Jumaat, 30 November 2012

Penemuan Terowong Rahsia Bawah Tanah dan Emas di Palekbang Tumpat Kelantan

 Kampung Banggol, Palekbang Tumpat, Kelantan. Sumber:Google

Panas!!!! Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 100km telah ditemui di Palekbang Tumpang, Kelantan. Terowong peninggalan semasa zaman Jepun ini juga dikatakan mengandungi emas dan harta karun pihak jepun (ntah betul ntah tidak). So far berita penemuan terowong telah tersebar pada  28 November 2012 apabila Militarymalaysia.net (Klik  SINI ) telah membuat pendedahan pasal cerita ini.

Lepas tu macam2 cerita dan versi keluar pasal penemuan terowong di Palekbang Tumpat Kelantan. Siap ada yang tunjuk gambar terowong tu lagi.Ni gambar dia:


Bila  chek balik rupanya tu gambar Chu Chi Tunnel di Vietnam. Banyak lagi gambar tunnel tu kat blog  SINI

Tapi sehingga ke hari ni masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari pihak kerajaan berkenaan berita di tv ataupun di surat khabar. Mungkin sebab minggu ni banyak cerita pasal Piala AFF Suzki dan Perhimpunan Agung Umno tu yang pasal terowong senyap agaknya.

Nak  tahu cerita yang selanjutnya pasal terowong ni yang sentiada di update dari semasa boleh baca kat sini:
1)      Facebook  Kelab Pencinta  Sejarah Kelate  : Klik  SINI
2)      Cari Forum : Klik  SINI
3)      Militarymalaysia.net : Klik  SINI


Update : Dah Keluar Cerita ni di Sinar Harian

     Gempar terowong zaman perang di Kelantan 
     Oleh:WarCertawan Sinar Harian Tarikh: December 1, 2012                      
                                  
TUMPAT – Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.
       
        Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang. Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.
       
        Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut,  Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini. Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah. Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.
       
        Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan. “Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya. Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah. Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan. Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.
       
        Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920. “Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.
       
        Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan. “Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.
       
        Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.
       
        Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri. “Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.“Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.
       
        Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.
Sumber : SInar Harian


 So ini antara cerita dan versi yang ada kat internet pasal terowong ni:


Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..
Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini.. Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..
Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:
Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km.  Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba
Sumber : Buat Best

Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan “pat dahat”..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan “pat dahat” itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas “pintu rumah” dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan “pat dahat” daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
Sumber : Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1
Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.
“Kenapa tak siap2 jambatan ini?
Ada tiang yang ‘bermasalah’…..
Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.
Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..
Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden
telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.

PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2
1)      Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).
2)      Telah dijumpai pintu masuk ke ‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.
3)      Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.
4)      Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.
5)      Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.
6)      Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.
7)      Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.
8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.
8)      Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.
Sumber : Google


 

 Update Terbaru dari Kelab Pencinta Sejarah Kelate


Baru shj pergi melawat lokasi penemuan terowong/bunker tinggalan Jepun, memang sah bentuknya adlh bunker yang diperbuat drpd konkrit, btul2 berdekatan dgn jambatan besi keretapi menghala ke tumpat, tdapat juga sbuah terowong seakan2 telagayg bkemungkinan jalan msuk ke dlm bunker, sempt berbual dgn seorang penduduk temptn, Pok Man yg tinggal di Kok Majid, slah seorng anggota polis di balai polis Pa
lekbang yg dtg ke Kok Majid memberitahu beliau terdapat sbuah bunker yg mengandungi bom di palekbang, dianggarkn skiranya bom tsebut meletup, bkemungkinan keluasan kwsn tjejas adlh 5km persegi di skeliling pusat letupan... tdi pegi pun pnuh org dtg nok tengok, ada 2 kreto cas dok gali bunker tu, 2 anggota polis bmotor dok jago kwsn tu...
Like · · Share · about an hour ago


 

Label : Penemuaan emas dan kewujudan terowong palekbang, jalan dan lokasi sebenar terowong di palekbang, kisah terowong palekbang,  misteri terowong 100km, misteri terowong bawah tanah, misteri terowong di palekbang, palekbang tumpat kelantan, penemuan terowong palekbang, siasatan terowong palekbang, terowong, terowong bawah palekbang, terowong bawah tanah di palekbang

6 ulasan :

  1. Ceritanya bermula apabila sekumpulan To Bomoh, To Mindok dan To Bageh ke Palekbang untuk mengambil harta karun melalui kaedah lama menggunakan kemenyan, rokok daun. Kesan daripada itu telah menyebabkan makhluk halus yang menjaga harta karun kena batuk berdarah lalu menjelmalah penjaga harta karun di hadapan To Bomoh dan memberitahu cara yang digunakan untuk mengambil harta karun telah lapok. Maka dicadang supaya menggunakan earth scanner melalui satelit dan peralatan yang canggih terkini. Puak2 kaki tarik harta karun ini telah meminta bantuan Exco yang memang telah lama berkecimpung dalam bidang tarik menarik nih. Lalu sidang tergempar telah dibuat di Kota Darul Naim turut dijemput Tuan Hj. Manaf yang tinggal di kawasan penemuan telaga. Sejarah akan terbongkar dalam waktu terdekat untuk rakyat Kelantan yang mahu berfikir serta celik dari dari pembutaan. Terowong yang dikatakan beratus km sampai ke Takbai Thailand untuk memudahkan rakyat Thailand menyusup masuk mencari rezeki di Malaysia kerana mereka telah dianaktirikan di bumi sendiri. Hakikat sebenar terowong Palekbang bersambung sampai ke Gua Musang( Nenggiri ) dan menembusi sampai ke Temasek( Singapura ). Hasil nya bentuk Lembah Sireh Kota Bharu dan bukit bukau di Gua Musang telah berubah rupa. Dan tanah di Palekbang dan di mana-mana akan menerima nasib yang sama kalau rakyat Kelantan tidak mahu terus terlibat dengan khurafat To Bomoh, To Mindok dan To Bageh yang kuat menarik harta karun.

    BalasPadam
  2. Kalau jumpa emas mau kaya...:)

    Aina masuk Nuffnang negok banyak referal dari sini...thanks awak. Bunker kat Kelantan bersambung sampai Vietnam...ekekekee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome...tula klako pn ada...bunker kat vietnam dikatanya bunker kat kelantan..eheheh

      Padam
  3. itu mungkin dari askar jpn yg nak simpan senjate kot?

    BalasPadam
  4. kelantan bajet je..orag2 kelantan je yg puji negeri sendiri..kesian

    BalasPadam