Walau piala dunia kali ni dah nak sampai ke penghujung tapi tak terlehat lagi untuk kita tahu serba sedikit pasal piala dunia bola sepak yang sedang berlangsung di Brazil pada masa kini. Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa(FIFA) yang menjadi badan induk gabungan bola sepak dunia ditubuhkan pada tahun 1904.
Namun
idea untuk melahirkan satu kejohanan bola sepak berprestij peringkat
dunia hanya muncul kira-kira 24 tahun kemudian.
Idea tersebut hanya dapat direalisasikan pada tahun 1928 apabila
Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet ( nama aal trofi Piala Dunia)
kecewa selepas bola sepak tidak disenaraikan sebagai salah satu acara
dalam sukan olimpik musim panas.
Susulan
daripada itu, beliau bertindak mempromosikan sukan tersebut melalui satu
kejohanan khas.
Impiannya tercapai apabila Montovideo, Uruguay dipilih menjadi tuan
rumah pertama kejohanan selama 17 hari yang bermula 13 Julai 1930
dengan hanya melibatkan 13 pasukan tanpa format pusingan kelayakan.
Signifikannya Uruguay dipilih menjadi tuan rumah adalah kerana negara
tersebut telah memenagi acara bola sepak pada aksi Sukan Olimpik tahun
1924 dan 1928.
Kesemua
13 pasukan yang mneyertai kejohanan julung kali itu ialah , Amerika
Syarikat, Argentina, Uruguay, Yugoslavia, Belgium, Perancis, Romania,
Mexico, Bolivia, Brazil, Chile, Paraguay dan Peru.
Pada
kejohanan sulung itu, perlawanan pertama menyaksikan pertemuan antara
Perancis dan Mexico yang berkesudahan dengan Perancis menang 4-1 dan
pemainnya Lucien Laurent menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam
kejohanan Piala Dunia.
Perlawanan
akhir kejohanan sulung itu mempertemukan antara tuan rumah dan
Argentins dengan kesudahan Uruguay berjaya merangkul kejuaraan pertama
dengan membenam cabaran lawan mereka dengan keputusan 4-2 manakala
Guillermo Stabile dari Argentina dinobat selaku penjaring terbanyak
dengan lapan gol.
Dua
edisi penganjuran selepas itu pada tahun 1934 dan 1938, FIFA telah
memilih Itali dan Perancis sebagai tuan rumah yang menyaksikan Itali
mengungguli kedua-dua siri kejohanan sebelum ia dihentikan buat
sementara waktu ekoran Perang Dunia Kedua.
Kejohanan
Piala Dunia kembali pada tahun 1950 apabila Brazil dipilih menjadi
tuan rumah dengan melibatkan 13 pasukan yang bertanding. Perlawanan
akhir menemukan pasukan tuan rumah dan Uruguay , namun Brazil gagal
memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-2.
Apa yang paling diingati adalah perlawanan akhir tersebut yang
berlangsung di Stadium Maracana menarik lebih 200,000 penonton.
Piala
Dunia 1974 yang berlangsung di Jerman Barat cukup bermakna apabila buat
pertama kalinya, trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang
diperkenalkan selepas trofi lama yang sebelum ini dicuri dan dijumpai
semula diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas negara itu muncul
juara sebanyak tiga kali pad 1958,1962 dan 1970.
Pada
tahun 1982 format Piala Dunia telah ditukar dengan pasukan yang
bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah
pertandingan itu. Ia diteruskan sehingga 1994. Pada tahun 1998, format
diubah sekali lagi di mana pasukan yang bertanding ditambah
penyertaannya kepada 32 pasukan.
Sehingga
kini selepas 19 edisi kejohanan Piala Dunia dipertandingkan, Brazil
masih mengungguli apabila memenangi lima kejuaraan diikuti Itali
(empat), Jerman (tiga) dan masing-masing dua kali untuk Argentina dan
Uruguay. Sementara England, Perancis dan Sepanyol berkongsi satu
kejuaraan.
Info Penting Piala Dunia
- Piala Dunia edisi yang Pertama ialah pada 13 Julai 1930.
- Juara Piala Dunia edisi yang pertama,1930 ialah Uruguay.
- Pemain Perancis, Lucien Laurent merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun 1930
- Penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia yang pertama ialah Guillermo Stabile dari Argentina dengan meledak lapan gol di Piala Dunia 1930.
- Penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia 1958 di Sweeden.
Pasti
sahaja ramai yang menunggu dan menanti detik bermulanya Piala Dunia 2014
yang akan berlangsung di Brazil. Christiano Ronaldo, Lionel Messi,
Neymar dan Luis Suarez adalah antara nama popular yang diramal bakal
menggondol anugerah Kasut Emas dalam kempen Piala Dunia 2014.
Mengikut
rekod, penyerang Perancis, Just Fortaine masih tersenarai sebagai
penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 13 jaringan di Piala Dunia
1958 di Sweeden.
Sebelum
riuh di Rio, eloklah kita selongkar kembali senarai pemenang pemenang
Anugerah Kasut Emas dalam 10 kejohanan sebelum ini.
1. Grzegorz Lato.
- 1974- Piala Dunia di Jerman Barat.
- Lato menjadi kebanggaan Poland selepas dianugerahkan Kasut Emas setelah merekodkan tujuh jaringan.
2. Mario Kempes.
- 1978 –Piala Dunia di Argentina.
- Penyerang Argentina ini meledakkan enam gol. Dua jaringannya di final ketika menentang Belanda melayakkan Argentina menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Kempes juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik dalam kempen tersebut.
3. Paolo Rossi.
- 1982 – Piala Dunia di Sepanyol.
- Bintang Azzurri ini antara nadi utama kejayaan Itali merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga selepas menumpaskan German Barat, 3-1.
- Rossi meledakkan enam gol dibezakan dengan satu jaringan German Barat, Karl- Heinz Rummenigge.
4. Gary Lineker
- 1986- Piala Dunia di Mexico.
- Penyerang England ini merekodkan enam jumlah jaringan sehingga membawa The Tree Lions ke peringkat suku akhir.
- Liniker meledakkan dua jaringan di peringkat 16 pasukan terbaik, satu jaringan di peringkat suku akhir menentang Argentina dan selebihnya di peringkat kumpulan.
5. Salvatore Schillaci
- 1990- Piala Dunia di Itali.
- Schillaci telah meledakkan enam jumlah jaringan. Bagaimanapun hajat Itali ke final dinafikan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat, 1-1.
6. Oleg Salenko dan Hristo Stoichkov
- 1994- Piala Dunia di Amerika Syarikat.
- Salenko yang meledakkan enam jaringan merupakan satu-satunya pemain yang dianugerahkan Kasut Emas walaupun Russia tersingkir diperingkat kumpulan.
- Manakala Stoichkov yang merekodkan jumlah jaringan yang sama telah membawa Bulgaria sehingga ke peringkat separuh akhir.
7. Davor Suker.
- 1998- Piala Dunia di Perancis.
- Penyerang kebanggaan Crotia ini menjadi nadi utama kebangkitan pasukannya di Perancis.
- Biarpun tewas di tangan tuan rumah dengan jaringan,2-1, enam jaringan Suker sudah cukup untuk dirinya dianugerahkan Kasut Emas.
8. Ronaldo.
- 1998- Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun.
- Pemain lagenda Brazil ini berada di puncak kariernya dengan merekodkan lapan jaringan.
- Dua jaringannya dalam perlawanan akhir menentang Jerman sudah cukup untuk melayakkan Brazil menjulang trofi Piala Dunia buat kali kelima.
9. Miroslav Klose.
- 2006- Piala Dunia di Jerman.
- Penyerang yang kini menyarung jersi Lazio ini merekodkan jumlah lima jaringan buat negaranya ketika Jerman menjadi tuan rumah.
- Dalam kempen tersebut, Jerman menduduki tangga ketiga selepas menundukkan Portugal, 3-1.
10. Thomas Muller.
- 2010 – Piala Dunia di Afrika Selatan.
- Penyerang Jerman ini meledakkan lima jaringan sehingga membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan Sepanyol,1-0.
- Muller yang berkongsi jumlah jaringan bersama David Villa(Sepanyol) dan Wesley Sneider( Belanda) telah dianugerahkan Kasut Emas berdasarkan jumlah assist.
No comments :
Post a Comment