Sunday 23 December 2012

Nasi Lemak Senibong Tak Mesra Pelanggan


Baru tau nama restoran Nasi Lemak Senibong ni.Nama je Restoran Malam Indah Selalu, 
tapi servisnya tak seindah mana pun.
  

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal isu ini tapi asyik tak sempat. Sebab minggu ni aktiviti agak pack. Lagipun dekat seminggu tade kat umah atas urusan keje dan jalan2.  Back to topic, sepanjang minggu ni masa makan kat luar, aku tengok ada 3 tempat makan yang servis dia sangat hampeh, mejengkel dan menyakitkan hati. Apa yang dikesalkan 3 tempat ni adalah adalah milik orang Melayu. Patutnya makin da ada nama servis lagi bagus, ni servisnya makin out plak..

Ok kita start citer. Kalo cakap pasal Nasi Lemak kat JB ni boleh kata orang JB mesti tau dan penah pegi Nasi Lemak Senibong. Kalo tak penah pegi pun, mesti penah dengar kan. So kali ini nak story pasal Nasi Lemak Senibong yang aku pegi pada Ahad lepas (16/12/2012). Aku dalam 10 orang gi situ dalam kol 5 petang. Oleh sebab nak cepat kita orang pegila situ. Selain nasi lemak ada gak menu lain. Tapi sebab masih awal cuma nasi lemak je yang dah ada. So kita orang decide makan nasi lemak je. Time tu pun masih tak ramai lagi yang makan situ.

So, time amik order semuanya ok. Sebab budak yang amik order tu da baca balik apa yang kita orang order. Problemnya bile order yang kita orang pesan dia tak hantar sekali. Mula2 dia hantar 6 nasi lemak, then dia hantar semua air yang order. Lepas dah hantar air, budak tu letak list order kat meja kita orang. Aik order tak cukup lagi da letak list ke. So kitaorang sangka baikla maybe diaorang ada salinan baik gaknya. So lepas tu kita orang tunggu la 4 pinggang yang tak bagi. Tunggu punya tunggu tak sampai gak. Tengok2 orang yang sediakan nasi lemak tu da duduk. Siap bebual lagi dengan membernya.


 
Orang tak ramai pun masa ni
  
Apa yang tak puas hatinya bila:
1)      Salah sorang dari kita orang ni pergila tanya naper order tak cukup lagi kat sorang brader ni. (Maybe ketua ke supervisor kat situ). Dengan belagaknya  boleh plak brader tu cakap  dia tade dapat order. Memangla ko tak dapat order sebab list order tu budak yang amik order tu da letak kat meja kita orang. Dahla tade nak mintak maaf ke apa then bole plak belagak n eksyen2 plak.
2)      Then bila brader tu hantar nasi lemak, boleh plak salah. Lain yang kita orang pesan, lain plak dia hantar. Tula ada list order tak nak tengok. Time bagi tau apa yang tak sampai tak nak dengar betul2.  
3)      Bila da salah hantar tu bole plak buat muka tak puas hati. Dia amik list order kat meja dan menu yang salah tu trus belah untuk tuka dengan lain.
4)      Time kita orang tengah makan sikit2 brader tu nak tengok dan pandang2. Kalo tak puas hati tu datang la kat tempat kita orang. Tapi tak nak plak.
5)      Then brader tu sruh ada sorang budak ni check balik menu yang kita orang tengah makan. Ko tak puas hati patutnya ko la sendiri check, ni sruh orang lain plak. Tau plak takot. Time order da sampai, cukup ke tak nak plak check. Ni da cukup semuanya dan tengah makan baru sebok2 nak check.


 Brader yang muka tak puas hati n belagak tu


 Even geram, makan tetap habis. Membazirkan amalan syaitan


Then member cakap agaknya banyak orang baru keje situ tu yang servis hampeh. Tu time tak ramai orang, kalo ramai orang macam mana la agaknya. Silap2 boleh bergaduh dengan brader tu. Patutnya berniaga ni budi bahasa kena baik, cakap biar sopan, servis biar elok. Bile servis elok, ada masalah pelanggan pun boleh paham. Ni tidak, dengan pelanggan pun nak cari pasal memang menyumpah orangla dibuatnya. So kalo bos Nasi Lemak Senibong baca pengalaman kita orang, gi la nasihatkan pekerja mcam tu. Susah2 pecat je. Buat busuk nama company je kan.

Ok stop pasal  cerita ni. Citer banyak2 buat sakitkan hati je wat apa kan…Ehehehe… Ok next entry aku citer plak pengalaman kat tempat lain.. 


Keyword : Menu dan Lokasi Nasi Lemak Senibong Johor Bahru, Harga Nasi Lemak Senibong, Cerita Nasi Lemak, Tak Puas Hati Dengan Nasi Lemak Senibong, Pekera Nasi Lemak Senibong Sombong, Servis Hampeh Nasi Lemak Senibong, Servis Restoran Malam Indah Selalu



3 comments :

  1. kat area mana eh nasi lemak senibong ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat permas jaya...dkat2 dgn jusco permas jaya gak...

      Delete
  2. aku pon kene,pelayan die kurang ajar,betina melayu bertudung,panggil dtg suh kemas table bekas org lain makan,die menjeling,lepas tu dtg,sambil lalu cakap tangan ade empat je ni,sabar...mcm sial!adik aku sound kuat2..ko ingat aku hadap sgt nak makan kat sini,kurang ajar,terus kami satu family blah..rupenye kwn2 aku pon banyak dah terkena dengan pelayan nasi loemak senibong yg setaraf ngan betina gro je..lingkop lah restoran kau tu..haram jadah

    ReplyDelete