Kalau sebut pasal darah semua akan terfikir darah tu bewarna merah..Tapi sebenarnya darah pun ada warna putih...Tak semua orang jugak yang berani tengok darah..Ada yang tak boleh tengok darah dan bila kalo tengok boleh pengsan.
Ok ni info ringkas pasal darah yang diceritakan dalam wikipedia
Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup
diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir
bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi
bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga
diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah
terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya
disebabkan oleh hemoglobin,
protein
pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme,
tempat oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus
darah yang dipanggil kapillari.
Darah kemudian kembali ke jantung
melalui vena.
Lihat sistem kitaran
untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.Darah juga mengangkut bahan kumuhan
metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.
Darah ni pulak ada macam2 jenis...Dulu cuma tau 4,5 jenis iaitu jenis A, O AB...Rupanya ada lagi yang (-) plak.Antara jenis darah adalah A+, O+, B+, AB+, A-, O-, B- dan AB-. Tak semua orang boleh terima darah dari jenis yang sama dan tak semua orang boleh terima darah jenis yang berlainan. Untuk paham kita tengok gambar yang dapat dari google macam kat bawah ni untuk bagi lebih jelas:
So lepas ni kalo sesiapa yang masih belum tahu jenis darah masing2, so bole pegi klinik untuk tentukan jenis darah masing2 ok...