Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, 27 January 2014

AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI

 

 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Semua orang pernah sibuk pernah cakap ayat macam tu kan. Tetapi sesibuk mana pun kita sebenenarnya masih ada masa lagi.. Kadang2 tipu kalo ada orang  kata tade masa. Sebenarnya masa ada cuma macam mana kita uruskan masa tu sebenarnya penting. Ok jom kita baca satu cerita yang aku jumpa di internet dan agak menarik yang boleh dikongsikan dan diambil iktibar.
 
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

sumber: FB

Thursday, 1 August 2013

Dia Anak Kita

 
 
 
 Bila baca cerita pasal kisah ni touchig plak...Tak taula kisah ni betul ke tak.... Macam citer dalam tv pon ada...Dari cakap banyak baik kita baca kisah ni ok...

Karangan ini saya dapat (dikongsikan) oleh seorang cikgu dari MRSM Mukah.

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'
 
sumber dari sini 

Tuesday, 3 April 2012

Kata-kata Yang Baik Memberikan Kesan Yang Baik



 Orang tua-tua selalu pesan kita kena berhati-hati dalam percakapan...Sebab apa yang kita cakap ni boleh menjadi doa....Ibarat bila selalu berdoa maka tuhan akan makbulkan...Sebab itu bila kita cakap benda yang baik dan positif secara tidak langsung akan menjadikan kita sebagai seorang yang positif...

Begitula sebaliknya...Pernah satu hari kat highway tetiba ada beberapa orang bawak motor dengan gaya superman...Ala senang citer mat rempitla...Bawak gaya superman tu satu hal, ni siap main2 lg dengan geng dia dahtu bole plak main cilok2 kejap ke kiri kejap ke kanan...Bukan membahaykan diri sendiri tapi membahayakan orang lain jugak... Apa lagi member yang tengah drive ni pun geramla then siap cakap lagi 

”ni bawak motor dah gila2 silap2 eksiden hah” 

Aku pun siap tambah lagi 

”kalo dah 10 orang cakap macam ni memang eksiden la agaknya kan”

Then tak sampai 5minit kita orang tengok macam ada eksiden kat depan...Tup..tup.. Orang yang eksiden tu plak adalah orang yang bawak motor gaya superman tadi.. Tu baru satu contoh.. Ni Contoh lain plak. Aku pernah dapat emel. Dia buat eksperimen kat atas nasi. Ni dia emel yang aku dapat:

Sunday, 20 November 2011

Kisah dan Teladan : Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Lama betul tak update blog... Diam tak diam dah sebulan lebey rupanya tak update.. Ni pun tetiba tergerak nak update bila baca berita ni... So far ni berita semalam tapi kira baru lagi la... Bukannya berita minggu lepas  ke bulan lepas... Tapi bila baca berita ni memang respectla kat budak ni.. Kalo dia kelas pertama tak heran sangat... Ni kelas tercorot... Then dengan mak ayah pon dan bercerai...Tapi budak ni boleh buktikan dari fantasi jadi realiti... Tapi apa-apa pun perjalanan masih jauh...Tak semestinya bagus di UPSR akan  cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya... Tapi apa yang penting kena usaha...  

Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)




KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.


Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.


Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.


sumber  myMetro