Wednesday, 23 November 2011

Sukan Sea Palembang : Main Lari2, Sorok2 Pun Indonesia Dapat Emas Dalam Pencak Silat

Even Sukan Sea dah abis semalam, tapi bila baca tengok kat internet macam2 citer ada... Sebab banyak blog da citer pasal Malaysia menang emas dalam bola sepak, so nak story skit pasal video yang ada kat youtube ni... Tak boleh handle bila tengok video ni..... Nak tergelak pun ada....Apa-apa pun layan video ni..


Memang lawak kan... Yelah time tengah lawan boleh plak atlit Indon ni lari2... Dah lari tu satu hal then boleh plak main sorok2 belakang refree lepas tu...Pastu dia pegi gigit agaknya, sampai atlit Thailand tu menjerit... Tapi in the end bole menang plak...  Menang emas plak tu....Komfem atlit Thailand tu geram aje....

Sunday, 20 November 2011

Kisah dan Teladan : Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Lama betul tak update blog... Diam tak diam dah sebulan lebey rupanya tak update.. Ni pun tetiba tergerak nak update bila baca berita ni... So far ni berita semalam tapi kira baru lagi la... Bukannya berita minggu lepas  ke bulan lepas... Tapi bila baca berita ni memang respectla kat budak ni.. Kalo dia kelas pertama tak heran sangat... Ni kelas tercorot... Then dengan mak ayah pon dan bercerai...Tapi budak ni boleh buktikan dari fantasi jadi realiti... Tapi apa-apa pun perjalanan masih jauh...Tak semestinya bagus di UPSR akan  cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya... Tapi apa yang penting kena usaha...  

Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)




KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.


Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.


Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.


sumber  myMetro