Showing posts with label Citer Petang Hari. Show all posts
Showing posts with label Citer Petang Hari. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Majlis Konvokesyen USM 2012 - Sidang Ke-4

Alhamdulillah....Akhirnya lepas 5 tahun habis jugak belajar kat USM secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dalam kos Pengurusan (Kewangan)... Bagusnya buat PJJ kat USM ni sebab yuran dia murah kalau dibandingkan dengan tempat lain la...Hah siap promote lagi kan... Kalo belajar secara PJJ ni yang penting semangat kena kuat... Even pada mulanya boleh buat 3 tahun jer, tapi sebab rehat setahun, amik subjek pn sikit2  last2 jadi 5 tahun...Walaupun rasa macam lambat yang penting belum terlewat....Bila dah lama sangat kadang2 bosan jugak, yelah bila nak abis2 kan...

Lagi satu belajar sambil bekerja ni kalo tak betul2 separuh jalan lah jawabnya.... Masalah paling besar sekali dah tentu la MALAS... Kalo tak MALAS dah tu tentu ___________.... Hehehe....Yang lain2 tu bole terima lagi la.... Ok stop becerita... So konvonya pada hari Khamis (20 September 2012) minggu lepas... OK jom tengok gambar kita tengok gambar yang tak berapa banyak ni....





Friday, 23 December 2011

Kisah Seorang Duta


Tersebutlah kisah sebuah cerita….

Ada seorang duta dari negara Negara Matahari Terbit yang datang melawat Malaysia...

Yang menyambut Duta ini semuanya adalah Datuk-Datuk belaka…

Tibanya di lapangan terbang duta ini diperkenalkan dan bersalam dengan tetamunya yang datang menyambut ketibaannya iaitu Datuk Ahmad…. Datuk Abu…Dato’ Karim.. dan Datuk-datuk yang lain…

Apabila nak masuk kereta dan pintu duduk belakang dibuka, Duta ini diperkenalkan dengan driver kereta itu iaitu Encik Ramli...

Duta itu pun terus memberi tunduk hormat kat driver tu dan duduk di bahagian depan di sebelah Encik Ramli....

-TaMaT-

Monday, 22 August 2011

Bila Si Kecil Mula Bertanya


Aku ada beberapa orang anak sedara. Anak sedara plak memang jenis yang suka bertanya. Budak kecik katakan. Kalo bole semua benda nak tau kan. Ada sorang anak sedara ni baru umur 4 tahun. Kalo duduk dengan dia, ada aje benda yang nak ditanya. Contohnya kalo duduk depan komputer lama2, nanti mesti dia tanya watpe tu duduk depan komputer lama??? Kalo dia tanya tapi kita jawab tak puaskan hati dia, nanti dia akan tanya lagi.

Ok, kalo ada sesaper perasan minggu lepas kat berita tv3, 2 hari berturut-turut ada citer pasal kes sorang ni. Alar citer pasal diliwat tapi dah tiga tahun tak selesai2 lagi kes dia. So tengah tengok berita pasal citer tu tetiba anak sedara aku bersuara:

Bit        :           Uncle, abg yang kuar kat tv ni saper?
Aku      :           Kenapa?

Bit        :           Yela.. Semalam tengok dia ada kuar tv. Ari ni kuar tv lagi.
Aku      :           Ooo... dia ada kes kat mahkamah...

Bit        :           Liwat tu apa?
Aku      :           Kenapa?

Bit        :           Dari tadi kat tv ni asyik sebut pasal tu je. Liwat tu apa?
Aku      :          Ooo. Liwat tu hubungan luar tabie yang dilakukan ………………………….. (Tapi aku cuma mampu nak terangkan dalam hati jela)

Hah kalo budak kecik tanya korang benda macam ni, apa yang korang akan jawab ???

*Bit - Nama anak sedara