Sunday 20 November 2011

Kisah dan Teladan : Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Lama betul tak update blog... Diam tak diam dah sebulan lebey rupanya tak update.. Ni pun tetiba tergerak nak update bila baca berita ni... So far ni berita semalam tapi kira baru lagi la... Bukannya berita minggu lepas  ke bulan lepas... Tapi bila baca berita ni memang respectla kat budak ni.. Kalo dia kelas pertama tak heran sangat... Ni kelas tercorot... Then dengan mak ayah pon dan bercerai...Tapi budak ni boleh buktikan dari fantasi jadi realiti... Tapi apa-apa pun perjalanan masih jauh...Tak semestinya bagus di UPSR akan  cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya... Tapi apa yang penting kena usaha...  

Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)




KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.


Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.


Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.


sumber  myMetro

12 comments :

  1. hah! punya lame blog tak update kan!

    "Tak semestinya bagus di UPSR akan cemerlang di SPM... Tak semestinya tak masuk universiti tak boleh berjaya"

    sangat betul! stuju~~

    ReplyDelete
  2. @zara
    lama tak update sbb ada byk perkara yg nak diselesaikan...

    ReplyDelete
  3. Akak ingat ko dah lupa blog nie.. mana tau tak jumpa jalan pulang hehehehe...

    Yang penting dia ada semangat nak berusaha.. mana tahu lepas nie dia akan lebih cemerlang lagi.. ;)

    ReplyDelete
  4. @kak tcc
    takkan lupa plak...tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkubang...ehehe

    ReplyDelete
  5. bagus budak ni.semoga terus rajin.broken family is a bad circumstance..bukan mudah tambah pula hidup di kuala lumpur.

    cuma.ko banyak main panas ke dik?

    aku suka jika surat khabar headlineskan cerita-cerita begini.'dunia masih indah'.life is beautiful..

    ReplyDelete
  6. kejayaan adalah hak milik setiap insan....

    ReplyDelete
  7. Mcm kisah kutooo jer masa UPSR dulu.. hu3...

    ReplyDelete
  8. @kutooo
    Tapi kutoo dpt 5e bukannya 5a...ahahahah

    ReplyDelete
  9. teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  10. Tingkatkan usaha kamu sebanyak mana yang kamu ada.. teruskan usaha

    ReplyDelete
  11. teruskan usaha untuk lebih berjaya pada masa hadapan :')

    ReplyDelete