Di Sebalik Kisah Rompakan
Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang
menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah
rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA)
memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak
tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai
bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti
kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia
bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata
kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri
kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil
dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi
mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah
dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $
20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya
petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada
menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam
permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
Sumber : Google
Ha.. ha.. 2-2 memang otak pembelit...
ReplyDelete