Kampung Banggol, Palekbang Tumpat, Kelantan. Sumber:Google
Panas!!!! Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 100km telah ditemui di Palekbang Tumpang, Kelantan. Terowong peninggalan semasa zaman Jepun ini juga dikatakan mengandungi emas dan harta karun pihak jepun (ntah betul ntah tidak). So far berita penemuan terowong telah tersebar pada 28 November 2012 apabila Militarymalaysia.net (Klik SINI ) telah membuat pendedahan pasal cerita ini.
Lepas tu macam2 cerita dan versi keluar pasal penemuan terowong di Palekbang Tumpat Kelantan. Siap ada yang tunjuk gambar terowong tu lagi.Ni gambar dia:
Bila chek balik rupanya tu gambar Chu Chi Tunnel di Vietnam. Banyak lagi gambar tunnel tu kat blog SINI
Tapi sehingga ke hari ni masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari pihak kerajaan berkenaan berita di tv ataupun di surat khabar. Mungkin sebab minggu ni banyak cerita pasal Piala AFF Suzki dan Perhimpunan Agung Umno tu yang pasal terowong senyap agaknya.
Nak tahu cerita yang
selanjutnya pasal terowong ni yang sentiada di update dari semasa boleh baca kat sini:
2)
Cari Forum : Klik SINI
3)
Militarymalaysia.net : Klik SINI
Update : Dah Keluar Cerita ni di Sinar Harian
Gempar terowong zaman perang di Kelantan
Oleh:WarCertawan Sinar Harian Tarikh: December 1, 2012
TUMPAT – Kampung Palekbang di sini
tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong
peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di
blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.
Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang. Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.
Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut, Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini. Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah. Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.
Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan. “Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya. Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah. Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan. Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.
Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920. “Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.
Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan. “Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri. “Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.“Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.

Sumber : SInar Harian
So ini antara cerita dan versi yang ada kat internet pasal terowong ni:
Melalui perkhabaran yang
diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor
ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang
Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah
terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..
Masyarakat sekitar kawasan
Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah
tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina
telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini.. Pihak berkuasa tempatan,
polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui
di sana buat masa ini..
Melalui info yang diterima
terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:
Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km. Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Sumber : Buat Best
Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai
oleh kontraktor ini adalah kawasan “pat dahat”..dimana terowong ini digunakan
oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui
bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan
radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan
keseluruhan melalui kawasan “pat dahat” itu..pada masa ini kawasan dan
persekitaran terowong seluas “pintu rumah” dan keadaan geografi pada tahun
1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan “pat dahat” daripada
sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong
Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke
dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong
Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
Sumber : Kelab Pencinta
Sejarah Kelantan
PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
“Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang ‘bermasalah’…..
Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..
Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden
telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.

PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1)
Palekbang merupakan suatu lokasi
di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai
Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang
dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2)
Telah dijumpai pintu masuk ke
‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3)
Cerita orang tua-tua ada
menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai
terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4)
Tentera Jepun yang datang sebagai
spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum
Perang Dunia II.
5)
Orang Jepun pada masa itu agak
ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN.
Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini
merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6)
Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan
PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7)
Apa yang manarik berkenaan EMAS
tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu
Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke
Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
8)
Kawasan ini dikenali dengan nama
Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.
Sumber : Google
Update Terbaru dari Kelab Pencinta Sejarah Kelate
Baru
shj pergi melawat lokasi penemuan terowong/bunker tinggalan Jepun,
memang sah bentuknya adlh bunker yang diperbuat drpd konkrit, btul2
berdekatan dgn jambatan besi keretapi menghala ke tumpat, tdapat juga
sbuah terowong seakan2 telagayg bkemungkinan jalan msuk ke dlm bunker,
sempt berbual dgn seorang penduduk temptn, Pok Man yg tinggal di Kok
Majid, slah seorng anggota polis di balai polis Pa
lekbang
yg dtg ke Kok Majid memberitahu beliau terdapat sbuah bunker yg
mengandungi bom di palekbang, dianggarkn skiranya bom tsebut meletup,
bkemungkinan keluasan kwsn tjejas adlh 5km persegi di skeliling pusat
letupan... tdi pegi pun pnuh org dtg nok tengok, ada 2 kreto cas dok
gali bunker tu, 2 anggota polis bmotor dok jago kwsn tu...
Like · · Share · about an hour ago
Label : Penemuaan emas dan kewujudan terowong palekbang, jalan dan lokasi sebenar terowong di palekbang, kisah terowong palekbang, misteri terowong 100km, misteri terowong bawah tanah, misteri terowong di palekbang, palekbang tumpat kelantan, penemuan terowong palekbang, siasatan terowong palekbang, terowong, terowong bawah palekbang, terowong bawah tanah di palekbang