Wednesday, 16 January 2013
Thursday, 10 January 2013
Proton Preve Hatchback @ Proton Suprima S
Proton Preve Hatchback akan dilancarkan kemungkinannya pada tahun ni
selepas Proton melancarkan Proton Preve pada tahun lepas. Ini
berdasarkan prototaip bagi model hatchback telah banyak kali dirakamkan
di jalan raya. Jom kita tengok macam mana rupa model Proton Preve
Hatchback ni:
Ni model prototaip yang dapat dirakamkan di jalan raya:
Yang ni pulak rasanya guna photoshop:
Nak tengok banyak lagi gambar KLIK SINI
Update terbaru dari Paultan pada 30-07-2013
Proton preve hatchbak versi executive dari www.azelery.com.
Proton preve hatcback versi premium dari funtasticko design
Update 17 Ogos 2013
Senarai Harga Proton Suprima S
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pembeli mempunyai pelbagai pilihan warna mengikut minat masing-masing. Berikut adalah senarai harga jualan Proton Suprima S:
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Sumber : paultan, funtasticko design, google
Label : Gambar proton preve hatchback price, harga proton preve p3-22a hatchback, proton preve sedan, proton new car preve, proton preve 2013, proton edar preve,new proton,proton espire price, Gambar Spyshot Proton Preve Hatchback, proton preve hatchback versi executive, proton preve hatcback versi premium, senarai harga proton suprima s, proton suprima s installment and price
Thursday, 3 January 2013
Jumlah Maksimum Simpanan Di Dalam ASB Bukan RM200 ribu ...???
Sekarang ni kalo pergi bank mesti kita akan nampak ramai orang yang check atau nak keluarkan simpanan ASB. Ini kerana start 2 Januari urusan transaksi dah beroperasi seperti biasa setelah ditanggauhkan hampir sebulan.
Sebut pasal ASB ni semua orang tahu yang simpanan maksimum dalam ASB hanya boleh sebanyak RM200,000 . Kat dalam website PNB pon ada nyatakan jumlah RM200,00 macam gambar kat bawah ni:
Walaupun yang dinyatatakan boleh simpan cuma boleh RM200,000 tetapi sebenarnya kita boleh simpan lebih dari jumlah RM200,000. Mungkin ada yang tahu tapi ramai jugak yang tak tahu sebenarnya. Aku pun sebelum ni pernah dengar pasal jumlah maksimum ni tapi saje buat2 tak tau. Simpanan ni tak kira la sama ada kita guna loan atau simpan pakai duit sendiri.
So macam mana kita nak tahu jumlah maksimum yang boleh kita simpan, senang aje. Pegi je kat mana2 bank CIMB, Maybank, RHB Bank atau Pejabat Pos. Then kat kaunter ASB tu kita cuma bagi No Kad Pengenalan dan mintak staf kat kaunter tu check kan jumlah maksimum yang kita boleh simpan.
Macam aku contohnya had maksimum yang boleh simpan cuma RM213,00 aje... Kira ada pertambahan sebanyak RM13,000. Kira okla tu walaupun sikit. Jumlah maksimum ni jugak adalah berbeza bagi setiap individu. Maybe kalo simpan lagi lama, lagi banyak jumlah had maksimum yang boleh disimpan. Aku agak2 jela. Nak tahu lagi detail kena tanya orang PNB. So kepada saper2 yang nak tahu berapa jumlah maksimum yang boleh simpan pegilah check. Aku dah check, anda bila lagi???
Label : Berapa sebenarnya Jumlah Maksimum Simpanan Di Dalam ASB, Jumlah maksimum boleh simpan dalam Amanah Saham Bumiputera bukan RM200,000, Macam mana cara Boleh Simpan dalam ASB Lebih Daripada RM200,000
Tuesday, 1 January 2013
Sebab Perempuan Melayu Sahaja Kena Histeria
Selamat tahun baru 2013. Entry terbaru dan pertama di 2013. Kalo boleh semuanya nak baru..Hehehe...So untuk entry pertama di 2013 nak cerita pasal kes histeria... So saper sini pernah kena histeria??? Kalo kita tengok kes histeria ni selalu akan kena pada perempuan. Dan kena pulak kat perempuan Melayu. Jarang kita dengar lelaki kena histeria kan. So pernah terfikir tak kenapa histeria ni kena kat perempuan.
Kes histeria ni telah banyak berlaku di sebuah sekolah di Johor Bahru. Asrama sekolah ini terletak berhampiran dengan Hutan Bandar di Johor Bahru. Kalo yang pernah bersekolah kat JB mesti tahu sekolah ni. Yelah kalo asrama dekat dengan hutan paham2 jela kan. Boleh meremang dibuatnya kalo dengar citer2 histeria ni.
Kes histeria ini berlaku betul2 diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah pelajar melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.
So semasa berlaku histeria ke atas seorang pelajar perempuan ni. , ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk
sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua
bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Sape tak pengasan kalo tengok macam gitu kan.
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!” Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…
“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”"
“”Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…“”
“”Aduhai… (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..)
hehehehe…..jangan marah....peace no war...

Sumber dari SINI
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)