Bila baca cerita pasal kisah ni touchig plak...Tak taula kisah ni betul ke tak.... Macam citer dalam tv pon ada...Dari cakap banyak baik kita baca kisah ni ok...
Karangan ini saya dapat (dikongsikan) oleh seorang cikgu dari MRSM Mukah.
"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak
muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang
pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka
hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Televisyen
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan
sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat'
tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga
sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja
walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa,
bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan
kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi
itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak
meminta lebih dari itu. Saya hanya hidup seperti televisyen pada
setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'
sumber dari sini
Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!
ReplyDelete