat makanan kan.. Setiap tempat mesti ada tempat makan yang terkenal. Ok kalo sape yang datang ke Johor Bahru boleh cuba tempat makan ni. Tempat-tempat ni adalah antara yang terkenal di Johor Bahru.Senarai tempat ini diperolehi daripada blog wanista..
1. Tapah Corner.
Jika
anda mencari tempat makan untuk sarapan, penulis syorkan anda datang ke
sini kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap malah harganya
sangat murah. Penulis sukakan roti canai, nasi lemak, paru goreng, asam
pedas ikan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan anda, orang Singapura
awal-awal lagi turun ke JB dan berhenti sarapan di sini. (Restoran Tapah
Corner yang terletak di berhampiran Kampung Melayu)
2. Medan Selera Tepian Tebrau.
Medan
Selera Tepian Tebrau. Terdapat sebuah gerai makan yang terletak di
hujung medan selera, Gerai Yong Yong. Di sini, terdapat pelbagai jenis
seafood dan kesemuanya segar-segar belaka. Anda patut cuba ikan bakar
kerana sosnya cukup sedap, membuatkan anda ketagih dan langsung tidak
hanyir. Lokasinya, terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yang
bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.
3. Restoran Singgah Selalu.
Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di
seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini
boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. Lagi satu, jika anda penggemar shisha, sini tempatnya.