Lama betul tak update blog... Diam tak diam dah sebulan lebey rupanya tak update.. Ni pun tetiba tergerak nak update bila baca berita ni... So far ni berita semalam tapi kira baru lagi la... Bukannya berita minggu lepas ke bulan lepas... Tapi bila baca berita ni memang respectla kat budak ni.. Kalo dia kelas pertama tak heran sangat... Ni kelas tercorot... Then dengan mak ayah pon dan bercerai...Tapi budak ni boleh buktikan dari fantasi jadi realiti... Tapi apa-apa pun perjalanan masih jauh...Tak semestinya bagus di UPSR akan cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya... Tapi apa yang penting kena usaha...
Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)
KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.
Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.
Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.
sumber myMetro
hah! punya lame blog tak update kan!
ReplyDelete"Tak semestinya bagus di UPSR akan cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya"
sangat betul! stuju~~
@zara
ReplyDeletelama tak update sbb ada byk perkara yg nak diselesaikan...
Akak ingat ko dah lupa blog nie.. mana tau tak jumpa jalan pulang hehehehe...
ReplyDeleteYang penting dia ada semangat nak berusaha.. mana tahu lepas nie dia akan lebih cemerlang lagi.. ;)
@kak tcc
ReplyDeletetakkan lupa plak...tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkubang...ehehe
bagus budak ni.semoga terus rajin.broken family is a bad circumstance..bukan mudah tambah pula hidup di kuala lumpur.
ReplyDeletecuma.ko banyak main panas ke dik?
aku suka jika surat khabar headlineskan cerita-cerita begini.'dunia masih indah'.life is beautiful..
kejayaan adalah hak milik setiap insan....
ReplyDeletetouching nya....
ReplyDeleteMcm kisah kutooo jer masa UPSR dulu.. hu3...
ReplyDelete@kutooo
ReplyDeleteTapi kutoo dpt 5e bukannya 5a...ahahahah
teruskan usaha anda
ReplyDeleteTingkatkan usaha kamu sebanyak mana yang kamu ada.. teruskan usaha
ReplyDeleteteruskan usaha untuk lebih berjaya pada masa hadapan :')
ReplyDelete