Showing posts with label Citer Lawak. Show all posts
Showing posts with label Citer Lawak. Show all posts
Tuesday, 22 April 2014
Monday, 9 September 2013
DI SEBALIK KISAH SUBSIDI

Sekarang ni boleh kata panas jugak isu pasal subsidi... Sana subsidi sini subsidi... Jangan ingat petrol, gula, beras dan barang lain je ada subsidi, ni pasal buah durian pun ada subsidi jugak...Subsidi yang diberikan oleh Pak Ali terhadap buah durian yang dijualnya...
SETIAP hari anak-anak Pak Ali merungut kerana sifat kedekut bapa mereka yang melampau.
Dengan anak sendiri pun Pak Ali menjual durian yang dipungut dari dusunnya sendiri dengan harga mahal.
"Ayah ni, dengan orang luar jual durian harga RM2.70 sekilogram, dengan darah daging sendiri pun jual RM2.70, melampau!" kata anak sulung Pak Ali.
Pak Ali hanya memekakkan telinga sahaja dengan rungutan anak-anaknya.
Akhirnya Pak Ali mendapat idea untuk menutup mulut anak-anaknya yang sering merungut itu.
Di dalam dusun Pak Ali ada sebatang pokok durian 'bantut' buahnya kecil dan rasanya kurang manis.
Pak Ali pernah cuba memasarkan durian 'bantut' itu namun tidak laku.
Durian 'bantut' itulah yang dijual kepada anak-anaknya dengan harga RM2.10 sekilogram.
"Harga sebenar durian ini ialah RM2.70 sekilogram, tapi oleh kerana kamu semua anak ayah, darah daging ayah maka ayah hanya jual dengan harga RM2.10 sekilogram.
RM0.60 lagi kamu tak perlu bayar, biar ayah yang tanggung, biar ayah yang bayar. Setiap sekilogram durian, ayah bagi kamu RM0.60 sebagai subsidi" kata Pak Ali kepada anak-anaknya.
Salah seorang cucu yang terdengar penjelasan Pak Ali itu berbisik di dalam hatinya, "kesian atuk kena tanggung subsidi RM0.60, tapi kepada siapa agaknya atuk nak bayar RM0.60 tu ye? Kepada penunggu dusun ke?"

Sumber citer : MiloSuam
Friday, 30 August 2013
Bila Si Ayah Tak Bagi Anak Pakai Tudung

Dalam dunia rupanya ada jugak seorang ayah yang tak bagi anaknya tak pakai tudung.. Saper kat sini yang pernah jumpa ayah macam tu.. Kalo korang terjumpa mesti korang terkejut kan.. Tapi apapun kita janganla trus jump 2 conclusion... Maybe ada sebab ayahnya berbuat demikian kan.. Ok ni antara dialog di mana si ayah tak bagi anaknya tak pakai tudung.
Bapak : aku tak nak kau pakai tudung!!!
Anak : Kenapa?!! apa salah saya?!!
Bapak : dah memang kau salah!!!
Anak : Tapi bukankah menutup aurat itu wajib ayah?!!!
Bapak : Memang!! tapi AKU TETAPTAKNAK KAU PAKAI TUDUNG!!
Anak : Jadi ayah nak saya tutup rambut saya pakai baldi?!!
Bapak : kurang ajar!! # tampar anak #
Anak terjatuh
Bapak : buka tudung kau tu!!!
Anak : baiklah!! tapi bagi satu sebab kenapa saya tak boleh pakai tudung!!
Bapak : sebab...KAU TU LELAKI!!
Wednesday, 19 June 2013
Bila Anak Nak Kahwin...
Anak : " Ayah, Saya nak kahwin "
Ayah : " Apaaaaa, kahwin?????kamu kan baru berusia 10 tahun "
Anak : " Biarlah, asalkan kahwin "
Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"
Anak : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "
Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah
Anak : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya"
Ayah : " !@#$%#$%# (@_@)
Saturday, 8 June 2013
Di Sebalik Kisah Rompakan
Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang
menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah
rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA)
memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak
tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai
bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti
kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia
bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata
kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri
kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil
dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi
mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah
dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $
20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya
petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada
menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam
permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
Sumber : Google
Thursday, 9 May 2013
Jangan Tampar Aku
Gambar Hiasan
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...
Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...
Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.
Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"
Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."
Monday, 26 November 2012
Cara Nak Tau Anak Dah Ada Bf/GF Ke Belum
Bila dah berjauhan dengan anak, mesti parent akan risaukan.... Lagi2 kalo anaknya tu masih lagi belajar...Jangan kata yang tengah belajar, kalo dah kerja pon mesti risau jugakkan.. Kalo depan mata masih lagi boleh lagi pantau pergerakannya... Nak2 bila zaman belajar ni kan, paling tidak pun mesti ada yang nak berkapel, bercinta, bergf n berbf... betul tak??? kalo ada yang jawab tak tipula kan..Tak normal la tu....Hehehehe... So sebagai ibu bapa kalo nak tanya direct kat anak kadang2 mesti anaknya malu nak jawab kan...So ini ada salah satu cara untuk nak tahu anaknya dah ada gf atau bf :
Nombor tidak diketahui 1 (Buat Call Atau SMS)
X : Hye bole kenal?
Girl : Tak bole.
X : Nape tak bole? ade BF ke?
Girl: Ade....nape?
X : Ini ayah kamu....ayah akan mengambil tindakan bile kamu balik umah nanti...
Nombor tidak diketahui 2
X : Hye,ade BF x?
Girl : X de ....
X : Sanggup u wat I cam nie...i nie BF u tau....
Girl : Sorry laa tadi ayah i yg sms gune nombor laen, i pown takut laa kalau2 nie
nombor die gak...
X : Nie memang ayah kamu!! Ayah akan mengambil tindakan dua kali lebih berat!!!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)