Showing posts with label Ceciter. Show all posts
Showing posts with label Ceciter. Show all posts

Monday, 27 January 2014

AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI

 

 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Semua orang pernah sibuk pernah cakap ayat macam tu kan. Tetapi sesibuk mana pun kita sebenenarnya masih ada masa lagi.. Kadang2 tipu kalo ada orang  kata tade masa. Sebenarnya masa ada cuma macam mana kita uruskan masa tu sebenarnya penting. Ok jom kita baca satu cerita yang aku jumpa di internet dan agak menarik yang boleh dikongsikan dan diambil iktibar.
 
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

sumber: FB

Monday, 18 November 2013

Update Terkini : Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang dan 7 selamat ??? Betul ker??

Pagi tadi nak pergi kerja tengok jalan ke arah Danga Bay jem... Jarang tengok jalan kat situ jem... So bila sampai ofis sibuk orang citer pasal villa nabila.. Member iaitu KutoooBamboo pon siap ada wat entry pasal kes kehilangan di villa nabila... Jom kita baca pasal kesah tersebut.. Betul ke tidak tak tau lah

Kisah benar seram villa nabila 23 orang hilang 7 selamat



Lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013, sekali lagi misteri banglo villa nabila menghemparkan malaysia khususnya rakyat johor dgn kehilangan 23 orang dan 7 orang sempat melarikan diri. 



Sumber lain pulak mengatakn 30 hilang. Dan mereka mengadakan private party. Atau hanya guraun saja? Mby 7orang yg melaporkan itu saja saja nak test polis. Takkan ramai sangat berani masuk villa nabila yang terbukti masih misteri. Kita tunggu kisah selanjutnya nanti.
  
  Siap ada page Villa Nabilla... Curlast u...
 













Untuk memastikan anda tidak ketinggalan citer terbaru sila like page kutooobamboo (KLIK DISINI) atau followr blog ini 



PIC TERBARU...

ANTARA BUDAK-BUDAK YANG TERLIBAT 

YANG MASIH HILANG SUMBER tengoktvonline

 

CERITA TERBARU TELAH PUN KELUAR DI TV PASAL KEHILANGAN INI




 
NAK TAU KISAH SEBENAR RUMAH VILLA NABILA YANG DAH LAMA ORANG CERITA BOLEH JE TENGOK KAT WEBSITE KUTOOBAMBOO KLIK DISINI

Thursday, 30 August 2012

Sebab Kenapa Harga Rumah Makin Mahal



Sekarang ni semua orang tahu harga rumah makin lama makin. Lagi-lagi kalo rumah kat kat area KL, JB dan Penang memang dah melambung2 harga dia. Tapi tahu tak apa sebab salah satu sebab harga rumah makin mahal. Salah satunya sebab spekulasi. Macam kat Berita Harian hari ni:

Kerajaan disaran tetapkan tempoh pemilikan elak spekulasi

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menetapkan tempoh minimum pemilikan rumah sehingga 10 tahun sebelum boleh dijual bagi mengelakkan spekulasi sehingga harganya melambung tinggi.

Ini berikutan ada pihak yang membeli rumah semata-mata untuk pelaburan dan mengaut keuntungan berganda melalui penjualan semula.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron, berkata kegiatan itu menyebabkan harga rumah naik pada paras tidak munasabah sehingga membebankan mereka yang benar-benar memerlukan rumah, khususnya pembeli rumah pertama.

Sumber : Berita Harian  

Sekarang ni kalo tengok ada yang beli rumah pun bukan sebab utama nak duduk tapi sebab nak dijual balik. Yelah dengan cara ini memang senang nak buat duit. Macam sekarang ni area aku duduk ni banyak sangat naik projek Kondo dan Apartmen. Contohnya Apartmen ni, time baru bukak untuk jualan tahun 2010 harga mula RM180,000 . So sekarang apartmen ni dah siap, tapi orang masih belum duduk lagi kat kawasan ni. Then bila tengok kat Mudah harga  yang orang nak jual sekarang tau berapa??? Hah tengok kat bawah ni:

Wednesday, 28 September 2011

Air Asia : Tak Payah Tunggu Promo Pun Bole Dapat Tiket Murah

Sekarang ni asyik wat entry pasal nak berjalan aje... Mentang2 la da nak akhir tahun, cuti pon banyak lagi....Ok, kalau ada sesiapa perasan minggun lepas Air Asia ada wat promotion macam kat bawah ni:


Tapi promo last week tak best sangat sbb sekitar kawasan yang dekat2 ASEAN aje...Then minggu ni pon ada wat promotion jugak macam kat bawah ni:

Tengok macam best, pergi London pon ade...So tengokla yang murah dalam promo ni adalah tiket pergi Seoul. Harga tiket dia RM279. Tapi bila tengok period travel dia macam biasalah memang lama tu kene tunggu. Period travel start bulan Mei 2012. Kalo beli sekarang maknanya 7 bulan tu kene tunggu.

 Ahh lama sangat nak tunggu tahun depan... Then tengokla kalo pergi tahun ni berapa plak harga tiket dia….Sajelah nak survey2 harga…. Sekali…Jeng….jeng…jeng…jennnggggggg….

Monday, 5 September 2011

Pakaian Unit Pengesan Bom di Malaysia???

Ada baca kat Metro online pasal bahan letupan yang diikat kat kat ekzos kereta. Kalo saper yang tak baca ni aku letak citer dia.

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.
“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.
“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.
Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.
“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.
“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Cuma apa yang nak cakap betul ke gambar yang ditunjukkan tu anggota polis dari Unit Pengesan Bom. Yelah kalo dari negara lain tengok kat Google Unit Pengesan/Pemusnah Bom pakaian diaorang  macam ni: