SAYA pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah
syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman
kepada syarikatnya.Jawapannya di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea
Selatan seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan
dengan alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang
murah.
Benar katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan
Almera pada harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan
melebihi 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada
penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat
carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.
Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu
uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan
Almera dari luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah
antara faktor jualan utama model tersebut.Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul
memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi
pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu,
Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain
seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran
akhir produk.
Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras
memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang
kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang
ada pada pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena
dengan selera pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan
sedan global terlaris Nissan. Saiz dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak.
Ini berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki
penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.
Dua ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama
sekali di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan
jauh seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan
penumpang juga selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa
dalam perjalanan. Penjimatan kos Daripada tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke
bawah. Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak
ketara. Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan
poin bonus untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.
Almera Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka
peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri
penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan
plastik juga nampak kasar permukaannya.Paparan grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak
biasa-biasa sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg
udara di sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA
dan ABS dikekalkan.
Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun
dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak
jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta
terasa stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri
tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.
Suasana di dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh
lari daripada sifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu
mengambil selekoh, manakala stereng tidaklah ‘setajam’ mana.Untuk kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC
yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa
linear dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin
dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.
Sewaktu memandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap
dan lancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih ‘garau’ apabila
gear dianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau
memotong kenderaan. Harus diakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi
memenuhi pelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori
rasmi dengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular
ialah Impul.
Bagi mereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan ada
menyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistem
suspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.
Pembeli juga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain
cakera padat kepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda
aluminium. Jika terasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja
model spesifikasi penuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan
mewah. Setakat ini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus
diakui bahawa produknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan
selesa dan semestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.Berdasarkan pengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina
dan dibangunkan oleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka
berjaya memberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.
Almera juga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai
untuk mereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik
taraf daripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang
sangat sesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model
masing-masing.
Antara yang ditawarkan oleh Nissan Almera
Ok ni pulak review dari GearTinggi.com
Nissan ini merupakan satu jenama yang agak kuat di Malaysia. Ikut
perkiraan gua, Nissan Sunny merupakan antara model yang paling laku
sekali pada sekitar awal 1990an. Dan kesinambungannya diteruskan lagi
dengan pengenalan Nissan Sentra atau lebih mudah orang sebut Teksi
Genting yang cukup sinonim dengan ketahanannya. Namun, apabila Nissan
Sentra edisi yang lebih baru berserta dengan Nissan Latio itu jelas
gagal untuk mengekalkan jenama Nissan dalam kategori Segmen B.
Sememangnya Nissan agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Toyota
mahupun Honda. Itu belum lagi diambil kira dengan kereta jenama Kia
yang turut sama bertanding dalam liga yang sama. Namun, kalau bertanding
dalam liga MPV bukan kebangsaan, gua rasa semua orang sedar tentang
betapa lakunya Nissan Grand Livina sampaikan di kawasan PPRT penempatan
gua yang hanya ada dua blok ini pun terdapat lebih daripada 5 buah.
Untuk mengembalikan nostalgia betapa suatu masa dahulu, jenama Nissan
pernah mengungguli kereta penumpang, Nissan Almera akhirnya
diperkenalkan. Dibina berasaskan platform V yang baharu, Almera ini
dipasangkan secara CKD di Serendah. Dan hujung minggu sudah, gua telah
berpeluang untuk memandu uji secara singkat Nissan Almera di bertempat
di Taman Bukit Jalil. Apabila kali pertama bertentang mata, hati gua
pantas berbisik boleh tahan cantik juga bila mana dipakaikan dengan kit
badan Impul. Ok, gua faham, bagi peminat tegar Nissan pasti mereka
kurang gemar akan rekabentuk yang serupa ini. Tapi harus barang diingat,
inilah model sedan global mereka yang sangat laku terutama di China dan
juga Thailand.
Bila mana pandangan umum diambil kira, maka sudah pasti
perekabentuk harus bertolak ansur dengan rekaan yang mempunyai jiwa.
Rekaan Almera ini sememangnya kelihatan agak lembut dari segala sudut.
Jadi perkiraan mudahnya, dengan rekabentuk yang sebegini, sudah pasti
menarik perhatian golongan wanita muda yang berkerjaya dan ingatkan
sebuah kereta yang tak berapa besar tapi sebenarnya luas di bahagian
dalam berserta dengan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan maka
Nissan Almera ini pantas akan menarik perhatian disamping eksekutif muda
yang berkeluarga kecil. Atau lebih mudahnya lagi, Nissan Almera ini
pasti akan memberikan ancanman kepada Toyota Vios mahupun Honda City
Tiga baik butang Start ditekan [gua tak guna sebaik
butang Start ditekan sebab gua lupa nak tekan brek, percubaan kali
ketiga baru berjaya hidupkan enjin, apalah gua ni..kodi sungguh]
gua dengan segera memulas stereng yang terasa amat ringan untuk bergerak
berpusing di kawasan berhampiran Taman Bukit Jalil tersebut.
Memandangkan gua tak ingin ke Balai Polis gara-gara dituduh cuba untuk
melarikan Almera tersebut, gua akur untuk mengikuti laluan yang telah
ditetapkan. Dengan laluan yang sebegitu pendek, gua cuba memanfaatkan
setiap detik bersama Almera. Harus gua akui yang gua agak berpuas hati
dengan kuasa yang dimiliki oleh Almera ini. Proses penukaran gear macam
tak berapa nak rasa langsung. Lancar orang kata. Cuma, barangkali Almera
ini terasa sedikit kurang berkuasa. Namum itu bukanlah masalah besar
kerana enjin 1.5 CVTC ini dirasakan sudah memadai untuk sebuah kereta
keluarga.
Ketika gua cuba membuat U-Turn dengan sengaja bagi mencari
kesedapan sistem suspensi, ternyata Almera ini tidak terlalu beroleng
badannya. Malah radius pusingannya juga agak kecil yang mana ianya amat
digemari oleh rakyat Malaysia yang gemar membuat U-Turn sesuka
hati tanpa memberikan isyarat langsung. Dari segi keselamatan untuk
pemberhentian kereta secara paksa, sistem brek yang digunakan masih
boleh diharap. Tak terlintas langsung gua nak gunakan mulut sebagai brek
tambahan “Eh..eh..eh..” kerana bimbang kereta lambat untuk berhenti.
Lengkap dengan ABS dan EBD bagai.
Bahagian dalamannya pula, rekaan berbentuk bulat jelas mendominasi
papan pemuka. Sterengnya pun bulat juga. Tak pernah pula dibuat dek
orang stereng berbentuk segitiga. Tapi maksud gua, bilamana lu orang
perhatikan sterengnya, memang agak bulat. Itu belum lagi perati bahagian
konsol tengahnya. Bulat. Bila pegang tombol gear auto itu pun memang
jelas terasa kebulatannya. Payah juga gua nak menafsir kotak pemikiran
sang perekabentuk Almera ini. Ergonomik barangkali. Eceh, gua manalah
into sangat pasal ergonomik ni. Pada gua, asal sedap mata memandang,
sedap tangan memegang sudahlah. Iye tak?
Manakala pemilihan tempat duduknya juga cukup selesa baik dihadapan
mahupun di bahagian penumpang belakang. Tapi gua syak, bahagian
penumpang belakang lebih terasa selesa kerana ruang kelegaan kaki yang
cukup luas. Jenis nak buat sila panggung memang sesuai sangat. Mujur
juga pemilihan tona gelap cukup melegakan bagi yang mempunyai anak
kecil. Boleh nangis woo kalau bahagian tempat duduk dipenuhi dengan efek tapak kasut mahupun bekas air minuman.
Untuk ruangan bonet di bahagian belakang, memang tersangatlah
luasnya. kalau setakat nak balik kampung, isi dua beg besar berserta
dengan stroller untuk anak kecil pun gua rasa macam muat lagi.
Silap hari bulan, lu orang nak sumbat orang gaji bawa balik kampung
duduk dalam bonet pun memang muat.
Sebelum lu orang pergi menempah Almera ini, suka untuk gua ingatkan
bahawasanya kereta yang gua pandu uji ini telah dipasangkan dengan kit
badan Impul yang mana juga boleh ditempah secara ala-carte.
Amacam, nampak senonoh bukan? Kalau jenis yang kosong tu gua terasa
macam kurang berselera sikit. Tapi gua yakin, ianya bukanlah satu isu
besar. Formula rekabentuk Vios dan Almera ini ternyata punya persamaan.
Jadi, kalau Vios itu boleh laku, ini kan pula Almera yang ternyata punya
sesuatu yang lebih untuk ditawarkan kepada pembeli.
Kalo nak tau pasal Impul Nissan Almea punya spesifikasi bole baca kat bawah ni:
Okla rasa da berkenan mesti nak tau kan berapa harga dan bayaran bulanan Nissan Almera ni.. Ok di bawah ni antara aku jumpa bayaran bulanan yang ditawarkan sama ada dengan 10% downpayment atau pun tidak.
So kalo rasa da berkenan apa tunggu lagi, cepat2 la pegi showroom Nissan yang berdekatan... Mana tau kalo lambat booking tak dapat nak pakai masa raya nanti...
label : nissan almera monthly installment, bayaran bulanan nissan almera, spesifikasi nissan almera, senarai harga nissan almera, nissan almera price list, nissan almera specs n variant..
Salam,
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!
~insan marhaen~
slamat menjalani ibadah puasa gak utk IM sekeluarga...
DeleteKalau saya nak raye pikir nak beli hiasan baru untuk rumah. langsir baru, perabot baru. Ehehe tak terpikir nak tukar kereta..
ReplyDeletedia da ada baby putih takkan nak tuka keter lg kn..
Delete