"Aku & Mira Edora"
”Mana Mia dapat ais krim vanilla ni? Kan tadi kita beli aiskrim coklat?” aku bertanya
”Aiskrim coklat yang kita beli sama2 tadi jatuh....Then ada sorang aunty ni datang, dia kata jangan nangis ehh, nanti aunty belikan yang baru ehh..” Jawab Mia
”Mana aunty yang belikan aiskrim ni? Papa nak ganti balik..”Soal aku lagi
”Papa tak payah ganti balik sebab aunty tu kata dia belanja...Lepas aunty tu beli kan aiskrim ni, dia terus balik sebab dia kata dia ada hal... ”Jawab Mia dengan selamba...Petah betul Mia bercakap sekarang ni..Sebagai bapa aku amat menghargai anugerah tuhan...Ini lah satu-satunya harta aku bersama dengan arwah Hana yang telah pergi 4 tahun yang dulu...
”Dah jom la kita balik Mia hari pun da petang ni” lantas aku memimpin tangan Mia ke kereta...
Semasa di lampu isyarat, aku behenti sebelah kereta warna pink lalu Mia terus menjerit
” Papa, aunty dalam kereta merah tu la yang belikan aiskrim tadi. Cantikkan dia pakai shawls tu” Aik Mia ni kecik2 lagi dah tau pasal shawls bisik hati aku.
Aku terus menoleh wanita itu..Dalam masa sama, wanita yang dalam kereta itu pun turut memandang kerana terkejut dengan jeritan Mia...Ini kerana tingkap kedua-dua kereta tersebut terbuka... Wajah yang aku lihat ini seperti aku kenali..
Gambar Hiasan
Pon...Pon..Pon...”Papa jalanlah, kan lampu dah hijau tu” serta merta lamunan aku terhenti...Semasa aku memandu, wajah yang aku lihat tadi masih terbayang di mata aku... Mira Edora? Biar betul? Tak mungkin...Sudah lama aku lupakan wajah dan nama wanita itu...Serta-merta aku teringat peristiwa 7 tahun lalu ...