Sumber Gambar RPWP
Pagi tadi time tengok kat facebook ada orang post pasal artikel gejala sosial. Artikel ini ditulis dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kalau tengok tajuk artikel ni da macam tesis. Kalau kat universiti dah boleh jadi kajian berilmiah dan jadi rujukan banyak pihak. Artikel ini memang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang tengah meningkat naik dan juga kepada sesiapa sahaja. Yelah zaman sekarang ini dengan adanya internet semua maklumat yang baik atau tidak memang senang dapat dan diakses. Kadang-kadang tu budak kecik umur 4,5 tahun dah tau apa internet kan. So sebagai orang dewasa kenalah pandai bezakan mana baik dan mana buruk. Ok jom kita baca artikel yang ni:
Kami tidak berselindung dalam menunjukkan gejala yang telahpun
terjadi dalam masyarakat kepada masyarakat agar kita ambil pelajaran.
Foto-foto di dalam ini juga telah bertebaran di internet disebarkan
dengan bangganya. Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kondisi dua
kesudahan iaitu SYURGA dan juga NERAKA. Foto ini juga kami tunjuki
kepada anda dan anda tanda diri anda sendiri, jika anda merasakan
teransang dengan foto-foto jijik ini, anda semua pro-neraka dan suka
kehidupan neraka. Jika melihat foto-foto ini timbul kebencian yang
meluap, itu tanda anda pro kepada suasana syurga.
Pendedahan foto-foto terlampau ini adalah DISENGAJAKAN supaya
anda tahu ini semua benar-benar berlaku dan bukan reka-rekaan
semata-mata.
Kami sangat bersyukur di atas kesedaran ramai hasil posting kami yang
sangat viral berkaitan gejala keruntuhan akhlak dan peradaban anak
generasi kita dan perkongsian tentang tanda-tandanya. Hasil kajian kami
menunjukkan ia TERSANGAT SERIUS DAN MASUK TAHAP HANCUR.
Di atas permintaan pembaca yang ramai nak tahu tentang hasil-hasil
kajian kami tentang tanda, maka kami kongsikannya sebahagian yang kami
ada. Nak dikongsikan keseluruhan memang tak cukup 500 mukasurat. Tidak
cukup dengan tulisan, kami terpaksa sulam dengan banyak video rakaman
yang memaparkan tanda suara dan body language.
Apapun, sedikit yang kami kongsikan ini sekadar beberapa tanda hasil
dari kajian kami sahaja, yang lebih baik ialah mengetahui sendiri CARA
MENGENAL TANDA bukan APAKAH TANDA-TANDANYA. Tiada modul, tiada template
khusus untuk tanda-tanda ini, maka kami kongsikan tanda-tanda yang agak
umum dengan peratusan ketepatan melebihi 90%.
Meramal cuaca juga satu cara mengenal tanda. Tengok ke langit Nampak
awan hitam kumulunimbus, itu tanda hari nak hujan. Siap-siaplah angkat
kain jemuran sebagai tindakannya.
Sebahagian tanda-tanda umum ialah seperti berikut;
Anak Gadis & bujang Suka Mengunci Diri dalam bilik dengan komputer atau handphone yang berinternet.
- Melayari laman web lucah
- Webcam sex, phone sex, aktiviti narkotik
- Ada pasangan seks di dalam bilik tidur anak anda.
Beraksi foto dengan cara gedik
Perhatikan tanda pada jari & lidah, mata mereka. Simbol PEACE
yang berulang-ulang sudah cukup memberikan gambaran berat. Apatah lagi
mainan JARI HANTU.
- Nak cari kenalan untuk tujuan “ringan-ringan” yang akhirnya jadi “berat”
- Mewujudkan jaringan rakan berpeleseran.
Baju dalam dan baju tidur yang fancy
- Baju tidur & pakaian dalam berenda-renda bukanlah pakaian yang lebih selesa berbanding kain cotton. Apatah lagi jika anak anda mula pakai G-string yang biasanya digunakan oleh seorang isteri untuk “teasing” suaminya.
- Jika dipakai oleh anak gadis berumur 13 tahun dan digabung dengan mengunci diri dalam bilik yang ada akses internet. Cerita seterusnya ialah zina
Handphone di set kata laluan, ada 2 sim card, 2 phone, menggunakan mode silent. Ada bag yang tidak boleh diusik juga melarikan diri jauh dari ibu bapa sebelum menjawap panggilan telefon dll.
- Tandanya mereka ada hubungan sulit
- Mereka merahsiakan sesuatu yang buruk. Cuba sahaja anda pegang telefon bimbit mereka dan tunjukkan kepada mereka, jika mereka kelam kabut biasanya mereka ada rahsia buruk yang disembunyikan.
- Ada temujanji rahsia
- Ada gambar rahsia atau berunsur seksual xxx
- Ada koleksi foto-foto gedik dan seksi yang anda sendiri tak pernah lihat dan percaya itu adalah anak anda.
- Ada video / foto seksi dan adakala berbogel terus yang dirakam sendiri untuk tujuan memuaskan mata teman lelaki internet mereka dan akhirnya juga akan jatuh ke kancah zina dan ketagihan seks
- Apatah lagi jika sudah ada kondom dalam handbag mereka…
Hubungan keluarga menjadi renggang dan sering beralasan untuk tidak ikut program keluarga.
- Hati hanya ada satu, jika anak telah berikan pada orang lain, kita akan rasa komitmen mereka kepada kita berkurang
- Ada hubungan terlarang yang sengaja mereka atur selepas anda keluar dari rumah untuk program keluarga yang mereka tidak ikut itu.
- Hati hati bila anak suka berjalan berasingan semasa membeli belah. 2 minit sudah cukup untuk mereka melepaskan gian di tangga-tangga / car park pasaraya. Hanya bermodalkan 1 SMS kepada pasangan yang banyak semasa dalam perjalanan sudah cukup untuk 1 zina.
Ponteng sekolah, terlalu banyak stayback selepas waktu sekolah
Terlalu
banyak kes seks di dalam kawasan sekolah, belakang dewan, tepi pagar,
tepi kantin, tepi surau, dalam kelas, dalam bilik air, dalam librari,
dalam makmal dll. Lebih teruk lagi bila sudah berani buat beramai-ramai,
rakam, tonton dan sebar lagi..
- Sekali sekala cuba sahkan dengan guru terlibat.
- Jangan percaya maklumat rakan mereka, kerana mereka boleh saja mereka reka sesuatu yang kita jadi tertipu.
- Kadangkala mereka menggunakan beberapa sim card yang mereka katakan itu rakan mereka dengan nama-nama tertentu. Ada yang kami dapati mereka menhantar sms sesama sendiri seolah-olah ada rakan yang mengajak untuk stay back di sekolah kerana ada tuysen tambahan. JANGAN SAMPAI TERTIPU
Rakan sebaya yang terlampau
- Jika MAJORITI rakan perempuan mereka jenis yang happy go lucky, jangan anda duduk senang lenang, sekalipun anak anda BERTUDUNG LABUH. Ada banyak kes zina melibatkan individu berTUDUNG LABUH, semata-mata mengelakkan syak dari keluarga.
- Periksa dengan rapi KESEMUA kenalan lelaki mereka.
- Kenali ibu bapa dan keluarga rakan sebaya anak anda dan kongsikan maklumat demi keselamatan mereka.
Tiba-tiba tukar trend dari baju ketat tak bertudung kepada baju longgar, jubah dan tudung labuh.
- Mereka benar-benar telah berubah kepada kebaikan ATAU
- Menyembunyikan kesan “gigitan cinta” mereka ATAU
- Anak anda sedang menyembunyikan kehamilan haramnya. Jangan tertipu dengan trick ini kerana jika tidak kerana trick ini dan yang lain-lain di atas, masakan ada anak kita yang melahirkan bayi haram tanpa diketahui kehamilannya?
Kenali tanda-tanda yang kami kutip dari kes-kes yang merujuk kepada
kami. Kami lebih mengundur ke belakang dengan mengutip tanda-tanda ini
supaya dapat dibacakan kepada anak-anak kami agar ia tidak berlaku
terhadap mereka.
Ada banyak lagi tanda-tanda yang umum sebegini. Tetapi lebih penting
dari itu ialah bagaimana kita menghidupkan deria ke-6 kita untuk mampu
membaca tanda-tanda yang berlaku pada bahasa-bahasa tidak verbal agar
kita mampu mencegah kemungkaran sebelum ia berlaku. Bangkitkan deria itu
dengan menelusuri sirah, sunnah dan wahyu.
Kita ini bertuah kerana segala masalah yang kita lalui
pernah nabi-nabi sebelum ini lalui dan selesaikannya. Kadangkala hanya
kita yang SOMBONG dengan penyelesaian yang telah mereka lakukan.
Jika membaca tanda itu tidak penting, tidaklah sampai diriwayatkan
Nabi Khidir membunuh seorang kanak-kanak yang telah dilihat bakal
mengheret ibu bapanya ke neraka kelak, tidak pula dibocorkan perahu yang
sedang baginda layari. Itu cerita muhkammat yang perlu dibaca secara
mutasyabihat. Prejudis begitu membuatkan kita alert dengan
tanda-tanda yang berlaku dan dengan cara itu kita ambil tindakan dengan
MEMBUNUH TANDA-TANDA yang bakal membawa kepada kehancuran yang vital dan
tidak boleh dibaiki (irreversible damage).
Kami di sini, di Rumah Pengasih Warga Prihatin lebih dari sekadar
sebuah pusat perlindungan anak yatim dan asnaf tetapi kami melakukan
penyelidikan dan pembangunan akhlak secara kritis. Kami kongsikan
dapatan kami ini untuk anda sama-sama kongsikan pada yang lain dan
memberi manafaat kepada semua.
Sama-sama fikirkannya, sama-sama iqra tanda-tanda pada anak-anak kita.
Sumber artikel dari Rumah Pengasih Warga Prihatin
Label : Cara Mengenal Tanda-Tanda Gejala Sosial Di Kalangan Anak Remaja, Punca Gejala sosial di kalangan remaja, Kesan Negatif dan Keburukan Gejala Sosial,
Pandangan IM, gejala sosial sekarang ini semakin parah kerana engkar kita melaksanakan apa yang Allah perintahkan sejak puluhan tahun dulu. Cara hidup kita penuh dengan hiburan berbanding ibadah. Anak-anak di galak mengejar kesenangan dunia berbanding takut kepada Allah.
ReplyDeleteAllah turunkan bala tak semestinya dalam bentuk banjir atau kemarau tapi juga dalam bentuk kemelut sosial.
Kesilapan kita hari ini hanya akan dirasai balasannya oleh anak cucu kita nanti.
takutnye.. takut dan bimbang akan generasi sekarang + akan datang :(
ReplyDeletekembalilah ke jalan yang diredhai nya
ReplyDeleteI applaud to all the points given in this article. It's a good read, definitely I would recommend this to people 10 years or so below my age, especially my younger siblings and cousins.
ReplyDeleteHowever, I have to point out a few things that might need a little more consideration:
1) locking oneself in their room with a computer or a smartphone. I'm not saying the possibility of them sexting, watching porn or having their partners over isn't relevant. But there are times someone would lock themselves in their room simply for privacy. I would too, especially if I have work to do on my computer, or if there's a good book I want to read and I don't want anyone to disturb me reading it, or if I need to make a call for important people that needed no one but myself to hear about our conversation. This is just something parents should consider before barging into their children's room and accuse them of doing immoral things. It happened to me before, and it wasn't pleasant for the family ties.
2) fancy sleepwears and undergarments. I have nothing much to argue about this other than that it's a person's choice. For starters, instead of doing as the above, barging and accusing, why not parents monitor what their kids have in their wardrobe instead? I mean, your children are aged between 13 to 18, a very tender age interval for most human beings, easily influenced by things around them, and definitely still a little too young to buy their own clothes. Instead of handing them money and let them buy their clothes, why not have a nice family outing and buy with them. And if they want to buy a fancy sleepwear or undergarment, ask them why or tell them why, if you disagree to buy it for them. Simple steps, no?
3) not wanting to follow a family's programme. Now. I'm sort of against this because, while the points that they might be having sinister reasons as to why they do not keep a close tact to their family, blatantly accusing that they were being bad while you were away is not pleasant. I do this a lot of times. When my family is attending a wedding or a celebration, I prefer to stay at home and do my own work. Why? Simply because I can't stand crowded places. I don't fear the crowd, I don't fear my family either...I just don't feel like joining the huu-haa's of people. Why would I when I have my blogs and drawings and work to spend time on? So yes, perhaps if they don't want to join your little family gatherings, they might have other better things in mind to do...and not purely because they have a guy to meet and have sex with. Get the point?
tbc
Probably not pointed out too much but, 4) watching porn. Well, I think there are parental controls for internet access but if it's difficult for you to do that then...educate them. Watching porn is more about self control once you get older, that I learnt it myself. I admitted that I did watch porn when I was 12, but thanks to religion and my family providing education on sex, I don't feel obliged to follow what I watched. As I got older, the porn just seemed more ridiculous and unnatural, and I don't feel like it's a good example to follow. Of course, once I am rational enough, the part about watching porn didn't seem that important or exciting anymore. I still watch some now, but it's mainly for educational purposes. I mean, yeah, teach your children that only animals get excited over cheesy things like porn, and I'm sure they aren't animals.
ReplyDeleteAs I said earlier, all the points in this article are relevant. The only thing needed changing is the way parents and families should approach the signs. Barging in and accusing aren't helping, so I don't encourage any parent to do that. Instead, sit down with them and talk, try to fish out the problem with less to no aggression. Who knows, probably the reason why they ever do what they did was because of your lack of attentiveness to their problems, or that you simply invaded their privacy and they wanted to be away from you as often as possible...
Also, another good point to consider; while it's true that the friends your children are mingling with could influence them, bad or good, but in my opinion, you as parents have the largest role on them. Fear that they might perform sex out of wedlock? Educate them about sex and religion then. If they are curious about private parts or sex or having babies, tell them about it, don't shy away. It's best to educate them first before their friends take on that task for you, no?
And yet another better point to consider before I end this really long comment; while it's good that you should tell your daughters not to wear scanty clothes, not to be rude, not to walk alone, not to get raped, and not to go against religion obligations...I think it's also best to teach your sons not to look at women in scanty clothes, not to teach women to be rude, not to prey on women who walk alone, not to rape women and not to go against religion obligations. Don't blame the girls. The boys are in fault too.