Wednesday, 28 September 2011

Air Asia : Tak Payah Tunggu Promo Pun Bole Dapat Tiket Murah

Sekarang ni asyik wat entry pasal nak berjalan aje... Mentang2 la da nak akhir tahun, cuti pon banyak lagi....Ok, kalau ada sesiapa perasan minggun lepas Air Asia ada wat promotion macam kat bawah ni:


Tapi promo last week tak best sangat sbb sekitar kawasan yang dekat2 ASEAN aje...Then minggu ni pon ada wat promotion jugak macam kat bawah ni:

Tengok macam best, pergi London pon ade...So tengokla yang murah dalam promo ni adalah tiket pergi Seoul. Harga tiket dia RM279. Tapi bila tengok period travel dia macam biasalah memang lama tu kene tunggu. Period travel start bulan Mei 2012. Kalo beli sekarang maknanya 7 bulan tu kene tunggu.

 Ahh lama sangat nak tunggu tahun depan... Then tengokla kalo pergi tahun ni berapa plak harga tiket dia….Sajelah nak survey2 harga…. Sekali…Jeng….jeng…jeng…jennnggggggg….

Sunday, 25 September 2011

Jom Pergi Universal Studio Singapore (USS)


Saper sini yang ada plan nak pergi Universal Studio??? Bukan yang dekat USA sana tapi dekat Singapore je... Dekat je.. Tak payah nak naik flight. Naik bas ke kereta dah boleh sampai...Yang penting kosnya lagi murah dari pergi kat USA sana...Yela tak dapat pergi yang jauh pegi yang dekat pon jadilah...

Sebelum ni pernah pegi USS ni tapi tak masuk... Ada plak dah pegi tak masuk kan...Yelah mcmne nak masuk kalo tade tiketkan... So saper yang nak pergi better booking online awal2... Jangan nak walk-in beli tiket...Kang pasal2 cuma dapat tengok aje...eheheh

Ok sekarang ni tengah ada promotion pakej 2hari 1malam cuma RM248. Tido kat JB. Pakej dia macam ni:

Sumber : Pryxious

Siap wat iklan free lagi kat blog ini.. Nak tau lagi lanjut pergi kat website Pryxouis ni... So far sebelum ni pernah survey, harga tiket masuk USS sana je da SGD66 (RM160).... Tu cuma tiket aje, belom campur dengan kos2 yang lain. So pada aku pakej ni memang value for money...So apa lagi jom kita pergi ramai2...

Saturday, 24 September 2011

Ada saper sini yang tinggal kat California, USA???



Assalamualaikum....

Kali ni entry pendek, ringkas dan padat...

Nak tanya skit... Skit aje tak banyak...

Ada tak saper2 kat sini yang tinggal kat California???

California, USA tau.... 

Kalo ada boleh contact sy ok....

Ok itu aje nak tanya...Bye2

Friday, 23 September 2011

Lagu RIBAIBARU dan Maksudnya (Revival-Kebangkitan kembali)

Selalu dengar lagu ni kat Sinar.FM…. Dengar plak time dalam keter masa pergi dan balik keje… Kalo dah kat rumah memang tak dengar radio pon … Bile dengar lagu nak2 time hujan memang feeling la…..Tapi selama ni tak tau pon tajuk lagu ni apa…So semalam bila lagu ni kuar kat radio tanyalah member apa tajuk lagu ni… Member pun bagi tahu tajuk dia Ribaibaru...

So dah tau tajuk apa lagi carilah kat Youtube… Rupanya ni lagu lama…Belum lahir lagi time tu…Then punyalah semangat siap cari maksud lagu ni lagi…. Yelah dengari lagu tapi tak tau maksud tak best jugakkan…Tapi ada jugak rangkap yang tak jumpa maksud dia… So apa lagi, jom layan lagu ni…




RIBAIBARU
(Revival-Kebangkitan kembali)

Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita 


Natsu no hi no inazuma no you ni
Seperti panahan kilat diwaktu musim panas
hakanaku kieta futari no koi
dan begitulah cepatnya kehilangancinta dua orang kukasihi

Aaaaahhhh... Are hodo hageshiku moeta
Aaaahhh……Beginilah hatiku membakar
Kokoroga ima wa hai iro no ribaibaru
dan kini menjadi warna debu revival

Aaaaahhhh... Kurikaesu dake no omoide wa
Aaaahhh….. hanya terbayang kisah dahulu
Yomigaeranu kako no monogatari
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai

Yukizuri no hito naraba
Saat terakhir hanya
Wasuraremo suru keredo
bergelinangan air mata

Namida gumu rasuto shin dewa
Barulah sedar betapa
Ai no fukasa ni kizuite ita
dalamnya cinta itu

Aaaaahhhh... Arehodo yasashikatta anata no
Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati

Omokage ga, ima wa aozametari ribaribaru
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival


(Ulang Berkali3x)
Aaaaahhhh.... Kurikaesu dakeno omoide wa
Aaaahhh….hanya terbayang kisah dahulu
Asu wo shiranu, kako no monogatari
Esok mungkin berulang kembali..

Aaaaahhhh... Are hodo hageshiku moeta
Aaaahhh……Beginilah hatiku membakar
Kokoro ga, ima wa hai iro no ribaibaru
dan kini menjadi warna debu revival

Penyanyi dan Lirik : Mayumi Itsuwa
Tahun : 80-an


Best kan...

Wednesday, 21 September 2011

Gambar Pancung Kepala


Memandangkan entry yang paling tinggi dan banyak orang view kat dalam blog adalah entry Tengok Orang Kene Pancung Kepala so hari ni nak tunjuk gambar-gambar orang yang kene pancung sampai kepalanya putus.... Ada ke yang kene pancung tapi kepala tak putus??? Jawapan dia mestila ada....Kalo dah guna pedang yang tak tajam macam mana nak putus....Tapi walaupun tak putus  tapi kalo dah kena tetak kat bahagian leher tu memang boleh mati lah....

So kalo saper yang berani je bolehla tengok ... Kalo tak berani jangan plak klik..Kang nanti pengsan plak dibuatnya...

Saturday, 17 September 2011

Kisah Raya : Bila Nak Kawen???


Memandangkan sekarang ni masih lagi mood raya, so tak nak citer pasal raya... Sebab rasanya da ramai yang citer pasal raya... Jadi nak citer apa??? Hah nak citer skit pasal pasal soalan yang paling femes ditanya kat aku sepanjang raya.... Ok memandangkan aku ni masih bujang, umur pon baru 26thn (ehh silap 13 november ni baru 26, hah ingat tau nanti 13 november), da kerja, belum berkahwin, belum berkeluarga....ok full stop... so korang rasa apa soalan yang femes ditanya???...yeahh pandai pon korang semua...mesti lah di tanya...bile mau kahwin... sebab ptg nanti nak pegi jemputan kawen, tadi pon ada baca blog yg  citer pasal kawen, so aku pn nak citer pasal kawen jugakla...

Memandangkan dalam adik beradik tinggal aku sorang  je yang belum kahwin, so soalan tu la yang slalu ditanya kat aku... dulu kadang2 boring gak selalu asyik kena tanya soalan tu...tapi lama2 dah biasa dah...kadang siap aku berlawak lagi...pernah sekali ada sedara aku tanya:

Sedara: Bila nak kawen???
Aku    : Insyallah...Bln 12... tapi tahun tak tau lagi...

TUP....TUP.... ada sorang makcik ni tanya kat mak aku mcm ni --> kata anaknya nak kawen bln 12 ni, berapa hari bulan??? sbb nak apply cuti awal2...senang skit nanti... yelah bln 12 kn ramai org kawen kn... nasib baik time aku ckp  bln 12 dulu, mak aku ada skali...kalo tak terkejut mak aku dibuatnya...

Yang ada siap nak rekemenkan:

Mak cik : Belom ada calon lg ker???
Aku        : Calon adalah 2,3 org...tapi tak tau nak pilih yg mana...
Mak Cik : Kalo susah2 nk pilih, anak cik ada tinggal sorang ni...tapi tula PMR pon tak lepas lagi...
Aku        : Kalo macam tu lepas dia SPM nanti mak cik masuk meminang sy ehh...Boleh kt berbesan nanti....
Mak Cik : Bertuah punya budak...
Aku        : Hehehehehhehe

Tapi yang tak bole handle time raya kali ni bile ada sorang nenek ni tanya aku... kira nenek ni nenek sedarala, nenek jauh...tak pernah jumpa pon sebelum la...

nenek : bile nak kawen?
aku     : insyallah sampai masanya sy kawenla..
nenek  : kalo belum ada calon, susah2 kawen dgn nenek jela..
aku      : pandai buat lawak ehh...ni yg saya suka kat nenek ni...
nenek   : apa, cu suka??? nek pon da single skrg ni...da sesuai la tu...
(dalam hati memang nenek ni pandai wat lawakla...)

5 minit kemudian
nenek: ehh...da besa2 anak ko skrg ehh cu...tapi nape smua pompuan??? bile nak dpt laki??
aku    : haahhhh???? anak???  (tergamam sambil terpikir dalam hati)
nenek : takpelah cu, lain kali cuba dapatkan anak lelaki ehh..ko pon muda lg, masih kuat...

10minit kemudian
nenek: mana bini ko cu???  tak nampak pon??
aku    : hah??? bini???

tup...tup...lepas tu baru aku tau nenek ni rupanya dah __________ (pikirla sendiri perkataan yang sesuai) patutla tanya bkn2 je dari td...

Tapi biasanya kalo sedara tanya soalan macam tu, jawapan standard aku adalah:

Insya-allah, akan datang...Tunggu!!!!!! Nanti Kedatangannya...<---yang ni tipula

Selalunya bile jawab macam tu, diaorang takde tanya lagi lah...yela bila dah jawab mcm tu, so sendiri akan pahamla....kalo tak paham jugak tak tak taulah pakcik nak ckp apa....

Monday, 5 September 2011

Pakaian Unit Pengesan Bom di Malaysia???

Ada baca kat Metro online pasal bahan letupan yang diikat kat kat ekzos kereta. Kalo saper yang tak baca ni aku letak citer dia.

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.
“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.
“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.
“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.
“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Cuma apa yang nak cakap betul ke gambar yang ditunjukkan tu anggota polis dari Unit Pengesan Bom. Yelah kalo dari negara lain tengok kat Google Unit Pengesan/Pemusnah Bom pakaian diaorang  macam ni: