"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"
Semua orang pernah sibuk pernah cakap ayat macam tu kan. Tetapi sesibuk mana pun kita sebenenarnya masih ada masa lagi.. Kadang2 tipu kalo ada orang kata tade masa. Sebenarnya masa ada cuma macam mana kita uruskan masa tu sebenarnya penting. Ok jom kita baca satu cerita yang aku jumpa di internet dan agak menarik yang boleh dikongsikan dan diambil iktibar.
Apabila
hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak &
bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam
sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua
cawan kopi.
Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila
kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus
mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus
mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian,
professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah
penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Professor
kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin
biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun
bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian,
professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut
tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan
“Ya!”
Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil
pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut.
Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang
di dalam tin biskut Hup Seng itu.
Kemudian professor bertanya
lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak
murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!
Tiba-tiba,
professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan
semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak
muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang..” kata
professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu
kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda.
Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti
Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat
anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda
lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap
penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta,
rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang
lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.
“Kalau
anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung,
“Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf
untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan
semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak
akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk
anda…” beritahu professor.
“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada
perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda.
Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah
bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan.
Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda
bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf
dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana
yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir
sahaja.”
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”
Professor
menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak
menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti
akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”
sumber: FB