Friday, 7 October 2011

Kondominium di Bishan Central, Singapore


Sekali tengok macam gambar betul. Rupanya ni gambar 3D. Memang cantikla. Kondo ni dijangka siap pada 2015 dekat Bishan Central Singapore. Keluasan setiap unit antara 680 hingga 3000 kaki. Kalau ada sesiapa yang minat, tahun depan baru dibuka untuk jualan. Tapi tang harga tak taula. Maunya ratus2 ribu hingga ke juta SGD untuk satu unit ini. SGD bukan RM tau. Sedangkan harga flet biasa kat sana pon dah 100ribu. Inikan pulak kondo macam ni.


Yang bagusnya dua menara ni disambungkan dengan jambatan. Dah macam KLCC plak. Jambatan kat atas tu siap ada swimming pool lagi.






Kalo nak tau lagi lanjut boleh tengok kat sini

Wednesday, 5 October 2011

Aktiviti Di Hujung Minggu - Bukit Broga

Weekend lepas adalah hari yang sangat pack... Jumaat malam dah gerak gi KL...Sebab hari Sabtu ada aktiviti outdoor.. Then hari Ahad plak dengan aktiviti mengeratkan silaturahim sesama family...Nak taip panjang2 pon tade idea, so kita layan gambar aje... Hari Sabtu pergi sini... Tak dapat pergi oversea so pergi above the sea jelah...

 
Sampai sini pukul 6 pagi...Walaupun pagi, keadaan masih gelap tapi orang dah ramai...Macam pesta pon ada...Parking keter kat ladang sawit...Kena bayar RM2 parking kat dalam tu...Tapi kalo parking kat tepi jalan free aje..Nak naik atas ni kena pakai lampu suluh...Kalo tade memang bahaya.. Macam mana nak jalan kalo tak nampak kan.


Lepas dekat setengah jalan akhirnya sampai kat checkpoint pertama. Sampai aje tengok dah ramai orang kat sini..So stay kat sini sampai matahari terbit....





Ni bila hari dah mula terang...