Monday, 5 September 2011

Pakaian Unit Pengesan Bom di Malaysia???

Ada baca kat Metro online pasal bahan letupan yang diikat kat kat ekzos kereta. Kalo saper yang tak baca ni aku letak citer dia.

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.
“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.
“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.
“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.
“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Cuma apa yang nak cakap betul ke gambar yang ditunjukkan tu anggota polis dari Unit Pengesan Bom. Yelah kalo dari negara lain tengok kat Google Unit Pengesan/Pemusnah Bom pakaian diaorang  macam ni:

Kat US

Negara France

Kat Korea Selatan

Kat India

Kat China

 Kalo baca ayat yang dah dimerahkan ni bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter. Tapi pelik jugak hah handle benda yang bahaya ni, takkan boleh pakai pakaian macam tu kan? Atau reporter ni silap tulis ayat bawah gambar tu??  Atau maybe sebab sekarang ni tengah musim raya, so  maybe polis ni tengah on-call tu yang rasanya tak sempat tukar baju kan.

25 comments :

  1. Malaysia Boleh tu !
    sengal btol aku tgk pic ni..memalukan Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Baru nampak sopan santun sket.. hehe :D

    ReplyDelete
  3. macho gila tukang alih bom kat msia nie! hehehe..

    -zara bakar- malas nk log in. hehe

    ReplyDelete
  4. boleh ek mcm uw..hehehe..selamat hari raya jugak..fara terus follow sini..mehh come back to my blog..http://farahazurah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. macam2 la dunia nih kan..:)

    salam singgah dr atie
    http://miszatie.blogspot.com/2011/09/ijab-dan-kabul-tu-ape.html

    ReplyDelete
  6. baru laaa ayu...mencerminkan Malaysia negara yang mengutamakan adat resam dan budaya disegenap aspek. :)

    ReplyDelete
  7. ingatkan macik tu tgh jirus pokok bunga.. ha2

    ReplyDelete
  8. india lagi maju dari malaysia.dasat.
    aku tgk mcm mcik cleaner jew..

    ReplyDelete
  9. kalau la betul2 meletup benda tu..kan susah nanti..

    ReplyDelete
  10. haih!macam2 masalh zaman sekarang...

    ReplyDelete
  11. Alaaa...relax ar..tu dia tengah menari coz happy bom tu dah selamat dimatikan..huhu

    ReplyDelete
  12. anggota polis kita pakai kurung je sempoi gila...

    ReplyDelete
  13. memartabatkan pakaian tradisional...
    :)

    ReplyDelete
  14. haha, tarik bom pakai baju kurung..memacamm aihh!

    ReplyDelete
  15. tetap ayu walaupun sedang uruskan BOMMM..hehe..

    ReplyDelete
  16. baru balek dr open house kot.. ni kompom dah pro.. hehe

    ReplyDelete
  17. sah bru balek dri openhouse...wakakaka :DD

    sabor jer la..maybe xsempat nk tukar baju kot..nk selamat kn org tu dgn cepat..

    ReplyDelete
  18. dia kebal kot.so tak perlukan baju khas. "hebat"

    ReplyDelete
  19. ni la menunjukkan kehebatan dia.ilmu tahap awan ketujuh tu. takat bom camtu pkai baju kurung je boleh settle. x pyh pkai mcm robot hahahah...lawak2.

    ReplyDelete
  20. wiiihhhh..... ngeri betul...!!
    Salam kenal.

    ReplyDelete