Isnin, 31 Disember 2012

Permohonan Rebat RM 200 Smartphone / Telefon Pintar



Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia telah dikeluarkan. Syarat-syaratnya seperti berikut


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.

    Isi Borang Permohonan Rebat RM 200 Online Klik SINI


Bagi pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ.

Antara senarai telefon pintar di bawah RM 500 :

   


Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia dan tempoh sah memohon bermula 1 Januari 2013  sehingga  31 Disember 2013. 


 
So kepada sesiapa yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia : Insentif Jalur Lebar Negara.

Klik  SINI

Bila tengok antara syaratnya harga maksimum sehingga RM500 aje. So smartphone yang gempak2 tak masuk senarai pun. Kalo tengok senarai tu, ada smartphone ni pun bole dapat free kalo kita subcribe dengan pelan yang disediakan oleh service provider. Tapi takpe jangan risau kemungkinan harga maksimum ni akan dikaji. Yelah ramai sangat yang komen pasal harga ni. Kat paper semalam pun Khairy Jamaluddin pun komen pasal hal ini jugak. So kita tunggu dan lihat aje ok.

UPDATE : 2 JANUARI 2013


Seperti yang aku cakap sebelum ni harga maksimun bagi pembelian smartphone akan dikaji sebab ramai yang komplenkan. So tengok berita hari ni kerajaan da buat keputusan tiada had harga untuk beli smatphone macam berita ni. Biasala kerajaankan dah biasa dengan keputusan flip flop ni. So lepas ni ada chance la saper2 nak beli smartphone yang harga mahal dan yang lagi ok.
 


Rebat RM200: Tiada had harga beli telekerafon pintar


Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapanBelanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.



Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.  SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.  SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. [sinar]


Label :Syarat-Syarat permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar(3G) Smartpohone, Cara memohon Rebat RM200 Smartphone Telefon Pintar, Tarikh tutup permohonan telepon pintar RM200, Tempoh Sah Memohon Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013, Senarai telefon pintar smartphone untuk rebat rm200, Borang permohonan rebat telefon pintar, Glaji untuk layak dapat rebat RM200 smartphone


39 ulasan :

  1. Salam. Kalau dah apply, ape jew yang nak kena buat? Sebab borang yang diisi dlm web skmm tu xleh nak print bila dah diisi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,, wat korang smua .. Leh tnye x ..?? saya kurang fhm sngat psal rebat ni ..??? jujur saye ckap mmg x fhm sngat ..... leh x explain ckit psal rebat ni , bg sape2 yg nak komen ape2 pun saye b"byk kn trma kaseh kat korg smua ... tp bg pndpt sye btol ke rebat tu org bg tlpon kat kte tau pun mnbahkn duit kte utk beli tlpon ..??? tnsion2 .. mmg x fhm sngat2 .... psal broadbnd tu pun x fhm gak ... bg sape2 nak komen silakn ,, sye prlu kn bntuan korg .. terima kaseh .......

      Padam
  2. had umur blh tuntut rebat telefon ni dari umur 21 hgga 30..tpi birthday saya bln 4 ni,,bolehkah saya dapat coz xcukup g 21..bln 4 bbi baru ckup 21

    BalasPadam
    Balasan
    1. bleylah kn..coz smpai akhir thun ley mhonj g..kn..

      Padam
    2. boleh..apply je...janji apply sebelum befdaynya...

      Padam
  3. MCM NA NK PRINT BORANG KALAU DAH ISI

    BalasPadam
  4. MCM MANA NK PRINT BORANG KALAU DH ISI BORANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas isi nanti last sekali ada kuar page utk print..just tekan button print jer...

      Padam
  5. Ada sapa sapa dah tebus?

    BalasPadam
  6. handphone dalam gambar tu je ke yang boleh dapat rebat? yang lain macam ipad tu tak dapat la?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu contoh lama yg had maksimum dia rm500...tp skrg tade had so da boleh beli yg mana2 pn..

      Padam
  7. Email kan address borang kat saya......jimshocks@ymail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. permohonan dibuat secara online kat website http://nbi.skmm.gov.my

      Padam
  8. saya mmg x fhm mksd rebat tu..?? rebat tu bg duit utk tmbh kn duit kte bli tlpon ker..?? tau pun dpt diskaun rm200 utk beli tlpon ...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. rebat rm200 ni kira diskaunla..cth harga hp rm1000..then bile daftar rebat ni, so bila kt beli hp just kena byr rm800 aje...

      Padam
  9. xda no siri pape ke??just bwk yg print tu ke kdai terpilih?

    BalasPadam
  10. xda no siri pape ke??just bwk yg print tu ke kdai terpilih?

    BalasPadam
  11. kalo ak tk print boleh claim gk ker ? daftar dh lulus.. ak dh keluar dri page tue.. cm ne nak cek balik.. kalo2 kena print

    BalasPadam
    Balasan
    1. cek emel. dia ad bg pdf attachment. download then print out.

      Padam
  12. kalau dah reg, lepas tuh dah print semua, benda nk print tuh nak bawak ke kedai hp trus ke ?

    BalasPadam
  13. lepas dah reg, lepastu dah print, pastu dah boleh trus pergi ke kedai hp ke nk beli hp bru ?

    BalasPadam
  14. lepas dah reg, lepastu dah print, pastu dah boleh trus pergi ke kedai hp ke nk beli hp bru ?

    BalasPadam
  15. boleh tak rebat tu guna org punye?let say kawan tak nak pastu bg kat kita then ade rm 400 rebat..

    BalasPadam
  16. boleh tak guna rebat org lain?..let say member tanak rebat tu pastu kita beli 1 tlefon dgn rebat rm 400?

    BalasPadam
  17. Penyedia pkhidmatan menGARUT! ader ke letak syarat.nie nak kene repot niee.suke suke hati jeww letak syarat..CELkonG suh daftar no baru smentara MAxis suh topup 30..nampak gayanye rakyat sekali lg di perbodohkan...Janji ditepati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu syarat yang di tokok tambah oleh penyedia perkhidmatan biasa la bepa nk cari untung lebih... report aje la..tk guna apa pon kalu hang dok teriak dalam blog ni, bukan org dlm blog ni boleh ambik tindakan pon.. pi report kat SKMM nun depa saja yang ada pawer nk setel isu ni...klu ang tk report mana depa nk tau.. sebab ni bukan salah govement..ni pasal orang tengah nk kaut untung punya hal la ni...

      Padam
    2. betul tu... sy setuju..

      Padam
  18. hati2...kdai skg naik harga enset....
    kdg2 jual enset x ori....

    BalasPadam
  19. Bagaimana untuk kita tahu status pendaftaran rebat sama ada berjaya atau tidak sekiranya x dapat dlm email n pengesahan masa isi rebat ini.. adakah cara lain untuk menyemak status ini?

    BalasPadam
  20. law umor xckup lg leh apply x? let say, bln 8 ni baru sy ckup umor 21 thun..so, leh apply x?
    lg 1, ad tarikh ttup k untk dftar nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BOLEH apply...tarikh tutup 31-12-2013

      Padam
    2. da abis dah reti

      Padam
  21. boleh tlg sy tak??sya dah print borng utk rebat 200 tp brang itu hilang..macam ne lau sya nak dpat blik brang itu??tlg lah sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba check kat emel...tak silap bile dah daftar dia akan send copy kat emel...

      Padam
  22. bleh tlong sy tak..??sbab sya dh apply dan tlah llus,tpi sya blum print borang pngesahan lgi..msalah nyer,skarang sya nk bka emel,tpi sya dh lpa pssword emel sya...mcam mna nie..??bleh tak klau trus prgi ke kdai tnpa mmbawa rebat t'sebut..sya cuma tnjukkn kad pnenalan jer..dan phak kdai tu bleh check gna kad pngnalan tu...bleh ker..??

    BalasPadam
  23. kalo sya x ada keja bole mohon x????

    BalasPadam
  24. Untung lah korang dapat rebet.....tolong aq nak rebet jugak.Knp kerajaan x letak umur 15 hingga 30.

    BalasPadam