Monday 9 September 2013

DI SEBALIK KISAH SUBSIDI


Sekarang ni boleh kata panas jugak isu pasal subsidi... Sana subsidi sini subsidi... Jangan ingat petrol, gula, beras dan barang lain je ada subsidi, ni pasal buah durian pun ada subsidi jugak...Subsidi yang diberikan oleh Pak Ali terhadap buah durian yang dijualnya...

SETIAP hari anak-anak Pak Ali merungut kerana sifat kedekut bapa mereka yang melampau.

Dengan anak sendiri pun Pak Ali menjual durian yang dipungut dari dusunnya sendiri dengan harga mahal.

"Ayah ni, dengan orang luar jual durian harga RM2.70 sekilogram, dengan darah daging sendiri pun jual RM2.70, melampau!" kata anak sulung Pak Ali.

Pak Ali hanya memekakkan telinga sahaja dengan rungutan anak-anaknya.

Akhirnya Pak Ali mendapat idea untuk menutup mulut anak-anaknya yang sering merungut itu.

Di dalam dusun Pak Ali ada sebatang pokok durian 'bantut' buahnya kecil dan rasanya kurang manis.

Pak Ali pernah cuba memasarkan durian 'bantut' itu namun tidak laku.

Durian 'bantut' itulah yang dijual kepada anak-anaknya dengan harga RM2.10 sekilogram.

"Harga sebenar durian ini ialah RM2.70 sekilogram, tapi oleh kerana kamu semua anak ayah, darah daging ayah maka ayah hanya jual dengan harga RM2.10 sekilogram.

RM0.60 lagi kamu tak perlu bayar, biar ayah yang tanggung, biar ayah yang bayar. Setiap sekilogram durian, ayah bagi kamu RM0.60 sebagai subsidi" kata Pak Ali kepada anak-anaknya.

Salah seorang cucu yang terdengar penjelasan Pak Ali itu berbisik di dalam hatinya, "kesian atuk kena tanggung subsidi RM0.60, tapi kepada siapa agaknya atuk nak bayar RM0.60 tu ye? Kepada penunggu dusun ke?"


 Sumber citer : MiloSuam




3 comments :