Friday 21 December 2012

Dividen dan Bonus ASB 2012

Agihan pendapatan ASB 7.75 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.


Kira tahun ni naik sikitla dari tahun lepas. Tapi masih dalam lingkungan 7% . Bila agaknya nk macam dulu yang boleh cecah 10%. Nak tengok  sejarah dividen dan bonus ASB KLIK SINI



 

No comments :

Post a Comment